‧₊˚🖇️✩ : 41

539 44 2
                                    

LUKISAN kanvas kaligrafi yang tertulis dengan nama Allah dan digantung kemas di dinding itu dipandang lama dari jauh. Matanya khusyuk memandang ukiran hasil seni khat Thuluth yang dirasakan cantik itu. Kemudian, matanya meliar pula memandang hiasan dalaman rumah tersebut. Tepat jam 9 pagi lagi, dia sudah berada di rumah wanita itu. Walaupun kehadirannya agak mengejutkan, namun dia tetap disambut baik oleh si abang.

"Nah, minumlah. Ada apa kau datang rumah aku pagi-pagi ni, Ihsan?" tanya Hud sambil menghidangkan air kepada lelaki itu lalu dia mengambil tempat di hadapan Ihsan.

"Tujuan saya datang sini sebenarnya sebab nak minta izin dengan abang."

"Izin? Izin apa?" tanya Hud hairan. Sejak bila lelaki itu perlukan izin daripada dia? Bukannya dia abang kepada Ihsan pun.

"Sebenarnya, saya dengan Falia dah bersetuju nak—"

"Nak kahwin?" Belum habis lagi ayat yang ingin dibicarakan, Hud terus memotong. Matanya seakan-akan bersinar apabila mendengar omongan Ihsan. Kalau betullah apa yang ingin dibicarakan lelaki itu, Hud mahu buat sujud syukur sekarang juga! Syukur, Ya Allah!

"Eh, bukan-bukan! Saya dengan Falia dah bersetuju nak berkenalan dengan lebih mendalam." Laju Ihsan membetulkan ayat Hud supaya lelaki itu tidak salah faham dengan niat asalnya.

Wajah Hud yang kelihatan teruja itu kembali berubah serius. Cis, ingatkan nak kahwin tadi!

"Jadi, saya datang sini sebab nak minta izin abang untuk jadikan Falia sebagai buah hati saya. Boleh? Bukan apa, rasa tak best lah pula kalau saya bawa Falia ke hulu ke hilir tanpa pengetahuan abang. Lagipun, saya kena hormat abang sebagai satu-satunya keluarga Falia." Ihsan memandang gugup wajah Hud yang dari tadi merenungnya tajam.

Lain macam nervous yang dia rasa bila lihat wajah Hud yang kembali serius itu.

Hud cuba menghadam kata-kata lelaki itu sebaik mungkin. Dia langsung tidak menyangka itu rupanya hajat lelaki itu datang ke rumahnya. Walaupun sedikit terkejut, namun dia tetap rasa terharu dengan apa yang cuba dilakukan Ihsan. Zaman sekarang masih wujud rupanya lelaki yang berbudi pekerti seperti Ihsan.

Sangat beradab.

Dia sendiri pun tak sangka Ihsan sanggup datang ke rumahnya awal-awal pagi demi meminta izin untuk berkenalan dengan adiknya. Tak semua lelaki akan bersikap sebegitu. Kebanyakan pengalaman yang dia dengar, rata-rata lelaki zaman sekarang akan terus menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka tanpa memberitahu atau meminta izin daripada keluarga si gadis terlebih dahulu.

"Kau betul-betul sukakan adik aku ke?"

Ihsan mengangguk.

Kalau tak betul, takkanlah dia sanggup bangun awal pagi dan bersiap semata-mata untuk berjumpa dengan lelaki itu.

"Aku tak kisah kalau kau nak bercinta dengan adik aku cuma aku harap sangat kau tak ada niat nak main-mainkan dia. Falia tu susah sangat nak percaya dengan mana-mana lelaki. Aku yakin, kau pun tahu dengan prinsip adik aku selama ni. Sebab tu aku terkejut bila dengar yang dia dah buka pintu hati dia untuk berkenalan dengan kau. Hebatlah juga kau ni." Sempat Hud memuji Ihsan di hujung ayat.

Ihsan tersenyum kekok. Jangankan Hud, dia sendiri pun terkejut apabila wanita itu bersetuju dengan permintaannya. Sedangkan berkali-kali dia ditolak oleh wanita itu selama ini.

"Kalau kau betul-betul ikhlas dengan adik aku, aku izinkan tapi kau tetap kena hantar adik aku balik sebelum pukul 12. Lagi satu, jangan berani buat yang bukan-bukan dekat adik aku. Aku mungkin tak nampak, tapi Tuhan tu nampak. Kalau aku dapat tahu kau cuba buat apa-apa dekat adik aku, sampai lubang cacing aku cari kau. Faham?" Hud memberi amaran kepada Ihsan.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now