" Kenapalah kau ni suka menyusahkan aku?! Mak kau dengan kau sama je ! "Piakk!
" Kakak! " jeritku seraya menarik lengan kakak aku, Zauliya dari cengkaman makcik aku, Puan Zuwia.
" Engkau pun sama. Sini kau. "
Rambut aku disentak sekuat hati. Aku terus menjerit kesakitan. Tangan makcik aku dipegang. Aku turut menarik-narik tangannya supaya lepas dari cengkaman.
" Biadap betul kau ni. Kau tahu, mak kau tu sombong bodoh! Aku minta pinjam 1,000 je bukan 1,000,000 !! " lantang makcik aku bersuara. Badan aku ditolak ke dinding sehingga dahiku bertemu dinding kaca ruang tamunya.
" Apa acik ingat duit senang ke nak cari?! "
" Oh menjawab? Menjawab? Kau mari sini. "
Tanganku ditarik hingga ke satu pintu yang memberi satu aura yang pelik padaku. Badanku ditolak masuk ke dalam bilik gelap yang hanyir dengan bau darah. Pintu dikunci dari luar. Aku terus berlari menuju ke pintu. Pintu ditepuk berkali-kali berharap mereka buka untukku.
" Acik!! Auliya takut!! " jeritku lantang. Teresak-esak ku nangis merayu agar dia melepaskanku. Tapi hampa.
" Puan? "
" Acik.. " tangisku kuat. Aku bersandar pada pintu. Tidak mahu ku toleh walau sekali pun. Takut..
" Puan?! "
Kenapa aku yang perlu hadap semua benda ni ? Bukankah sepatutnya zaman kanak-kanak itu indah? Tapi kenapa aku punya gelap? Bagaikan itu bukan zaman kanak-kanak ku. Kenapa aku dipaksa untuk menjadi matang dan memahami keadaan sekeliling? Apakah semua itu memberi ku petunjuk untuk masa hadapan?
" Puan!! "
Tapi mengapa harus aku?
" Puan ok tak ni ?! "
Aku penat. Penat dengan segalanya.
" Kenapa sesuatu perkara itu tidak boleh diterangkan secara lisan ? "
" Huh? " tangan Raz naik menggaru kepala. Perkara apa yang aku cuba sampaikan pada dia ni? Sedikit pun dia tak faham.
Aku diam membisu.
" Aku rasa puan tak sedar lagi ni. "
Raz mengundur ke belakang. Telefon dibawa keluar. Lagu still with you by jungkook dimainkan.
o du un bang jom yong ha na op shi
ik suke ji myon
an dwe nun de gu ge to ik su ke
na ji ma gi dul li nun
i e o ko so ri
i go ra do op su myon
na jong mal mu no jil
got ga ta-" Apa benda kau buat ni? Nak tambah lagi ke sakit dekat situ huh? "
Aku menjeling Raz yang masih ralit menghadam lagu korea dia tu. Eh jap. Bukan sepatutnya aku suruh dia duduk dekat dalam sana jagakan Puan Dawisyia ke? Asal dia ada dekat sini?
" Erk- "
Hah sudah.., tercekik tulang ke tu?
" Apa kau buat kat sini? Kau memang tak serik eh? " soalku geram yang ditahan-tahan agar tak meletup.
" Saya..urm saya..urmm... "
" Saya apa? "
" Saya sebenarnya..urmm saya.. "
YOU ARE READING
𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (𝙾𝙶)
Mystery / Thriller-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...