BAB 4

80 5 0
                                    

SELESAI sahaja mengemas barang. Seseorang masuk ke dalam wad. Cepat-cepat aku menyarungkan tudung sarung berwarna coklat disamping ku.

"Masih demam?" Soalnya. Mendekati ku.

"Sikit. Tak teruk mana pun." Aku tersenyum.

"Saya nak balik. Ada-apa ke?" Soalku. Pelik jugak aku tengok dia ni,selalu jenguk aku macam aku ni penting.

"Aku nak pastikan kau sihat. Ni aku ada bawa makanan untuk kau." Azrael memberikan aku bekal makanan berwarna putih. Aku hanya turuti sahaja.

"Awak masak ke?" Soal ku ingin tahu. Tak pernah-pernah aku tahu lelaki ni pandai masak. Doktor pula tu,ada masa ke?

"Aku masak." Aku hanya angguk kecil sahaja. Terus aku mencapai totebeg aku dan memandang ke arahnya.

"Saya minta diri dulu, nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi." Aku terus pamit keluar meninggalkan Azrael. Dia mengikuti dari belakang.

Kocek seluar ku berdering menandakan seseorang sedang menelefon ku. Terus aku mengambil iPhone 11 pro dari kocek seluar dan aku menekan butang hijau. Gerakan Azrael terhenti seketika.

"Assalamualaikum,adik." Suara abang ku agak sedikit risau. Dahiku sudah berkerut.

"Waalaikumussalam, kenapa abang. Ada masalah?" Aku bertanya. Risau juga jadi apa-apa nanti. Aku pula yang kasihan nanti.

"Abang tak dapat ambil adik. Ada orang mabuk mana tah langgar abang. Adik boleh pesan grab kan?" Aku terdiam. Patutlah dari tadi hatiku rasa tidak senang. Mahu call tetapi bila berfikir, nanti ganggu sahaja.

"Adik pesan grab jelah." Nada suara ku perlahan. Aku malas memesan grab,tapi mahu bagaimana lagi?

Terus aku mematikan panggilan. Dahiku berkerut kerana memikirkan bagaimana abang aku hendak pulang ke rumahnya pada malam hari ini.

"Kenapa?" Soal Azrael. Sudah lama dia bersandar menunggu aku menamatkan panggilan dengan abang ku. Aku terus menoleh memandangnya.

Outfit Azrael sangat berbeza. Harini dia memakai T-shirt putih biasa dan seluar jeans panjang berwarna biru gelap. Rambut coklatnya juga agak kusut. Nampaknya Azrael seperti tergesa-gesa.

"Dah puas tengok aku atas sampai bawah?" Azrael merenung tajam ke dalam mata hitam ku. Aku terpegun.

"Awak ni macam kelam kabut je.." Aku bertanya. Agak sedikit segan kerana ada mata-mata yang memerhati kami berdua.

"Aku dapat tahu kau keluar hari ni,itu yang aku kelam kabut."

Dia nak jumpa aku? Apa yang penting sangat aku ni..?

"Kenapa kelam kabut nak jumpa saya?" Soal ku ingin tahu. Ini bukan kali pertama dia seperti ini, sudah 3 hari aku di hospital dan 3 hari juga dia melawat aku.

"Awak tak kerja ke?" Aku bertanya apabila soalan ku tidak jawab. Dia hanya diam,anak mata coklatnya merenung tajam ke dalam mata hitam ku.

"Aku ambil cuti." Singkat sahaja dia berkata. Aku hanya angguk kecil.

"Saya pergi dulu." Aku tersenyum manis dan terus pamit ke arah pintu luar wad.

memegang bahu kanan ku. Terkejut aku. Terus aku menoleh.

"Awak nak apa lagi?"

"Kau tak nak aku hantar?" Soalan ke soalan pula dibahinya. Makan penampar betul.

"Tak menyusahkan awak ke?" Dia menggeleng.

"Aku hantarkan." Aku hanya mengikutinya dari belakang. Bila aku tengok dari belakang, nampak kacak juga. Apalah..

"Kau tak nak makan dulu?" Dia menoleh ke arah ku. Aku menggeleng. Malas aku nak makan, memang tak ada selera langsung masa demam ni. Yang aku tahu,lepas balik rumah terus baring atas katil.

