"Mira!" Budak lelaki itu berlari menuju bangku di tepi taman permainan. Panggilan girang anak kecil itu disahut dengan desihan mamanya. Mata mamanya membesar memarahi anak kecil tersebut. "Berapa kali mama cakap..." intonasi suaranya masih lembut akan tetapi, tegas.
"Panggil kakak, kakak Mira," tegurnya. Budak lelaki yang masih dalam lingkungan lima tahun itu mencebikkan bibirnya. "Mira yang tak kasi." Mira yang sedang ligat bermain anak patung di bangku itu dijegilnya.
"Mior, awak itu adik. Biasakan diri panggil kakak, kakak."
"Kakak Mira."
"Tak boleh!" bantah Mira yang juga berusia lima tahun itu. "Hah! Tengok itu ma!" Mira dituding adiknya. Dia menarik muncung panjang. Mamanya dipandang dengan riak wajah marah yang dibuat-buat. Usai itu, dia sambung lagi.
"Mior, jangan panggil Mira kakak!"
"Mira tak suka."
Berkerut mamanya menilik Mira. "Tak suka kenapa?"
"Pelik!" Balasnya pantas.
"Awak berduakan adik beradik. Nak pelik apanya?" Mira mendaki bangku tinggi yang diduduki mamanya dengan bersungguh. Kaki pendeknya pula tergantung di udara usai dia berjaya duduk bersebelahan mama. Mama pula hanya memerhatikan Mira dari tadi. Tak teragak-agak untuk menolongnya kerana mama tahu kebolehan anak kecilnya yang seorang ini.
"Mira tak suka... peliklah!" rengeknya. Mama elus pipi tembam Mira. "Kenapa? Mama elok je panggil kakak, kakak." Mira tatap wajah Mior yang berdiri berhadapan mama. Dia rehatkan kepalanya di riba mama. Membalas pandangan Mira dengan wajah polos. "Mama tak apa."
"Tapi Mior tak boleh!"
Mior jelirkan lidahnya kepada Mira.
"Mama!" Mira tarik hujung lengan baju mamanya. Tuding Mior, tidak puas hati. Mencebik. Mengadu manja. "Mior jelir lidah dekat kakak!" Mamanya mengeluskan nafas panjang. "Gaduh je kamu berdua ini. Sakit kepala mama, tahu?"
Mior dan Mira sepi, tetapi mereka kian membalas jelingan.
Rambut lebat Mior diusap penuh kasih sayang. Pandangan mamanya lembut sahaja padanya. Senyuman kecil terpancar pada wajah mama.
"Kakak rasa berat ya panggilan kakak itu?" soalnya. Tanpa melihat Mira.
Mira hanya memandang mamanya. Bingung.
"Kalau Mior panggil kakak, kakak Mira... tak semestinya kakak seorang sahaja yang kena jaga Mior. Lindungi Mior."
"Kakak boleh je harapkan Mior, bersandang dekat dia. Jaga satu sama lain," kata mama seakan-akan dapat membaca isi hati anak kecil itu.
"Awak berdua kan adik-beradik," ulang mama lagi dengan maksud yang lebih mendalam pula.
Mira tak pernah arif tentang isi hatinya, tetapi ajaibnya seorang ibu, mama seperti dapat membacanya dengan mudah.
Mama selalu sahaja ada untuk membimbing Mira untuk menjawab persoalan yang membuntukan. Mama bagaikan ibu yang sedang membacakan buku cerita kepada anak kecil yang masih tidak tahu mengeja. Hanya menilik cerita dengan lukisan-lukisan yang ada.
"Maafkan mama ya, sebab lahirkan kakak dulu," ucap mama secara tiba-tiba. Mira pula diselubungi kekeliruan. Dia masih muda untuk fahami kata-kata mama, tapi dalam masa yang sama, dia tidaklah terlalu bingung.
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...