𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟲𝟯

819 25 0
                                    

POLO T-shirt dan seluar slack hitam kepunyaan Fattah dikeluarkan daripada almari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

POLO T-shirt dan seluar slack hitam kepunyaan Fattah dikeluarkan daripada almari . Setelah itu diletakkan di atas katil . Fattah masih berada di dalam kamar mandi jadi dia hanya sediakan baju lelaki itu untuk ke FAQ nanti

Ya , sepatutnya Fattah masih cuti dan tidak bekerja di FAQ buat sementara waktu tetapi ada mesyuarat yang memerlukan kehadiran lelaki itu jadi terpaksalah Fattah pergi

Lelaki itu sekeras-kerasnya melarang Anaya untuk melakukan kerja rumah lagi . Harini Fattah meminta supaya kakak iparnya , Puteri Asya untuk menemaninya di rumah . Sudah puas dia bertegas supaya tidak menyusahkan wanita itu , tetapi tegas lagi Fattah hingga membuatkan mulutnya terkunci dari terus melawan

Anaya melangkah keluar dari bilik tidur mereka dan menuju ke tingkat bawah . Mahu lihat apa pula yang si dara itu buat sendirian di bawah

" Caline .. " Suara lembut yang memanggil dirinya membuatkan Caline berlari mendapatkan Mummynya

" Mummy ! " Tangan Anaya digenggam dan dia pimpin perlahan ibunya itu untuk duduk di sofa bersama dengannya

" Caline buat apa sayang ? " Anaya lihat ada beberapa kotak pensil warna yang berlainan jenama dan sebuah buku mewarna untuk kanak-kanak di atas meja itu

" Tengah mewarna ! Cantik tak Mummy Caline warna ? " Laju si kecil itu mengambil buku tersebut dan hasil warnanya ditunjukkan kepada si ibu

" Cantik sayang . Pandainya anak Mummy ni .. " Anaya tersenyum seraya membelai rambut Caline

Badannya di sandarkan pada sofa . Rasa sakit pula pada ari-arinya . Dia tarik nafas dan di hembus perlahan . Tangannya mengusap lembut perutnya . Mata dipejam rapat dengan bibir yang beristigfar

" Mummy , Mummy , Daddy kena pergi kerja ke ? " Terbuka mata Anaya apabila Caline datang bertanyakan kepadanya

" Haah sayang . Tapi sekejap je , tengahari nanti Daddy balik " Bibir wanita itu cuba mengukir senyum dalam payah . Rasa yang teramat sakit di ari-arinya sekarang

" Okay Mummy , Caline pergi sambung mewarna dulu " Anaya mengangguk . Dia kembali beristigfar dengan perlahan

" Sayangku Cahaya Anaya ! " Mendengar suara Fattah yang sedang memanggilnya membuatkan Anaya perlahan bangun dari sofa . Rasa sakitnya cuba di usir buat seketika . Tidak mahu nampak begitu ketara sedang menahan sakit

" Ye abang , Anaya dekat bawah ni " Anaya berjalan perlahan kearah tangga . Menanti Fattah di bawah

" Sweetheart , kenapa tolong ironkan baju abang ? Kan abang boleh buat sendiri " Fattah menyoal dalam nada yang tidak berpuas hati . Sudah berbuih mulut dia berpesan kepada isterinya itu jangan susahkan diri , nak juga buat itu ini

" Lah apa salahnya ? Anaya masih mampu lagi nak jalankan tanggungjawab , jadi takpalah " Anaya ukir senyuman manis

" Iya sayang , abang tahu . Tapi sayang dah sarat sangat dah ni . Tunggu nak bersalin je , banyak-banyakkanlah berehat " Kepala Anaya diusap penuh sayang

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now