"Maaf Pa Riy mungkin lambat sikit bukak kedai" telefon di tangan aku tekapkan di telinga kanan aku
"Huh apa-apalah" kopi di tangan aku pegang kemas sambil kaki terus melangkah ke arah teksi berhampiran
Namun tanpa aku sedar,tubuh aku terlanggar seseorang.Dek kerana terlalu fokus membalas dm
Kopi ditangan aku itu sudah selamat membasahi baju orang yang aku terlanggar itu.Aku terus menyimpan telefon aku sambil memandang kearah baju kemeja berwarna putih dia yang sudah kotor oleh kerana kopi aku itu
"Allah! maaf encik,maaf sangat-sangat saya tak nampak emcik tadi" aku mengambil tisu di dalam beg tangan aku.Namun saat aku melihat wajahnya
"Eh?"
"It's ok,sikit je ni" dia yang sedang menggosok bajunya itu memandang aku
"Abang Arasy?" jangan pelik,itu adalah salah satu cara aku mahu melupakannya.Panggilan abang aku tambah
"Eh,Al-An-sha-,apa ye,alah tak ingat" tergagap dia mahu menyebut nama aku,sambil matanya mengecil seakan-akan mahu mengingat sesuatu
"Al-anshariyyah,tak apa,panggil Riy saja"
"Huh ye,susah nak sebut nama awa- eh Riy" tersentak aku apabila mendengar dia menyebut nama aku
Dia senyum nipis.Matanya dan mata aku saling bertatapan.Mungkin dia merasa pandangan ini biasa sahaja.Namun aku merasa seakan-akan ada rama-rama di dalam perut aku
"Oh,ni,maaf ye terjatuhkan air kopi.Baju putih pula tu" aku mengalihkan pandangan lalu menghulurkan tisu kepadanya
"Tak apalah,dekat office saya ada baju ganti" dia mengambil tisu yang aku hulurkan itu
"Ni Riy nak pergi mana ni?" senang sahaja dia mengubah gaya panggilan aku.Yelah kan,keluarga gadis tercinta.Jika dia tahu aku bukan adik kandung Kak Fiy,mungkin dia tidak akan melayan aku seperti ini
"Nak pergi kedai"
"Naik apa?"
"Teksi...eh" mata aku terus membulat,tempat teksi yang baru tadi aku mahu naik aku pandang.Sudah hilang.Halahhhh,apa yang malangnya hidup aku ni
"Aduh,haih" dahi aku tepuk.Arasy yang memandang aku dari tadi,mengerutkan dahi
"Kenapa?"aku pandang dia.Kalau aku bagitahu,nanti macam minta perhatian pula,memang taklah aku nak bagi tahu.Kalau tak bagitahu pun,mana ada apa-apa jadi
"Tak ada apa-apalah" aku telan air liur,senyuman palsu aku hulurkan kepada dia
Dia senyum nipis
"Marilah saya hantarkan,anak dara mana elok jalan sorang-sorang" tak tahulah aku nak terima ke tak.Aduhai.Aku patut terima ke tak eh
Terkelip-kelip mata aku memandang dia
Dia hanya senyum sahaja memandang aku
"Eh tak apalah..abang arasy"
Dia tersengih
"Tak apa,lagipun saya bukannya orang asing.Bakal abang ipar awak jugakan" pedih pula mendengar ayat terakhirnya itu
Senyum palsu aku hulurkan kepada dia
"Tak susahkan ke? Lagi pun abang ada kerja kan" agak kekok juga aku memanggil dia abang.Namun aku cuba sedaya upaya untuk terlihat biasa
Dia tersengih lagi
"Apa yang susahnya? Abang tak ada kerja yang perlu dibuat.Kalau ada kerja pun,abang bosskan boleh cuti bila-bila masa" Tergelak aku mendengar ayat terakhirnya itu.Mahu muflis ke apa?
