"Kau ingat eh aku tak akan pernah lepaskan kau!"
Kata-kata itu keluar bersama cengkaman yang kuat ke atas lengan Nia.
"AKU CAKAP AKU TAK NAK LAH SIAL!"
"Kau memang tak faham bahasa ek?"
Nia diheret masuk ke dalam sebuah bilik dan diperkosa oleh si jantan tanpa belas. Bajunya dikoyak tanpa rasa bersalah. Nia tidak berdaya untuk melawan lelaki itu tapi memikirkan nasib yang bakal ditimpanya nanti dia kuatkan kudratnya untuk melepaskan diri dari si jantan.
Nia berjaya dan terus keluar dari bilik itu dan meluru pergi untuk mencari bantuan. Dia berlari dan berlari sehingga dirinya terlanggar seorang lelaki yang amat dikenalinya.
"Haz! Tolong aku, Haz!" kata Nia dalam esak. Haz melihat Nia dengan penuh kasihan. Ingin ditanya, takut tak terjawab pulak. Akhirnya Haz memilih untuk menghantar Nia pulang ke rumahnya.
Dalam perjalanan pulang, Haz bersuara, "Kau okay tak?" Senyap. Tidak berbalas. "Kau okay tak, Nia?" Senyap. Masih tiada balasan. Haz menghebus nafas berat dan sambung memandu. Dia tidak ingin memaksa Nia.
"Kita dah sampai," ucap Haz. Nia melepaskan tali pinggang keledarnya dan terus keluar dari kereta. Haz hanya memerhatikan gerak geri Nia yang kelihatan lemah itu. Longlai sahaja langkahnya. 'Jatuh jugak minah tu nanti.' Sangkaan Haz tepat. Nia terjatuh lemah di halaman rumahnya. Haz turun dari kereta dan memapah Nia masuk ke dalam rumah.
Selepas memastikan Nia selesa di atas katilnya, Haz perlahan-lahan meninggalkan bilik Nia. Belum sempat dia keluar dari bilik, dia terdengar Nia berkata, "Maaf, Haz. Maaf sebab tak dengar cakap kau pasal lelaki tu. Maafkan aku,Haz." "Rehatlah, Nia. Pagi nanti aku datang jenguk kau. Selamat malam," dengan menuturkan kata-kata itu Haz tutup pintu bilik dan terduduk di atas lantai. Rapuh hatinya memikirkan apa yang telah terjadi ke atas sahabat yang perlu dijaganya. 'Ya Allah. Kau kuatkanlah semangat aku. Tolonglah aku untuk terus kuat untuk memikul tanggungjawab ini, Ya Allah.'
Haz P. O. V
Kau tunggu setan. Aku dah bagi warning hari tu kau buat endah je ek? Mati kau malam ni.Haz menekan pedal minyak dan menuju ke suatu lokasi.
Dia memberhentikan keretanya di hadapan gudang usang yang berada di hadapannya lalu dia turun dari kereta dan berjalan dengan perasaan amarah yang membuak-buak di dalam dirinya. Dia memasuki ke kawasan gudang yang usang itu.
"MANA KAU HAH, SETAN?! KAU KELUAR SEKARANG! AKU TAHU KAU ADA KAT SINI! KELUAR AKU KATA!" "Kihkihkihkih"
Muncul suara tawa dari arah belakangnya. Haz mengenali suara itu. Haz berpaling ke belakang dan melihat sosok yang telah menghancurkan Nia. Mata Haz merah menahan marah.
"HADI! AKU TAHU APA YANG KAU BUAT DEKAT NIA!" "Chill. Chill, Haz. Aku tak sempat buat apa-apa pun. Dia sempat lari. Tak sempat aku nak merasa manisnya perempuan kau tu. Hehehe," kata Hadi sambil menjilat bibirnya seperti terliur dengan bayangan Nia. Tubuh Haz menggeletar menahan marah mendengar kata-kata Hadi.
Haz perlahan-lahan mendekati Hadi. Dia merenung wajah Hadi."Jangan ganggu Nia kalau kau tak nak 'bunga' kau diapa-apakan."
"BWAHHAHAHAHAHA! Kau nak apa-apakan siapa kau cakap tadi? Bunga? BWAHAHHAHAHA! Eh kalau kau nak apa-apakan si 'bunga' tu. Silakan. Yang penting aku akan ambik Nia. Hahahaha! Dah lah, bro. Aku pergi dulu." Seperti tiada apa-apa yang berlaku, Hadi berlalu pergi dari situ. Haz hanya melihat Hadi, adiknya berlalu pergi.
"Ikut dia dan pastikan Nia tak apa-apa." bisik Haz. Haz melepaskan nafas berat. Hatinya runsing. Seketika dia teringat peristiwa yang dialami Nia. Air matanya bergenang. Dia menarik nafas dalam dan menutup matanya...