🥀Bab 12🥀

7.4K 268 20
                                    

Empat bulan sudah berlalu,hubungan Zyan Rafael dan Alya Qaisara masih sama.Tiada yang berubah.Zyan Rafael masih dengan perangai kaki pukulnya tanpa mendengar penjelasan daripada isterinya.Manakala Alya Qaisara pula hanya mampu menahan sakit apabila di pukul oleh suaminya.

Selama empat bulan itu juga Alya Qaisara bekerja di kedai makan tanpa niat berhenti.Walaupun ada sesetengah rakan sekerjanya yang tidak suka akan kehadirannya.Adakalanya dia di arah untuk membuat kerja mereka sedangkan kerjanya masih belum siap.Tetapi dia hanya menurut,dia takut hilang kerja.Adakalahnya majikannya marah kerana dia membuat kerja lambat tetapi yang sebenarnya kerja lebih daripada apa yang di arahkan majikannya.Kadang kala dia terpaksa balik lambat di sebabkan kerjanya yang harus di selesaikan.

"Alhamdulillah siap juga." Ucap Alya setelah selesai membersihkan segala peralatan dapur yang digunakan.Dia melihat jam di tangannya.Tiga setengah petang bermakna dia ada masa setengah jam lagi sebelum pulang kerumah.

"Liya dah siap ke?" Ujar salah satu rakan sekerjanya yang sudih berkawan dengannya.

"Dah." Balas Alya sambil tersenyum.

"Awal awak siap harini"

"Tulah hari ini tak banyak pelanggan kan."

"Ha'ah.eh kau dah dapat gaji kau ke?"

"Belum"

"Lah kenapa tak ambil lagi semua dah ambil tahu."

"Ouh yeke saya tak tahu lah,lagipun boss takde panggil saya pula."

"Bukan boss yang bagi hari ni,dia sibuk.Kau pergi dekat Lyn,boss yang suruh dia bagi gaji kita."

"Ouh yelah saya pergi dulu"

"Hah okey aku tunggu kau dekat sini."

Alya menganngguk dan terus mencari kelibat Lyn seperti yang di beritahu rakannya.

"Assalamualaikum."Ucap Alya apabila sampai di meja wanita yang bernama Lyn.

"Walaikumsalam hah nak ape?"Balas wanita itu dengan nada malas.

"Erm Aisyah kata ambil gaji dekat awak?"

"Betullah tu tapi gaji kau takde tempat aku." Tipu wanita itu.Dia adalah salah satu daripada rakan sekerja Alya yang tidak suka dengan Alya.

"Ouh takpelah kalau macam tu.Maaf menganggu."

"Hm dah pergi sana semaklah"
Alya mengangguk dan beredar pergi.

"Cepatnya,berapa gaji kau bulan ni?" Tegur Aisyah setelah tubuh kecil Alya tiba di sampingnya.

"Saya belum dapat gaji,Lyn kata gaji saya takde dekat dia."

"Aik boss cakap tadi semua boleh ambil gaji masing-masing dekat Lyn.Takpelah jom kita jumpa dia balik mana tahu dia kenakan awak.Dia kan tak suka awak."

"Dia dah balik,takpelah esok jee kita jumpa.Erm dah boleh balik ni.Awak balik naik apa?"

"Abang ambil,awak naik sekali lah."

"Eh takpe saya jalan kaki jee."

"Alaaa biarlah saya hantar awak balik."

Belum sempat Alya membalas,sebuah kereta mewah berhenti di depan mereka yang sedari tadi sudah menunggu di depan kedai.

"Along!"Jerit Aisyah.

"Dah kenapa terjerit jerit ni?"Balas jejaka itu.Alya pula hanya diam melihat rakannya bebual dengan abangnya.

"Along boleh tak Aisyah tumpangkan kawan Aisyah naik sekali dengan kita."

"Kawan?ni?"Soal jejaka itu sambil melihat Alya dari atas kebawah dengan pandangan kurang suka.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now