"Saya tak ada selera. Nanti saya makan."

"Balik rumah, terus makan risau kalau jadi apa-apa. Kau nak aku mengadu dekat mak kau?" Azrael menjeling sekilas ke arah ku. Aku juga menjeling sekilas ke arahnya,malas betul!

"Ya,saya makan. Awak tak makan?"

"Kau nak aku temankan kau makan?" Lain ditanya lain jawab. Apalah nasib hidup ku bila berjumpa dengan mamat ni.

"Saya tak cakap apa-apapun,kenapa awak perlu teman saya makan pula? Yang lain ada." Aku hanya meneruskan perjalanan ku untuk pulang. Malas betul nak bercakap dengan dia tu,lain dia tanya lain dijawab. Tak faham bahasa melayu ke? Nak aku cakap bahasa alien? Baru kau nak faham ke?

"Balik dengan aku. Tak payah nak jeling-jeling bagai." Aku memuncungkan bibir. Hanya ikuti sahaja arahannya,nanti siapalah nak hantarkan aku ke rumah? Tak payah bayar pula tu.

"Kenapa awak suka sangat bagi makanan pada saya?" Soal ku ingin tahu. Kadang bila teringat pelik juga.

"Sebab aku risaukan kau." Singkat sahaja tapi membuatkan hati ku berbunga-bunga. Ujian apa pula yang aku kena hadap ni? Terus aku menggeleng laju-laju kepala ku dan menampar kiri kanan pipi ku. Risau terjatuh hati pula.

"Yang kau tampar muka kau kenapa? Buang tabiat betul." Aku memuncungkan bibir. Biarlah aku nak buat apa pun, badan aku kan. Ish, geram betul!

"Masuk. Lembab betul kau ni. Sekeh satgi baru tau."

"Saya masuklah ni,awak tu. Saya tumbuk baru tau!" Jelingan tajam diberi kepadanya. Serabut aku layan mamat ni. Tapi dalam masa yang sama dia risaukan aku juga,apa yang tak kena dengan aku ni? Bila dia ada mesti hatiku terasa tenang. Ujian apa pula kali ini,aku sudah penat.

"Timbuklah kalau boleh." Azrael tersenyum sinis. Dia menutup pintu kereta dan memandu keretanya. Aku hanya diam. Bila terasa bosan aku akan buka iPhone 11 pro milik ku. Tengok apa yang patut.

"Umairah tanya,kau okay ke?"

"Alhamdulillah,okay je."

"Kau nak aku temankan kau makankan. Jom,aku pun tengah lapar ni." Azrael membelok ke kanan.

"Mana ada,awak tu jangan perasan sangat eh! Saya kata dah tadikan saya tak ada selera!" Tegasku. Dahlah tak ada selera lepastu bertekak dengan mamat ni. Pening betul kepala aku, memang tak faham bahasa melayu sungguh!

"I want lunch with you." Terus diam aku. Malas menatap wajah tampannya itu. Lebih baik aku bukak iPhone 11 pro milik ku.

"Bisu?"

"Saya boleh bercakap lagi eh!" Jelingan tajam diberi kepadanya. Menyampah!

"Habistu?" Aku diam. Malas nak jawab pertanyaan dia tu,satgi jadi lain pula.

"Aku nak kau makan. Aku risaukan kau,kau tak risaukan diri kau?" Aku masih lagi diam. Malas bertekak dengannya.

"Kau patut bersyukur bila ada orang yang masih sayangkan kau, masih ambil tahu tentang diri kau. Kau patut hargai sebelum dia orang pergi, tinggalkan kau seorang diri."

"Masa tu kau baru nak menyesal perbuatan kau tu?"

"Awak sayangkan saya?" Mataku bersinar-sinar menunggu jawapannya. Terus lebar aku.

"Tak." Terus aku menjeling tajam ke arahnya. Tadi siap kata lagi orang risaukan kau,orang sayangkan kau! Bila ditanya cakap tidak pula.

"Awak sebenarnya sayangkan saya kan? Cuma awak tak cakap je." Aku tersenyum sinis. Jelingan tajam diberi kepada ku.

"Perasan kau. Dah,jom turun." Terus masam muka ku. Orang tanya pun salah!

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now