PAGI-PAGI lagi Zero dah mengamuk sakan. Puncanya adalah Aero. Loket yang katanya hilang ternyata tak hilang pun.
Loket itu ada dalam bilik mandi bawah. Menyakitkan hati sungguh. Punyalah nak menangis sebab loket hilang, sekali, ada dalam bilik mandi. Yang jumpa pula Zero. Memang kena amuklah.
"Aku mana tahu yang loket tu dalam sana. Hehe..." Tengoklah, dengan muka tak bersalahnya. Nak je dia humban adiknya yang tak betul itu ke perut bumi.
"Banyaklah kau! Dah, yang ini kasi aku. Kau pakai je aku punya. Jangan mengada nak buang gps yang ada dalam tu. Kau buang, aku buang kau pula." Aero mencebik. Semua ni salah loket tu! Lain kali bersuaralah, cakap dekat mana dia ada. Tak payahlah dia kena bebel dengan Zero.
"Orang tahulah..."
"Menjawab!"
"Ish! Dah lah, baik orang keluar cari mangsa baru!" Aero mula berlalu pergi dengan menghentak-hentak kaki. Zero berdecit. Hilang sabar nanti dia betul-betul heret jantan tu pergi balai polis. Biar insaf sikit.
Dia berlalu ke sofa. Harini dia nak berehat seharian penuh tanpa melakukan apa-apa kerja yang berkaitan dengan pejabat. Letih betul, tiga bulan penuh dia urus syarikat tu dan Aero malah seronok menghambur duit tanpa melakukan apa-apa.
Bayaran lelaki itu juga disimpan dan diguna sendiri. Langsung tak ada nak bagi dia. Bayar kad kredit pun semua atas kepala Zero. Aero seronok berfoya-foya, posing depan kamera. Tak penat langsung sebab itu minat Si Aero. Lepastu, malam hari, petang hari, keluarlah taring dia pergi buru orang untuk puaskan rasa haus darah lelaki itu.
Rasanya dia betul-betul dah pasrah dengan perangai adik kembarnya itu. Tunggu waktu yang tepat, dia sendiri akan serahkan sang adik pada pihak yang sepatutnya.
MALAM itu, Zero mendapati adiknya sedang berada di kelab malam. Sungguh, mahu pitam saja rasanya. Entah dah berapa kali dia cakap pada lelaki itu untuk menghormati dirinya dan tak pergi ke tempat sebegitu.
"Hmm... Daddy?" Zero tahan nafas saat adiknya itu berbicara. Busuk bau alkohol dari mulut lelaki itu kembali tercium
"Heheh... Daddy kacaknya... Zero mesti suka daddy balik," ujarnya seraya meraba wajah Zero. Mukanya memerah.
"Menyusahkan betul!" geram Zero. Sakit hati, tak pasal-pasal dia nak kena urus orang mabuk. Aero terkekeh.
"Aero rindu daddy..." Zero menghela nafas. Dia masukkan Aero ke dalam kereta dan terus bergegas memandu pulang. Buat malu je nanti kalau orang tahu model terkenal satu ini mabuk.
"ZERO!"
"Zero! Daddy balik! Heheh, Zero mesti tidur..."
"Diamlah, Aaero Wesley. Dah malam ni."
"Humph! Daddy... I miss you! Don't be angry."
"Pandang aku betul-betul, Aero! Ni aku, Zero! Bukan daddy!" Aero memandang sayu abangnya itu dan tersengih. Dia menangkup kedua belah pipi abangnya itu.
"Abang Zero... Hensem... Macam daddy!"
Nafas dihela berat. Laju dia papah tubuh Aero ke atas dengan susah payah. Dia masukkan lelaki itu ke dalam bilik air.
Pancuran air diambil dan dijirusnya lelaki itu. Menggelupur macam cacing Aero dibuatnya.
"Sejuk! Sejuklah!"
"Dalam neraka nanti lagi sejuk. Bawa-bawalah bertaubat, Aero." Dia mandikan adiknya itu tanpa peduli rengekan dan ujaran merapu Aero itu.
"Ini kalau daddy tengok, dia mesti marah dengan aku..." gumam Zero.
Meskipun mereka datang dari keluarga yang tidak memeluk apa-apa agama, daddy mereka amat membenci minuman keras itu. Bahkan melarang mereka untuk sentuh.
Sekarang, Zero gagal halang adiknya itu. Entah ini pertama kali atau bukan. Dia tak yakin, ini pertama kali dia tahu mengingat gps yang dipasang itu sudah dibuang.
Paip air ditutup, tuala diambil dan baju basah Aero dibuka. Dia balut tubuh Aero dan berlalu membawa lelaki itu keluar dari bilik air.
"Aku tak suka tengok kau macam ni..." gumam Zero.
Dilihat dari mana pun, Zero seolah membenarkan saja apa yang adiknya itu lakukan. Walaupun Zero membenci hal itu. Namun...
"Aero... Daddy kita mati dalam keadaan yang sangat tragis... Sebab dikekang, membangkang... Aku bebaskan kau buat apa saja. Tapi tu tak bermakna aku suka... Tak bermakna aku setuju dengan apa yang kau buat. Aku diam bukan sebab aku abai... Aku tahu... Kau dengan daddy sama... Mental lemah, tak boleh dikekang... Tapi tolong... Jangan buat aku macam ni."
Setelah memakaikan Aero baju, dia baringkan kembarnya itu atas katil dan terus menyelimutkan tubuh lelaki itu.
Dia tahu adiknya tak mendengar. Dia harap masih belum terlambat untuk dia mengubah adiknya ini. Dia harap hidayah Allah akan sampai pada lelaki ini. Dia tak mahu adiknya terus tersesat. Dia tak suka melihat kebebasan yang keterlaluan begini.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] ZERO AND AERO
Random[C O M P L E T E] Zero dan Aero yang mempunyai sikap berlawan meskipun sebagai kembar. Mereka tak seiras. Bahkan, boleh diberi umpama Aero mempunyai perangai yang mengalahkan setan bak kata Zero. "Kau berdendam lagi ke dengan aku? Bang... Kembar ta...