‧₊˚🖇️✩ : 42

330 36 0
                                    

KEPALANYA dipusing ke kiri dan ke kanan secara bergilir-gilir. Setelah memastikan keadaan berjalan seperti yang dirancang, dia kembali mendapatkan sahabatnya. Walaupun pada asalnya dia tidak berminat untuk masuk campur dengan rancangan sahabatnya, namun apa lagi pilihan yang dia ada? Suka ataupun tidak, dia terpaksa mendengar arahan gadis itu.

"Kau dah check satu hall kan? Aku tak nak sesiapa pun gagalkan rancangan kita ni." Aira menyoal Safa yang berada di sebelahnya.

"Dah. Memang tak ada orang pun dekat tingkat dua ni. Semua orang ada dekat dewan sekarang ni," balas Safa kepada sahabatnya. Siapa lagi yang perlu menjadi balaci selain dirinya ketika ini? Nak harapkan Qairina? Gadis itu pun tak hadirkan diri ke sekolah. Memang dia seorang sahajalah yang dipaksa untuk membantu Aira ketika ini.

"Nasib baik Hari Keusahawanan tu buat dekat dewan. Bolehlah aku jalankan rancangan kita," kata Aira sambil tersenyum sinis. Tak sabar rasanya mahu mengenakan seseorang yang dibenci olehnya.

Safa mengerutkan dahinya. 

'Kita? Kau yang plan semuanya, aku pula yang kena,' rungut Safa dalam hati.

Kemudian, dia memandang wajah Aira lama. Sebenarnya dia masih ragu-ragu dengan rancangan gadis itu. Dia sedar apa yang dirancangkan oleh Aira itu merupakan satu perkara yang tidak wajar dilakukan, namun dia juga tiada kuasa untuk menghalang gadis itu. Apa yang diinginkan oleh Aira, pasti gadis itu akan dapatkan jua.

"Perempuan tu still ada dalam toilet kan?" tanya Aira, mahu mendapatkan kepastian.

"Ada. Aku dah check dah tadi. Endra pun ada je tengah study sorang-sorang dalam kelas."

Aira tersenyum senget. Tak lama lagi rancangannya bakal membuahkan hasil.

"Okay, good. Sekarang, kau pergi laksanakan rancangan kita. Pastikan lakonan kau betul-betul menjadi. Faham?" arah Aira sambil menolak tubuh sahabatnya.

"Eh, kejap-kejap! Kau yakin ke dengan apa yang kau nak buat ni, Aira? Aku takutlah. Kalau kantoi nanti macam mana? Kang tak pasal-pasal aku pula yang kena. Kalau aku kena buang sekolah? Aduh, mesti mak dengan ayah aku—"

"Eh, kau boleh rileks tak? Tak ada siapa yang akan tahulah kalau kau tak buka mulut. Sekarang ni, kau pergi jelah buat kerja kau. Dahlah, aku tunggu kau dekat depan bilik guru bawah. Dah settle nanti, kita jumpa dekat sana."

Tak sampai seminit, bayang Aira sudah pun hilang dari pandangan Safa.

Safa berdecit geram.

Cakap senanglah. Yang kena tanggung akibatnya nanti dirinya, bukannya Aira.

Tanpa membuang masa, Safa terus bergerak ke kelas di mana Endra berada ketika ini. Ekspresi mukanya terus diubah mengikut lakonannya. Dia perlu menjayakan wataknya sebaik mungkin agar lelaki itu percaya dengan kata-katanya.

"Endra! Tolong aku, Endra! F—Falia... dia..." Safa sengaja menggantung ayatnya supaya Endra tertanya-tanya mengenai gadis itu.

"Kau kenapa ni? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba je datang cari aku." Terhenti perbuatan Endra apabila gadis yang dikenalinya itu tiba-tiba menyerbu dirinya.

"Falia, Endra! Kau kena tolong dia!"

"Kenapa dengan dia?" tanya Endra semula, sedikit hairan.

"Dia pengsan dalam toilet!"

"Kau biar betul ni, Safa? Jangan main-mainlah. Aku tak ada masa lah nak layan prank bodoh kau ni." Walaupun sebenarnya hati Endra sudah tidak tenteram ketika ini, namun dia cuba menafikan apa yang diceritakan oleh Safa.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now