BAB 12

1K 112 7
                                    

[WRITTEN ON 16th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]

AKU MELIHAT JANNAH disebelahku, dia tidak berhenti tersenyum selepas mendengar cerita aku tadi. Kini kami berjalan beriringan dalam mall dan menuju ke sebuah restoran untuk makan tengah hari.

"He's stupid if he thinks a girlfriend will stop you from making him yours," Ujar Jannah dengan senyuman kecil di bibirnya. Aku mengangguk dan kami masuk ke dalam restoran itu dan memesan makanan kami. Selepas pelayan berlalu pergi, aku bersuara lagi.

"Aku cemburu bila tahu dia luangkan masa all day dengan Amara tu. Aku tak nafikan mereka berdua nampak serasi but hell no, he is better with me." Ujarku dengan nada yang serius. Jannah ketawa kecil dan menggeleng perlahan kepalanya.

"Kau yakin ke nak retakkan hubungan dia dengan Amara? Kau tak rasa benda tu melampau?" Soal Jannah lembut, dia kenal aku macam mana, aku tidak akan berhenti selagi tidak dapat apa yang aku mahu. Tetapi dalam masa yang sama aku tahu Jannah risau dengan keadaan aku.

"Selagi mereka tak ada apa-apa ikatan, aku tak rasa apa yang aku cuba buat ni salah. Lagipun, kalau Qaiser ikhlas dengan Amara tu, kenapa sampai sekarang masih belum ikat Amara? Dalam media sosial pun dia tak reveal hubungan dia dengan Amara," Ujarku dengan nada yang penuh persoalan. Jannah mengangguk setuju dengan kenyataan aku.

"Macam mana dengan kau pula? Kau boleh terima ke bila kau dah dapatkan dia tapi hati dia ada pada orang lain?" Soalan Jannah membuatkan aku terkedu. Tidak pernah pula aku fikir tentang itu. Selama ini aku fikir yang aku akan dapatkan Qaiser Iman tetapi adakah aku akan berjaya menakluki hatinya juga nanti?

"Sudahlah, aku taknak fikir pasal dia. Now, kita makan." Aku bersuara, seraya itu pelayan datang menghantar pesanan kami. Jannah hanya mengeluh kecil sebelum menggeleng kepalanya perlahan.

QAISER merenung gambar dalam telefon bimbitnya itu. Gambar dia bersama Amara sewaktu kecil. Lama dia merenung gambar itu, Qaiser masih berperang dengan diri sendiri dengan keputusannya. Permintaan Datin Faridah mengganggu fokusnya.

Lama Qaiser berkawan dan berhubungan dengan Amara, gadis itu sudah stabil kewangan sama seperti dia. Adakah Amara juga menunggu masa untuk dihalalkan olehnya?

Qaiser tahu dan yakin Amara menyukainya lebih daripada seorang kawan. Mereka bercinta sudah lama, kasih sayang Amara padanya sangat jelas dan tidak berselindung. Qaiser pula sentiasa tersenyum bila ada bersama Amara. Apa yang dia tahu, Amara buat dia tenang dan gembira.

Lain pula Talita, gadis itu buat dia tidak senang duduk dan risau. Kalau Amara buat hati dia berdegup tenang, Talita pula buat jantungnya laju—

Qaiser menggeleng kepalanya, kenapa dia asyik memikirkan perempuan lain? Dia menutup telefonnya itu dan menoleh ke luar tingkap rumahnya itu. Lama dia berfikir sebelum dia buka telefonnya semula dan menghantar sekeping mesej pada seseorang.

Telefon ditutup semula, Qaiser bangun dan bersiap untuk keluar.

AMARA duduk di atas lantai di ruang tamu sedang melipat pakaiannya sambil menonton TV. Di sofa pula ada ibunya, Puan Halimah. Kadang-kadang mereka tergelak melihat siaran ulangan 'Sepahtu Reunion' itu. Memang dua beranak itu minat pada lawak spontan pasukan pelawak Sepahtu itu.

"Mara," Puan Halimah memanggil anak daranya itu. Amara mempunyai sorang abang, Muhammad Amirul, yang tua tiga tahun daripada dia. Amara anak bongsu dan juga satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, jadi sudah tentu dia seorang yang manja.

JEJAKA NERD [ONHOLD]Where stories live. Discover now