𝐓𝐀𝐑 × 𝐀𝐍 | 𝟗

398 23 0
                                    

Alicia pada saat itu sangat tergesa-gesa untuk membeli sarapan dan akhirnya dia memasuki sebuah cafe yang kebetulan berdekatan dengan sekolahnya itu. Wanita itu sedikit terkejut kerana begitu ramai pelanggan yang kebetulan bersarapan disitu juga membuatkan Alicia semakin gelisah.

"Aduh ramai pula harini. Biasanya sikit saja orang disini. Hmm nak kata hari weekend, bukan."

Akhirnya Alicia pasrah dan mulai beratur di belakang pelanggan lain untuk membeli sarapannya. Disaat dirinya begitu fokus meneliti setiap pelanggan yang ada disitu, Alicia dapat merasakan jika seseorang menatap ke arahnya.

Mata Alicia seketika terkesima pada dua orang lelaki yang kebetulan juga memandang ke arahnya itu dan hal itu membuatkan Alicia membulatkan matanya saat melihat dua orang lelaki itu. Hal itu membuatkan mata Alicia terkunci beberapa saat pada kedua lelaki itu dan saat itu juga, Alicia memutuskan untuk memandang ke arah lain dan menggerutu kesal.

"Ya Allah, dalam banyak-banyak cafe, kenapa cafe kat sini juga aku boleh jumpa dengan mamat penggatal tuh?" Kata Alicia dalam hatinya, kesal.

Dan akhirnya, setelah Alicia selesai membeli sarapannya itu, terus sahaja Alicia berlari keluar dari cafe itu segera dan berjalan kaki menuju ke sekolahnya. Dia berjalan seperti lipas kudung sekarang dengan 2 alasan berbeza....

Pertama, dia ingin segera ke sekolah.

Kedua, dia tidak ingin bertemu atau memandang Encik Penggatal itu lagi.

"Aku rasa muka kau menyeramkan sangat sampai dia lari macam nampak hantu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku rasa muka kau menyeramkan sangat sampai dia lari macam nampak hantu."

Farzan masih saja tergelak saat mengingati peristiwa pagi tadi membuatkan Tengku Alex hanya memutarkan bola matanya malas. Sesungguhnya, dia benar-benar terpesona dengan mata biru laut milik Alicia dan hal itu membuatkan Tengku Alex hanya tersenyum seperti orang gila sedang bercinta.

"Nih kenapa pula kau macam orang gila?" Tegur Farzan hairan.

"Hm nothing. Aku suka mata dia. Cantik." Kata Tengku Alex jujur dan hal itu membuatkan kening Farzan ternaik satu lebih hairan.

"Hmm mencipta sejarah pula kau puji perempuan? Bukan mata girlfriend kau lagi cantik ke? Haihh Alex Alex kau jangan melebih. Ingat sikit diri kau tuh."

"Apa yang kau nak risau? Aku bukannya kata nak cari scandal ke apa. Aku cuma puji mata kawan Sumayyah tuh cantik. Kau ingat tak nama dia apa?"

"Uhm... Alice rasanya. Sebab aku dengar Sumayyah selalu panggil dia Alice. So aku rasa itu nama panggilan dia." Kata Farzan setelah memikir beberapa saat membuatkan Tengku Alex hanya terdiam untuk sementara dan menganggukkan kepalanya.

"Well, entahlah. Aku rasa bila aku pandang dia, aku rasa lain macam. Tapi aku tak tahu apa. Tck susahlah hidup kalau penuh tanda tanya nih."

"Hmm... Kau tak payah menggatal. Ingat diri sikit. Kau dengan Amanda lepas nih nak nikah kan? Jaga diri. Jaga mata and jaga hati kau. Jangan permainkan hati seorang perempuan. Kau lelaki. Meskipun kau berduit, tak semestinya semua perempuan jatuh dalam tangan kau, Tengku Alex. Sedar diri."

Ayat penegasan dari Farzan itu berhasil membuatkan Tengku Alex terdiam dan akhirnya Tengku Alex hanya menghelakan nafasnya kasar dan menopang dagunya menatap ke arah langit sambil memikirkan sesuatu dan berdengus untuk cuba menghilangkan rasa itu.

