Part 11

451 23 0
                                    

Sejak kejadian di office Becky, Freen semakin rapat dengan Becky. Malah dia mula menunjukka sikap manjanya kepada Becky. Boleh dikatakan, dia bergantung kepada Becky dalam setiap perkara. Seperti sekarang ini, mereka berada di pejabat Becky membahas dokumen client yang akan mereka jumpa pada esok hari.

"Bec" Panggil Freen dengan memayunkan mulutnya sedikit.

"Ya Freen kenapa." Becky hanya menjawab dimulut namun matanya hanya fokus kepada dokumen ditangan kanannya sambil pen disebelah tangan kirinya dia gigit.

"Tengok tu. Saya panggil dia tak tengok. Tak ada apa lah." (Eh2 Freen ni, mengada betullah)

"Ya2. Kenapa. Nak apa. Cakaplah. Saya dengar." Becky meletakkan dokumen tersebut dan duduk di samping Freen.

Freen yang mendapat perhatian sebegitu, terus tersenyum mekar lalu memegang tangan Becky.

"Em, boleh tak tengah hari ni kita makan korean food. Saya teringinlah." Freen membuat muka comelnya tanda memujuk Becky.

"Saya tak pernah makanlah. Saya tak reti. Sedap ke?" Becky yang sememangnya tidak terlalu terdedah dengan makanan luar, sedikit ragu untuk menyetujui ajakan Freen.

"Please Bec. Awak cubalah dulu. Boleh eh. Saya bayar jangan risau. Boleh eh. Kalau saya pergi dengan orang lain awak marah. So, boleh ya. Please.". Freen masih mencuba namun kali ini dia menggoncang lengan Becky membuatkan Becky akhirnya setuju.

"Nasib comel." Batin Becky

"Ye la. Kita pergi. Siapkan kerja dulu. Lepas tu, kita pergi."

"Yeay. Thank you Bec."
Cup.. Freen terus mencium pipi Becky selepas Becky mengikut permintaannya.

Ciuman di pipi sudah sering kali Becky dapat. Setiap malam Freen akan cium pipinya sebelum tidur. Freen kerap tidur di rumah Becky memandangkan ayah Becky sering menghabiskan masanya di kampung bersama sahabatnya. Mahu atau tidak, ayah Becky menyuruh Freen untuk kerap tidur di rumahnya meneman Becky.

Kini mereka berdua sudahpun sampai di mall. Freen dengan bahagianya menarik lengan Becky untuk mencari kedai yang sesuai untuk dia dan Becky makan. Setelah beberapa minit mencari, mereka tiba di sebuah kedai yang dipenuhi dengan orang ramai.

Becky yang tidak terlalu suka dengan suasana seperti itu hanya diam melihat kiri kanan. Dia sedari tadi hanya mengikuti langkah Freen. Setelah mednapat tempat duduk, mereka terus melihat2 menu. Becky hanya melihat dan sedikit bingung dengan masakan korea. Dia tidak begitu faham dengan jenis2 makanan korea.

"Bec, awak nak makan apa?" Soal Freen

"Awak orderlah. Saya makan je. Saya tak tahu nak makan apa." Freen mengangguk kecil dan memilih beberapa jenis hidangan untuk dia dan Becky.

"Bec, air?" Mendengar soalan Freen, Becky membuka menu itu semula dan memilih. Hanya itu yang dia tahu rasanya. Bab2 makanan, dia tak pandai.

Setelah selesai memilih, Becky melihat Freen yang tersenyum sambil melihat sekeliling.

"Awak suka korean food? Dari tadi happy." Becky tersenyum melihat kerenah Freen yang mencuit hatinya.

"Yes. Korean food sedap Bec. Awak kena cuba. Tambah2 ayam dekat sini. Memandangkan saya suka, so awak kena suka. Okey?"

"Baiklah. Kita tengok sedap ke tidak."

Setelah beberapa minit, makanan pun tiba. Namun Becky hanya melihat Freen. Dia tak tahu mana yang sedap. Jadi dia hanya mengikuti setiap benda yang Freen lakukan.

Awalnya fikirannya tidak yakim dia akan suka dengan makanan ini, tapi alhasilnya, dia menggangguk sedikit tanda dia boleh terima makanan macam ini walaupun baru pertama kali. Dengan sigap, Becky memakan makanan di hadapannya tanpa berbicara. Freen yang melihat kelakuan Becky hanya tergelak kecil dan tidak ada tanda untuk mengganggunya.

"Thanks Becky. Awak sanggup cuba something yang bukan awak selalu buat untuk saya." Batin Freen. Freen semakin bahagia apabila Becky tidak pernah menolak semua benda yang Freen mahu. Malah dia tanpa berfikir panjang, terus melakukan apa yang Freen suruh tanpa ada sebarang pertanyaan pun. Hal itu membuatkan Freen semakin selesa dengan hadirnya Becky dalam hidupnya.

TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now