🥀Bab 13🥀

7.1K 274 25
                                    

Alya terjaga dari tidur setelah merasakan ada pergerakkan di sebelahnya.Buka sahaja mata,dia terkejut apabila melihat suaminya sedang tidur dan yang lebih membuat dia terkejut,dia berada di bilik suaminya. Dia melihat pula tudung dan baju kurungnya yang masih tersarung.Dia melepas nafas lega apabila melihat pakaiannya.

Dengan terburu-buru dia terus bangkit dari atas katil milik suaminya dan berlalu keluar menuju kebilik itu.

"Macam mana boleh masuk bilik tuan." Ujarnya pada diri sendiri.Setelah itu dia menggelengkan kepalanya.

"Aduhh harap-harap tuan tak perasanlah." Tambahnya lagi.Dia tidak tahu yang jejaka itulah membawanya masuk kebilik itu.

Setelah selesai membersihkan diri dan menunaikan solat,dia keluar dari bilik kecilnya menuju keruang dapur.

"Apalah nasib awak Alya,duit takde kerja pun dah takde." Ucap Alya sambil menyediakan sarapan suaminya. Bukan tiada kerja tempat lain,tetapi jika dia mencari kerja jauh dari rumah suaminya,dia harus menggunakan duit.Duit pula satu sen pun dia tiada.Bukan itu saja,barang keperluannya juga sudah habis.Pinjam duit dekat suaminya,dia takut.

"Haih takpelah Alya,lepas ni cuba cari lagi mana tahu dapat." Ujarnya lagi cuba sedapkan hati.
Seterusnya dia mengambil semua bahan yang sudah siap di potong itu,di bawa ke singki untuk di bersihkan.

Jam menunjukkan pukul tujuh pagi,semua sarapan sudah siap terhidang di atas meja bersama air kopi.Siap sahaja membuat kerja, dia mengambil sebungkus maggie untuk di jadikan sarapan.Hanya itu sahaja yang ada untuk mengalas isi perutnya yang sudah berbunyi minta di isi.

Setelah selesai sarapan,dia menuju ke luar rumah bersama bakul pakaian suaminya.Dia menjemur pakaian suaminya menggunkan hanger dengan teliti,takut ada yang kotor.Dia serik kerana sudah berapa kali makan penampar akibat salah satu baju suaminya kotor sedikit di bahagian tangan.Sejak itu dia harus berhati-hati.

Dia masuk semula kedalam rumah setelah seselai menjemur kain.Dia mengambil penyapu dan mula membersihkan ruang tamu rumah suaminya.Setelah semua kerja di bahagian ruang tamu sudah selesai,dia berlalu pula keruang dapur untuk membersihkan ruangan itu.Walaupun rumah suaminya bersih,dia tetap akan membersihkan setiap hari kerana suaminya sudah memberi arahan.Dan arahan itu harus di patuhi sebelum tubuhnya mendapat parut baru.

Dalam dia sibuk membersihkan pinggan kotor dia di kejutkan oleh suara garau suaminya yang berdeham.Setelah menoleh,dia melihat suaminya sudah berada di meja makan.Dia menghampiri suaminya sebelum bersuara.

"Pagi tuan." Sapa Alya dan mula mencedok nasi lemak kedalam pinggan suaminya.Tidak lupa juga air kopi di tuang kedalam gelas lalu di hulur kearah suaminya.

"Jemput makan tuan." Ujarnya lagi sebelum meninggalkan meja makan dan kembali ke singki menyambung semula kerjanya yang tergendala.

Zyan Rafael mula menjamu sarapan yang sudah di sediakan isterinya dengan mata memandang tubuh kecil yang sedang membasuh pinggan kotor itu.

Dapat dia lihat ketangkasan isterinya dalam membuat kerja rumah.Walaupun berumur 19 tahun tetapi gadis itu tahu semua hal yang berkaitan dengan dapur dan rumah.

Dia juga pelik,kerana selama empat bulan isterinya tinggal di rumahnya dia tidak pernah melihat isterinya membawa kawan kerumah.
Takkan takde kawan kot.Kena tanya ni.

"Kawan-kawan kau tahu ke kau dah kahwin?" Soal Zyan secara tiba-tiba.Alya menoleh kearah suaminya sebelum menjawab.

"Errr saya takde kawan tuan." Balas Alya dengan nada perlahan.

"kenapa?sebab kau miskin?"

Alya mengangguk tanpa teragak-agak.Memang itulah sebabnya,dia tidak menafikan lagi apa yang suaminya kata itu betul.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now