[WRITTEN ON 14th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]AKU MELANGKAH MASUK ke dalam pejabat Qaiser untuk menghantar makan tengah hari yang dia minta aku pesan beberapa minit yang lalu. Aku hanya pesan dengan menggunakan perkhidmatan FoodPanda. Aku letak bungkusan makanan dan minuman itu di atas mejanya. Tanpa berkata apa-apa, aku menoleh mahu keluar dari bilik itu tetapi Qaiser memanggil namaku.
Aku berhenti melangkah dan menoleh melihatnya dengan riak yang bosan. Qaiser masih menaip di laptopnya, dia langsung tidak mengangkat wajahnya dari skrin laptopnya itu.
"Letak makanan dalam pinggan. Air pula letak dalam gelas." Ujarnya tanpa memandang wajahku, aku menjeling saja sebelum mendekati mejanya semula, aku ambil bungkusan makanan itu. Tanpa membalas apa-apa kata, aku berlalu ke pantry untuk menghidang makanan untuknya.
Usai itu, aku kembali ke pejabatnya bersama dulang berisi makanan dan minumannya. Aku letak dulang itu di atas mejanya lalu aku menoleh mahu keluar dari pejabat itu tetapi dia memanggil namaku lagi. Aku memejam mataku menahan sabar sebelum aku berpaling menghadapnya semula.
"What else do you need? Bos nak saya suapkan makanan tu untuk bos? Atau bos nak saya tiupkan makanan tu sampai sejuk?" Soalku dengan nada yang keras, bibirku terukir melebar. Senyuman itu palsu dan dipaksa.
"Kerja aku kasi tadi dah siap?" Soalnya tiba-tiba. Soalan aku tak diabaikan tidak berjawab. Selepas Zayan balik, Qaiser memberi aku satu fail untuk aku perbetulkan kesalahan yang dia sudah tanda. Aku mengetap bibirku dengan rapat, kepalaku geleng perlahan.
"Not yet, boss." Balasku perlahan, kali ini Qaiser mengangkat wajahnya memandang aku. Mata kami bertemu, dia merenungku dalam.
"Habis tu bila boleh siap? Dua jam aku beri masa kau buat pun tak boleh nak siapkan?" Soalnya dengan nada mendatar, aku merenungnya lebih tajam. Mahu saja aku melepas semua yang terbuku di hati tetapi aku tetap bersabar. Keluhan terluah dari bibir, aku senyum kecil dalam terpaksa.
"Sorry, boss. Beri saya lima minit, I'll finish it all." Ujarku dengan nada yang rendah. Qaiser bersandar pada kerusinya, dia berpeluk tubuh memandang aku.
"Aku nak sekarang," Ujarnya membuatkan amarahku semakin membuak-buak, haih dia memang sengaja nak tengok perangai setan aku keluar ke apa?
"Bos—"
"Benda senang pun kau tak boleh buat, apa guna aku ambil kau kerja dekat sini? Aku dah tanda semua kesalahan dalam fail tu, kerja kau cuma perbetulkan semula kesalahan tu. Susah ke?" Dia bersuara dengan nada yang kosong, pandangan matanya juga kosong pada aku.
Aku menggenggam tanganku dengan erat, aku tunduk memandang lantai sekilas sebelum membalas pandangannya semula.
"Beri saya lima—"
"Aku tanya... susah ke kerja yang aku kasi tu?" Soalnya memotong kata-kataku, aku yakin muka aku sudah merah, bukan kerana malu tetapi kerana sedang marah.
"Tak," jawabku dengan gigi yang diketap rapat, Qaiser masih beriak tenang, walaupun nadanya kosong, aku masih dapat rasa sinis dalam nadanya itu.
"Habis tu? Kau nak kerja ke tak ni?" Soalnya, kali ini sabarku sudah hilang. Aku menoleh dan berlalu keluar dari pejabatnya itu, panggilannya itu aku abaikan. Daripada aku menghamburkan amarahku, lebih baik aku siapkan kerjanya.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomansaSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...