━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Jadi, kita nak pergi mana ?" soalku sebelum menunduk memandangnya.
Hati yang tenang terus berubah gelora saat Hayoon mendongak memandangku dengan senyuman. Terimbas kembali apa yang berlaku tengah hari tadi menambahkan lagi rasa bahang malu di pipi. Hujung bibirku herot tersenyum kecil.
"Rahsia. Tapi kita kena pergi jalan kaki" dia meletakkan helmet motor yang kuhulurkan tadi.
Jalan kaki ?
Sebelum sempat aku memberikan anggukan, dia sudah mencapai tanganku mengenggamnya erat.
"Jom !"
Perjalanan yang lama terasa sungguh singkat dengan celoteh gadis ini. Kadang kala aku tersenyum sendiri, kadang kala aku tertawa berbual dengannya sepanjang perjalanan.
Kepalaku diangkat ke hadapan seraya kami berhenti melangkah.
"Fun fair ?" keningku terangkat kecil.
Hayoon mengangguk.
"Dulu waktu saya janji dengan sunbae, semua orang ada sekali. Tapi kali ini, saya nak hanya ada kita berdua je. Boleh ?"
Aku menahan dada dan mulut yang mahu rasa menjerit kerana debaran yang kencang. Hayoon menyentak tanganku lembut meminta persetujuan.
Orang gila saja yang tak setuju, sayang oi !
"Mestilah boleh" tuturku mengelus pipinya lalu menyelitkan rambut ikalnya ke belakang telinga.
Dia menunduk malu kemudian mendongak semula dengan wajah samar kemerahannya.
+×+
"Ani, awak ! Tembak sanalah ! Situ !" sebuah bidikan lagi ditembak tak mengenai sasaran.
"Tsk, awak ! Sana ! Bukan dekat situ !" bebel Hayoon lagi.
Beberapa bidikan ditembak tetapi masih tak mengenai sasaran. Tuan kedai mendekati kami dengan sengihan lebar. Maklumlah untung besar selepas berkali - kali cubaan kami berdua dibayar padanya.
"Masa dah tamat. Jadi, macam mana ? Awak berdua nak cuba lagi ? Kesian girlfriend kamu nak sangat patung puppy tu" hasutnya.
Aku memandang Hayoon yang memuncung panjang. Gadis itu menggeleng. Mungkin fikirkan duit kami yang dah banyak melayang. Tanpa menunggu aku, dia beredar dari situ memeluk tubuh. Merajuk.
"Hayoon ! Sekejap !" panggilku mengejarnya dari belakang.
Langkahku diperlahankan saat aku sampai di sebelahnya. Panjang seperti mulut itik gadis itu memuncungkan bibir kerana marahkan aku. Kakinya menghentak - hentak lantai tanah manja. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman kecil bersalah.
YOU ARE READING
𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 | 𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? " Choi Hayoon yang mula hidup berpindah randah atas dasar pekerjaan kedua orang tuanya sebagai pengembara. Gadis itu akhirnya berkeputusan untuk menamatkan zaman persekolah...