BAB 1 (PREVIEW EBOOK)

62 14 0
                                    

"Kakak tak nak pulang sambut puasa dekat sinikah?" Tanya Noh Mikail merangkap ayah kepada Naurah Rayyani.

"Boleh juga, lagi pun kakak rancang nak sambut puasa dekat kampung. Alang-alang itu bolehlah sambut raya sama-sama" Balas Naurah dengan riang. Telefon yang berada ditelinga dikepitkan bersama bahunya setelah dia menerima isyarat dari pekerjanya untuk menandatangani laporan tersebut.

Sang ayah tersenyum manis, ucapan syukur terlafaz di hati. Setelah sekian lama anak gadisnya menghabiskan masa bekerja di luar kota akhirnya dapat juga pulang meluangkan masa bersama keluarga.

"Alhamdulillah eloklah itu. Ibu pun dah rindu dengan anak dara dia ni. Asyik tanya saja bila kakak nak balik?" Naurah tergelak kecil.

"Ibu saja? Abah itu?"

"Abah mestilah rindu juga. Anak tunggal kesayangan kita orang ini." Naurah ketawa riang. Terhibur dengan gelagat bapanya.

"Okaylah nanti kakak roger bila nak gerak balik. Kirim salam dekat ibu tau. Jangan kerja kuat sangat. Jaga kesihatan tu."

"Eh! Cakap orang. Dia pun sama"

"Biasalah. Bapak borek anak rintik" Naurah mengulas senyum lebar setelah mengatakan itu kemudian mereka sama-sama menamatkan panggilan telefon

"Cik nak balik kampungkah?" Pekerja yang berada di hadapan Naurah bergerak mendekati meja kerja untuk menerima laporan yang telah ditandangani majikannya itu.

"Haah, alang-alang saya nak kena turun tengok site belah utara tu bolehlah bercuti kejap dekat kampung"

"Alaa... Kalau macam itu siapa nak jaga cawangan sini? Tanpa cik disini bererti tiada lagi kebahagiaan buat kami" Retina matanya memberikan tatapan lembut kepada gadis tinggi lampai yang masih berdiri dihadapannya dengan wajah yang muram.

"Eleh! Entah-entah time saya tak ada nanti mesti kau orang yang happy nanti." Naurah terkekeh geli. Bukannya dia tak tahu dengan karenah para pekerjanya. Tapi dia bersyukur, sepanjang mereka bekerja dibawahnya tiada lagi yang berani pijak kepalanya walaupun dia bersikap lembut dan bermurah hati kepada mereka. Kerana bagi mereka big boss ini bagaikan harimau. Jangan dicabar kalau tidak mahu dibaham hidup-hidup.

"Tak lah!"

"Awaklah yang jaga. Awakkan orang penting saya" Naurah tersenyum gemas. Wajah cemberut gadis itu menjadi hiburan buat dirinya.

"Kenapa saya? Tugas ini besar tau cik. Dan sepatutnya saya kena ikut cik balik kampung sebab tugas sayakan pembantu peribadi cik, bukannya duduk dekat kerusi besar jaga syarikat ini." Ruas dahi Hana berkerut tidak suka.

"Awak memang tak boleh berpisah dengan sayakan?" Naurah memeluk tubuh dan bersandar penuh selesa pada kerusi kebesarannya.

"Of course, kita kan macam belangkas. Dimana ada Naurah disitu ada Hana." Hana dan Naurah masing-masing melepaskan ketawa mereka di udara.

"Tak payahlah lagi pun kampung saya itu jauh. Awak duduk saja sini, rumah keluarga awakkan dekat sini. Nanti nak balik raya taklah rushing"

"Macam mana dengan cik nanti? Kalau jadi apa-apa macam mana? Dan yang paling penting kalau kami rindu cik macam mana?"

"Ceh! Cakap macam saya pergi tak kembali. Macamlah ini kali pertama saya tinggalkan syarikat kita." Naurah tercebir sembari memberikan jelingan manja kepada pekerjanya.

"Tapi..."

"Tiada tapi Hana. Jangan risau, gaji awak saya naikkan sepuluh ribu" Potong Naurah seraya kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Tercengang Hana dibuatnya. Lekukan dibibir tidak dapat ditahan lagi lalu kembali mengukirkan eksperasi gembira.

"Okay deal"

"Tapi kalau bankrupt... Awak yang akan tanggung akibatnya" Hana meneguk salivanya payah melihat tatapan tajam gadis tersebut. Sejenak dirasakan bulu romanya mencanak naik.

"Uish janganlah. Doa yang baik-baik sudahlah bos" Hana ketawa kekok.

Naurah mengangguk singkat. Alis keningnya diangkat sebelah apabila merasakan pembantunya tidak keluar dari ruang kerjanya lagi. "Kenapa?"

"Waktu lunch nanti bos free."

"Yeah, I know. Why?" Pelik Naurah melihat tingkah laku Hana yang tersengih malu.

"Jom lunch sama-sama nak? Ada restaurant baru buka dekat area sini."

"Nak pau duit kita lah tu"

"Hei! Saya pun ada hulurkan duit juga tau" Bibir Hana muncung sedepa. Apa? Ingat dia perempuan jenis kaki kikiskah? Setiap kali dia orang keluar selalu saja dia tawarkan dekat majikannya untuk bayar tetapi tetap saja ditolak dengan alasan 'biarlah saya belanja awak, mana tahu nanti rezeki kita akan makin berlimpah ruah'

"Ya saya tahu. Alah, nak gurau pun tak boleh. Sensitive benor" Hana tersenyum manis.

"Janji tau kita lunch sama-sama. Hehehe itu saja. Bye bosskur yang cantik lagikan manis" Ujar Hana dengan gembira. File yang berada ditangan dinaik ke dada dan dipeluk erat lalu berlari kecil meninggal ruang kerja bosnya itu.

Tersenyum miring Naurah lalu kembali menyambung kerjanya. Kalau sudah diwaktu lunch memang mereka sering makan bersama kerana baginya selepas sahaja tamat waktu kerja hubungan mereka bukanlah sebagai majikan dan pekerja tetapi sebagai sahabat dan teman seperjuangan.

'Ada saja agenda dia nak ajak aku keluar. Haih Hana, Hana. Mujur kau kawan aku.' getus suara hati kecil Naurah.


TBC

CINTA YANG SUCI (EBOOK) ll COMPLETE✅️Where stories live. Discover now