"aku rasa plan aku malam tadi menjadi, padan muka kau Hazel! pagi ni kau tak tunjuk muka mesti sebab takut hehehaha." Elana punya kerja rupanya.
Hati Elana menjadi panas apabila dia melihat Hazel sedang bersama dengan Aaron.
"awak buat apa ni?" Aaron meletakkan kaki Hazel di pahanya.
"saya nak tengok luka kaki awak semalam. mana tahu kena jangkitan kuman." dia membelek-belek kaki Hazel.
"mana ada." Hazel hendak menarik kakinya tapi sempat ditahan oleh Aaron.
"wait." Aaron memerhatikan banyak bekas luka kecil pada kaki Hazel.
"what is this, Hazel?" Hazel yang menyedari bahawa Aaron sudah melihat bekas luka kecil nya langsung menarik kakinya.
"nothing." Aaron masih memandang curiga ke mata Hazel.
"ni luka masa aku kecik dulu. biasalah budak-budak kan?" Hazel segera pergi dari situ sebelum banyak lagi persoalan yang dilemparkan oleh Aaron padanya.
Namun, tangan Aaron lebih laju menangkap tangannya. Lalu menarik pinggang Hazel mendekatinya.
"Hazel, how many secret do you have that I don't know??" Aaron menurunkan sedikit wajahnya lalu mendekatkan wajahnya pada wajah Hazel.
"asal jantung aku berdegup kencang ni?! aku suka Aaron Zyandex ni ke?!?! omg!!! tak boleh!" Hazel segera melepaskan diri dari Aaron.
"Aaron!" nasib baik Elana sampai tepat masa. Masa ni lah Hazel melarikan diri.
"er Hazel!"
"Aaron, I dekat sini lah." Elana menarik tangan Aaron agar tidak mengejar Hazel.
-
"ishh, nasib baik minah tu datang." kata Hazel dengan lega.
Sedar tak sedar, Hazzel melihat sebuah kolam di kawasan rumah itu.
"uih dih ada kolam renang lah!" Hazel berlari anak menuju ke tepi kolam renang itu.
Hazel terus membuka sandalnya lalu merendamkan kakinya ke dalam air kolam itu.
"gilerr, sejuk nak mampus! tapi best hehehe." Hazel memutarkan kakinya sehingga menghasilkan gelombang melintang. Dia memercikkan air menggunakan tangannya. Setelah lama bermain air, dia membaringkan diri pada mozek dengan kakinya yang maisj terendam di dalam kolam. Dia menutupi matanya apabila terkena silauan matahari.
"best juga kalau aku pakai bikini mandi kat sini." dia berkata pada dirinya sambil memejamkan matanya dengan senyuman.
tetiba rasa kenikmatan itu diganggu oleh seseorang yang sedang menguis dirinya dengan kaki.
"woi!"
Hazel terus membuka matanya untuk melihat siapa yang berani mengacau dia beradu di situ.
"kau eh minah! pahal kau kacau aku? tak ada kerja lain eh? Lepas ngorat laki orang, kau kacau bini dia pula. lain maciam taktik kau." Hazel mengutuk si Elana macam tak ada lesen mulut dia.
"eee." Elana agak geram dengan perkataan yang ditujukan oleh Hazel padanya.
Hazel kemudian bangun, dia mengenakan semula sandalnya. kemudian, berdiri menghadap Elana.
"apa? apa huh? nak merajuk? mengadu kat mummy daddy kau sebab aku kutuk kau? ke kau nak mengadu kat laki aku? Cuba lah kalau berani, mulut dah lah muncung macam mulut kera." Hazel terkekeh ketawa sendiri.
"hey Hazel!"
"ye saya." Hazel sengaja mengusik Elana.
"u ni!"
YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND (COMPLETE) √
Misterio / Suspenso[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...