Ayat penegasan dari Farzan itu berhasil membuatkan Tengku Alex terdiam dan akhirnya Tengku Alex hanya menghelakan nafasnya kasar dan menopang dagunya menatap ke arah langit sambil memikirkan sesuatu dan berdengus untuk cuba menghilangkan rasa itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Alice, Puan Adeline nak jumpa kau."

Itulah apa yang diungkapkan oleh salah seorang guru yang berada di satu bilik bersama Alicia dan cikgu-cikgu yang lain. Saat mendengarkan ucapan guru itu, automatik badan Alicia membeku dan memikirkan sesuatu sebelum menganggukkan kepalanya.

Lalu setelah itu, Alicia berjalan keluar menuju ke bilik pengetua sekolah dan memgetuk pintu perlahan...

TOK! TOK!

"Masuk." Terdengar suara Puan Adeline dari dalam membuatkan Alicia sedikit gugup dan akhirnya masuk ke dalam bilik pengetua itu dan duduk di hadapannya sopan.

"Ya, Puan? Ada apa?" Tanya Alicia sopan.

"Alice, Saya nak minta maaf pasal semalam. Saya tahu awak terasa hati dengan ucapan calon menantu saya pada awak. Saya harap awak tak berdendam ya pada dia? Dia memang macam tuh. Anak saya sendiri pun tak tahu perangai sebenar dia." Ucapan Puan Adeline itu membuatkan Alicia hanya terdiam sebelum tersenyum tipis padanya.

"Uhm Puan, saya minta maaf tapi sekarang kita di sekolah. Saya taknak campur urusan sekolah dan peribadi, Puan. Saya minta maaf tapi kata-kata perempuan itu semalam sedikit membuatkan saya terasa tapi tidak mengapa. Saya sedar posisi saya, Puan." Kata Alicia serius membuatkan Puan Adeline diserang rasa bersalah.

"Saya minta maaf sekali lagi bagi pihak calon menantu saya ya? Awak okay ke, Alice? Muka awak pucat je harini? Awak sakit ke?"

"Oh ini... Saya okay je, Puan. Biasalah saya tak pakai makeup hihi. Ada apa-apa lagi ke, Puan? Kalau tiada apa-apa urusan lagi, saya izin pergi dulu ya?" Kata Alicia sopan pada Puan Adeline itu membuatkan wanita tua itu hanya tersenyum dan sedikir khawatir saat melihat wajah Alicia sedikit memucat.

"Hm okaylah kalau macam tuh. Awak boleh pergi. Tapi saya ingatkan awak Alicia, makan ubat dan jangan terlalu stres."

"Haha Insyaallah, Puan. Sebagai seorang guru kita harus sentiasa kuat dan bersabar. Takpe Puan, saya okay lagi nih. Insyaallah demi anak murid saya, saya sanggup berkorban apapun demi mereka."

Kata-kata semangat dari Alicia itu membuatkan Puan Adeline kagum dengan sikapnya. Sejujurnya, Puan Adeline juga suka dengan sikap dan kesopanan Alicia saat bercakap dengan sesiapapun termasuk dirinya. Wajah yang cantik, mata yang bersinar dan suara yang lembut dari Alicia itu membuatkan Puan Adeline sentiasa sejuk hati ketika berbicara dengannya.

"Alhamdulillah, saya bangga dengan awak, Alice. Baiklah awak boleh pergi sekarang. Terima kasih dan saya minta maaf sekali lagi bagi pihak calon menantu saya ya."

Alicia hanya menganggukkan kepalanya sebelum meninggalkan bilik pengetua itu dan Puan Adeline sepertinya mulai menyukai wanita cantik itu. Akhlak seorang guru pada sesiapapun membuatkan Puan Adeline ingin mengenali Alicia Nayla lebih rapat dan mesra lagi.

"Ya Allah, dia wanita yang baik. Berikanlah aku petunjuk siapa yang baik untuk anakku dan jauhkanlah siapa yang tidak baik untuk anakku satu hari nanti...."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐑 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 [ HIATUS ]Where stories live. Discover now