Aldo bersandar kerusi kulit berwarna hitam dan menggosok wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Laptop di hadapannya di tutup.
Aldo kembali bersandar kerusi dan pandang pada jam yang terletak di dinding. Sudah pukul 6 pagi. 10 jam dia membuat kerja di bilik kerjanya. Dan 10 jam tu lah dia tidak tidur menghabiskan masanya membuat kerja-kerjanya di bilik kerjanya.
Tiba-tiba pula tekaknya terasa kering. Mungkin kerana terlalu lama buat kerja sampai minum air pun tak. Tanpa melengahkan masa Aldo bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke pintu.
Aldo menglankah keluar dari bilik kerjanya dan bergerak jalan menuju ke tangga untuk turun pergi ke dapur. Turun dari anak tangga Aldo berjalan ke dapur dengan tangan pegang telefon sedang menaip sesuatu di dalam telefonnya tersebut.
Tibanya dia di dapur dia meletak telefon ke atas island dan bergerak ke tempat letak pinggan mengambil cawan kaca. Lalu dia membuka peti sejuk mengambil sebotol kaca yang berisi air putih keluar.
Penutup botol kaca di buka dan menuang air kosong yang dalam botol kaca itu ke dalam cawan yang telah berada di atas island. Apabila air sudah penuh di isi ke dalam cawan.
Dia meletak botol kaca ke tepi dan menenguk air kosong itu. Sedang dia menikmati meminum air kosong itu tiba-tiba telefon di sebelah mengeluarkan notification. Cawan di letak di atas island.
Telefon di angkat membawa kepadanya. Dia membaca notification dari nombor yang dia tidak di kenali. Dia menekan notification itu dan screen telefon muncul gambar Ina yang tersenyum melihat ke arah kamera.
Mata terarah pada mesej yang baru muncul di bawah gambar Ina.
*Is she so pretty? Mr.D'Angelo*
Membaca mesej itu membuatkan dia tidak duduk senang melihat gambar Ina yang di hantar oleh seseorang yang dia tidak kenali itu. Hatinya mula tidak sedap hati.
Tanpa buang masa. Jari dengan pantas menaip membalas mesej itu tersebut.
*Who the f##k are you?!*
Aldo menunggu balasan dari orang itu.
*Well you know who I am*
"Hugo........."
Satu nama sahaja yang keluar dari mulutnya. Iya tidak lain tidak bukan Hugo lah orangnya. Macam mana dia tahu itu Hugo?. Kerana dia ada satu sahaja musuh yang paling benci olehnya.
Tiba-tiba muncul satu gambar di hantar oleh Hugo. Gambar itu kelihatan Ina yang sedang berjalan keluar dari hotel yang Ina sedang menginap dengan seorang diri.
Melihat gambar itu baru dia teringat yang hari Ina keluar tanpa dia kerana dia sibuk dengan kerja yang bukit seperti gunung Kinabalu dekat pejabatnya.
Dengan rasa marah Aldo terus menaip membalas mesej Hugo dengan wajah yang sudah menahan amarahnya.
YOU ARE READING
Bidadari Mr Aldo
Romance"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya. Dibesarkan oleh...