"Jadi,jom" dia memberi laluan kepada aku untuk berjalan terlebih dahulu.Aku hanya membuat riak wajah biasa sahaja.Yelah jika aku buat riak wajah teruja, mahu masuk ICU aku dikerjakan oleh Kak Fiy
"Kanan" dia berbisik dari arah belakang telinga aku.Itu membuatkan hati aku berdegup kencang.Sangat kencang sehingga aku dapat mendengar suara degupan jantung aku
Dia membukakan pintu untuk aku lalu menutupnya selapas aku selamat masuk kedalam kereta Audi R8 berwarna hitam miliknya
Suasana didalam kereta itu sangat sunyi.Dengan aku yang sedang menahan degupan jantung aku.Dia pula sedang fokus kearah jalan raya
Memanglah senyap.Aku ini pula jenis membosankan.Mungkin kalau dia bersama Kak Fiy tak akan membosankan.Kerana Kak Fiy pandai berborak,bukan macam dia aduhai.Kaku,bosan,pendiam,pemalu dan banyaklah lagi
Sampai sahaja di hadapan kedai itu.Terus aku mengucapkan terima kasih kepadanya,dia pula hanya menghulurkan senyuman manisnya laku berkata
"My pleasure" mahu saja jantung aku inibterkeluar dari dada aku.Namun aku hanya beelagak biasa sahaja
Haih entah kenapalah hati aku ini terus menerus berdebar.Stresslah gini
"Eh? Kenapa akak pula yang datang" kepala aku terus menoleh ke kanan
"Oh,akak gantikan Kak Fiy.Sakit perut katanya" jawap aku pada lelaki yang muda setahun daripada aku ini
Dia pekerja baru papa.Oleh kerana baru-baru ini aku sering kali sibuk.Kak Fiy pula jangan cakap sibuk ke tak sibuk ke dia tetap tak nak jaga.Jadi papa cari pekerja lelaki seorang untuk membantu kami
Kamilah sangat.Cari pekerja juga idea Kak Fiy.Papa apa lagi,terus tunaikan permintaan anak kesayangannya itu
"Yelah tu sakit perut.Selama Kaf kerja dekat sini,Akak Fiy tu,sekali sekala je masuk kerja.Kaf siap boleh kira dengan jari ni huh" dia mengangkat tangannya menunjuk kearah aku
"Dah lah tu Kaf,biar jelah dia.Kita bukan boleh buat apa pun.Nak tegur? lagilah tak boleh" malaslah aku mahu bercerita tentang Kak Fiy ini.Aku memang sayang dia namun dalam masa yang sama,sakit hati itu mestilah muncul bukan
Aduhai banyak lagi kerja yang perlu aku buat ni.Aku melihat Kaf yang sudah keluar dari kedai,mahu pulang,sebelum aku menyambung kerja aku kembali
Tidak cukup tanah aku lari,sudah lambat gamaknya untuk menghantar pesanan dari pelanggan
"Aduhh,habislah aku" kaki terus aku lajukan sambil melihat jam yang sudah pukul 2:30 itu,sudah setengah jam aku lambat menghantar keknya itu.Tak cukup tangan aku untuk menyiapkan semua kerja di kedai
Tanpa aku perasan,kaki aku terlanggar batu kecil.Terus mata aku tutup,tahulah yang aku akan katuh nanti.Kek kecil dibtangan aku itu aku peluk eratbtak nak hancur.Walaupun aku tahu peluang untuk kek itu masih cantik hanya 10% sahaja
Namun tiba-tiba aku terasa seperti lengan aku ditarik seseorang.Tangan sebelah masih erat memegang kek itu
Aku bukak mata.Terkejut aku apabila aku berada didalam dakapan seseorang.Kepala aku berada di dadanya.Sah-sah lah lelaki.Kalau dah badan keras macam ni
Aku pandang atas.Lelaki itu pandang bawah.Mukanya jelas seperti kerisauan.Aduh,macam kenal
ABANG ARASY!?!?
Aduh aku ni asyik terjumpa dia masa nasib aku tak baik je
"Are you alright?" nada kerisauan jelas tergambar
"Abang.." aduh,dia boleh tanya aku ok ke tak.Cairlah macam ni.Dah lah dalam keadaan rapat macam ni.Eh jap.Rapat?!
Terus membulat mata aku bila sedar kedudukan aku dan dia yang terlalu dekat ini.Dada dia aku tolak
"Riy ok.Terima kasih" dia hanya membalas dengan senyuman sahaja
"Nak hantar makanan ke?" tangannya diangkat menunjuk ke arah bungkusan makanan di tangannya.Terus tersedar aku.Dahi aku tepuk.JM di tangan aku kerling.Sudah pukul 2:39 lambat betul ni.Kesian pelanggan aku tunggu.Kena marahlah jawapnya
"Aduhai,maaf ye abang.Riy kena hantar makananlah.Dah lambat ni" kalau tadi wajahnya yang terlihat risau,kini wajah aku pula yang kerisauan
"Pergilah" aku tunduk kepala ke arah dia lalu aku pergi sambung langkah kaki aku mengejar masa bersama jantung yang masih berdegup kencang.Macam mana aku nak move on macam ni.Kalau dia selalu muncul dalam hidup aku.Ya tuhan.Bagaimana ini?
YOU ARE READING
DIA ATAU AKU?
Roman d'amour-SLOW UPDATE!!!!⚠️⚠️ -Maaf kerna aku tak cinta- Cinta yang tidak kesampaian,itulah cinta seorang perempuan yang bernama Al-Anshariyyah Dia jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sebenarnya bakal abang iparnya,namun dia tahu dia tidak akan pernah dap...