BAB - 13 -

163 18 0
                                    

"DAH tenang sekarang?" soal Huzair. Aero hanya diam dan menunduk. Saat tiba di hospital, Aero benar-benar mengamuk hingga dibawa Huzair ke dalam wad dan diikat. Bahkan disuntik dengan ubat agar tidur.

Setelah bangun, dia sambung mengamuk. Sekarang dia hanya diam mungkin sudah penat.

"Okay... Saya anggap ya. Aero, boleh ke awak cerita dengan saya apa yang buat awak sedih? Hm?"

"Dah cerita," jawab Aero perlahan. Huzair tersenyum sahaja.

"Memang awak dah ceritakan banyak kali. Tapi saya nak dengar lagi. Saya rasa geram sebab diorang buat awak macam tu. Rasa nak tumbuk je diorang tu." Huzair mula memancing. Aero perlahan-lahan memandang Huzair.

"Hehe... Nak cerita dengan saya tak?" soal Huzair lagi. Aero mengangguk.

"Dulu... Aero kena buli. Aero tak pernah bagitahu sesiapa kecuali Zero yang sama kena buli juga." Ceritanya. Huzair mengangguk faham. Melihat Huzair seperti sangat berminat dengan ceritanya, dia jadi bersemangat mahu meluahkan itu lagi.

"Kami kena buli dengan lima orang. Lepastu, Zero banyak urusan sebab jadi ketua pengawas. Aero sorang-sorang. Diorang makin teruk buli Aero..." Huzair hanya diam seraya menulis.

"Diorang buli macam mana?"

"Diorang sepak... Tarik rambut lepastu hantuk dekat bucu singki. Sakit... Aero masa tu pengsan tiga hari daddy cakap. Lepastu Aero cakap yang Aero jatuh sendiri. Lepastu, pergi sekolah lagi..."

"Diorang pukul-pukul, maki-maki, cakap macam-macam dekat Aero. Aero pernah kena jemur sampai pengsan, diorang suruh buat kerja diorang semua. Aero tolak, diorang pukul pakai kayu hoki... Aero kena kurung dalam stor... Bila balik rumah, Aero kena tampar sebab balik lewat..."

Tisu diberikan pada Aero lelaki itu teresak mengingat semua yang terjadi itu. Huzair biarkan Aero lepaskan tangisan.

Semua yang diceritakan masih sama. Bahkan Zero juga memberitahukan perkara yang sama kecuali beberapa bahagian yang hanya Aero dan Huzair yang tahu.

"Le-lepastu diorang fitnah Aero perkosa perempuan dekat sekolah... Aero kena buli dengan banyak orang lagi lepastu. Diorang cakap Aero orang tak beragama, tergamak buat perkara keji dalam sekolah... Aero tak buat. Sumpah, Aero tak buat pun... Lepastu... Tangan... Tangan Aero dah tak boleh guna untuk piano..."

"Aero susahkan banyak orang... Aero buat daddy mati... Aero bunuh daddy sebab Aero tak guna... Aero tak boleh tunaikan impian terakhir daddy... Sebab Aero... Zero dengan Aero kena halau... Mayat daddy diorang tak bagi kitaorang tengok... Aero nak daddy..."

Huzair akhiri laporannya dan menarik kerusi duduk di sebelah Aero. Dia usap kepala Aero beberapa kali.

"Aero ni kuatlah! Macam batman! Aero nak jadi lagi kuat tak? Kuat macam hulk?" Aero mengangguk dengan air mata yang masih mengalir.

"Kalau nak, nanti bawa Zero ambil ubat. Ubat tu boleh buat Aero jadi kuat macam hulk. Tak ada orang boleh buli Aero lagi. Nak?" Aero berfikir seraya menyeka air matanya.

"Tapi... Ubat tu sama macam dulu. Aero tak nak... Aero macam orang bodoh bila makan tu. Aero banyak lupa..." Huzair ketawa kecil.

"Kenalah makan. Lupa tu kejap je. Yang penting, Aero boleh lupakan sakit hati tu. Zero pun happy, boleh bawa Aero jalan-jalan, shopping, tengok wayang, main pantai, banyak lagi. Tak nak ke?"

"Nak! Aero nak! Tapi..."

"Tak apa, ubat Aero saya tukar. Aero tak telan ubat yang sama dah." Aero pandang Huzair tak percaya.

"Betul?" Huzair mengangguk.

"Tapi, Aero kena duduk wad. Tengok luka Aero... Teruk! Bagi saya rawat Aero, tengok ubat tu okay tak dengan Aero, lepastu Aero boleh balik main dengan Zero. Boleh?" Aero menghela nafas berat. Dia tak bodoh untuk faham apa yang Huzair cuba lakukan. Tapi... Dia seronok dengan ini.

"Duduk sini bosan..."

"Saya kan ada? Saya boleh teman Aero main. Saya pun boleh teman Aero makan. Nak suap pun boleh." Aero ketawa kecil.

"Dokter nak rasuah Aero ke?" soal Aero bergurau. Huzair tersengih.

"Kantoi ke?" Aero mengangguk.

"Kalau macam tu, Aero duduklah wad. Terima rasuah saya boleh?"

"Mana ada orang rasuah macam tu." komen Aero. Huzair ketawa.

"Habistu macam mana?" Aero jongket bahu. Manalah dia tahu. Lagipun dia tak pernah rasuah orang.

"Tak apalah, biar je. Aero nak duduk wad?" Aero menggeleng.

"Tak nak... Aero nak duduk rumah dengan Zero..." Huzair mengangguk faham. Mungkin itu yang terbaik. Lagipun Aero nampak sudah lebih baik daripada awal lelaki itu diheret ke mari.

"Okay... Tapi pasal ubat, datang balik kalau..."

RAMBUT Aero yang sedang tidur itu diusap lembut. Mereka sudah sampai di rumah. Tapi Zero tak tergamak mahu bangunkan Aero yang masih di bawah pengaruh ubat itu. Pasti melelahkan jika dibangunkan begitu saja.

"Dukung jelah." Putusnya dan terus matikan enjin kereta. Dia turun tutup pintu dan berlalu ke tempat Aero. Pintu dibuka dan tubuh ringan Aero didukung bagai pengantin. Pintu kereta kembali ditutup dengan kaki sebelum dia berlalu masuk dan bawa Aero ke bilik lelaki itu.


- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




- Continue -

[C] ZERO AND AEROWhere stories live. Discover now