Bab 7

39 11 0
                                    

Arwisy p.o.v

Malam itu aku bermimpi. Mimpi tentang kejadian 5 tahun yang lepas. Yang telah menghantui hidup aku selama ini. Sudah sekian lama mimpi itu tidak muncul dan hari ini mimpi itu diulang tayang semula sewaktu aku tengah lena diulit mimpi. Kenapa dia perlu kembali? Kenapa aku perlu mengingatinya?

"Arwisy.. Sofiya Arwisy.. D-dia dah tak ada Arwisy.." tangisan itu. Tangisan dari seseorang yang sangat aku kenali.

"Arwisy.. K-kau kena tolong Sofiya Arwisy! Arwisy! Dia dah anggap kau macam adik dia sendiri Arwisy! Sanggup ke kau nak tengok Sofiya merana macam tu Arwisy?!" dia mencengkam kolar baju aku. Aku tak dapat nak tolong. Aku buntu. Aku takut. Aku mencuba sedaya-upaya untuk melepaskan cengkaman tangan itu dari baju aku tetapi gagal.

"L-lepaslah!" aku meronta-ronta. Aku tidak tahu sama ada ini mimpi ataupun tidak kerana ianya seolah-olah seperti realiti. Realiti yang tidak mudah untuk aku lupakan.

"Aku kata lepas!" hampir sahaja penumbuk sulung aku singgah di wajah orang tapi dengan sekelip mata tangan aku dipegang oleh si dia.

Aku membuka mata dan benda pertama yang aku nampak ialah Aayin. Adik aku. Dia rupanya. Aku menghela nafas lega. Sejak bila dia disini?

"Abang meracau-racau dalam mimpi lagi." dia memberitahu aku.

Aku menarik semula tangan aku dan bangun dari pembaringan. Aku raup wajah aku. Entah mengapa aku rasa susah hati. Aku rasa serba salah terhadap seseorang dan tak mungkin aku mampu untuk betulkannya semula. Air mata aku mengalir dengan sangat deras. Aku menyeka air mata aku menggunakan hujung baju.

"Abang..," Aayin menghampiri aku lalu dia memeluk tubuh badan aku. Dia mengusap kepala aku seperti memujuk kanak-kanak yang berusia 5 tahun.

"Abang.. i don't know what you've been through all this time but if you want to tell me something, I'm here abang." Aayin memeluk tubuh badan aku dengan sangat erat.

Ketika ini entah mengapa aku hanya mahu menangis. Menangis dengan sepuas-puasnya. Menangis di atas bahu seseorang iaitu adik aku sendiri, Aayin. Dia lah satu-satunya orang yang aku perlukan saat ini. Aku perlukan kekuatan untuk diri aku. Aku memeluk tubuh Aayin dengan sangat erat.

"Aayin.. Abang bukan abang yang baik untuk Aayin," aku menundukkan wajah aku. Enggan memandang wajah adik kesayangan aku. Andainya dia tahu bahawa aku ini bukanlah seorang abang yang baik.. akankah dia membenci diriku?

"Abang gagal jadi seorang abang yang baik untuk Aayin. Abang gagal untuk jadi ketua keluarga yang baik. Abang juga gagal untuk jadi seorang anak sulung kepada mama dan yang paling penting abang pentingkan diri sendiri, Aayin." aku mengeluh. Aku menangis teresak-esak. Kecewa dengan diri aku sendiri.

"Abang," Aayin memegang wajah aku. Menyuruh aku untuk memandang wajahnya. Dia tersenyum nipis.

"Abang, tak pernah sekalipun Aayin menyesal ada seorang abang yang macam ni. Malah Aayin sangat bersyukur ada seorang abang yang macam ni sebab apa? Sebab abang lain daripada yang lain. Abang kuat. Abang simpan semuanya sendiri. Abang tak nak orang lain tahu tentang keperitan yang dialami oleh abang. Aayin sendiri pun tak tahu apa yang abang lalui sebab abang pandai sorokkan semua perasaan itu dari pengetahuan orang lain termasuklah Aayin, mama dan Hayden." terang Aayin dengan panjang lebar. Dia mengelap air mata aku.

Aku sangat bersyukur dikurniakan seorang adik yang sangat memahami. Seorang adik yang tak pernah berputus-asa bantu untuk memulihkan keadaan aku. Seorang adik yang berada disamping aku sepanjang masa. Aku mengusap kepalanya lalu tersenyum nipis.

"Kau dah makan?" aku tanya dia.

"Back to normal?" dia mengangkat sebelah keningnya.

Aku hanya ketawa kecil.

"Hanya kau seorang je yang boleh nampak aku keluarkan air mata jantan ni tahu?" aku menjelingnya.

Dia ketawa berdekah-dekah. Apa yang kelakarnya?

"Air mata jantan abang cakap? Abang, orang lelaki pun boleh menangislah. Abang ingat orang perempuan je ke yang boleh menangis?" dia memandang wajah aku.

"Orang lelaki pun ada perasaan jugak, abang. Orang lelaki pun tahu menangis. Tak hanya orang perempuan sahaja. Orang lelaki pun tahu apa itu erti tersakiti, sedih, marah, kecewa dan menangis. Mereka semua pun manusia dan bukan robot yang tidak mempunyai perasaan. Abang janganlah rasa diri abang itu hina sebab abang dah menangis tadi," ceramahnya panjang lebar.

"Lagipun apabila seorang lelaki itu menangis, itu tandanya mereka mungkin sedang berada dalam keadaan yang rapuh abang. Dan mungkin dengan menangislah dapat mengubati rasa yang terbuku di dalam hati mereka. Tapi mereka pandai, mereka menangis dalam diam sebab tak nak orang pandang hina atau jijik kerana orang lelaki menitiskan air mata." dia menyambung bicara. Aku terkesima. Sejak bila lah adik aku ini pandai nasihatkan orang? Aku menggelengkan kepala.

"Thank you, Aayin."

"No problem abang." dia tayang sengih sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi dan cantik.

Aku tidak nampak Hanisya hari ini. Ke mana agaknya dia menghilang? Katanya, dia mahu jaga aku sepanjang aku berada di hospital ini. Aku tidak ada nombor telefon dia pulak untuk menghubunginya. Mungkin nanti dia akan datang jenguk aku? Harapnya macam tu lah sebab aku tak ada teman nak berborak dalam wad ini. Paling tidak pun berborak dengan dinding.

Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)Where stories live. Discover now