~CHAPTER 54|| ZAYREEL

2K 152 8
                                    

Zafreel memberi salam selepas selesai menunaikan solat hajat. Dia menyapu wajahnya dengan tapak tangan. Dia duduk lemah di atas sejadah itu. Matanya memandang sahaja ke arah tempat sujud itu. Kemudian dia menadah tangan untuk berdoa.

"Ya Allah, sembuhkanlah isteri hamba mu ini. Wahai Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, . Sembuhkanlah ia sehingga tidak ada penyakit yang tersisa. Sesungguhnya hamba mu ini sudah tidak mampu untuk melihat keadaannya sebegitu. Dia sinar kehidupan hamba mu ini. Dia lah peneman, dia lah yang mampu membuat hamba mu ini tersenyum. Hamba mu ini sangat menyayanginya, mencintainya dan merinduinya.Sembuhkan lah dia Ya Allah, sembuhkan lah dia. Hamba mu ini tidak sanggup hidup tanpanya. Ku panjatkan doa kepada -Mu wahai Tuhan yang mentadbir sekelian alam."

Tanpa sedar, pipinya sudah banjir dengan air mata. Bergetar hebat badannya sekarang ini.

"Ya Allah.. sembuhkanlah bidadariku. A..aku tak sanggup melihat keadaannya. Janganlah ambil nyawanya ya Allah, ambillah nyawa hamba mu ini. Hamba mu ini sanggup berkorban untuk deminya."

"Ya Allah aku rindu pada isteri ku ya Allah."

Zafreel mula menangis teresak esak.

"Hamba mu ini ingin menghabiskan nafas ini bersamanya hingga hujung nyawa."

"Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamin." Zafreel menyapu wajah dengan tapak tangannya. Dia hanya mampu mengadu kepada Allah.

Dia hampir jatuh dia ke lantai selepas doktor memberitahu kepadanya bahawa jantung isterinya berhenti selama lima minit sebanyak dua kali. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.

Zafreel tidak mampu lagi untuk menahan air matanya. Lalu dia menangis sepuas-puasnya malam itu.

Dia ingin melepaskan semua yang terbuku di hatinya.

Biarlah Allah yang menjadi saksinya pada malam itu.

Biarlah Allah yang menjadi saksinya pada malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Doktor Syuhaida keluar dari wad. Pantas Zafreel menerpa laju ke arahnya. Muram wajah doktor perempuan itu.

"Macam mana dengan isteri saya?" Tanya Zafreel. Doktor Syuhaida angkat wajah memandang lelaki itu.

"Maaf, kami dah cuba sebaik mungkin. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Kami tak dapat selamatkan isteri encik." Kata Doktor Syuhaida.

Zafreel menggeleng kepala tanda tidak percaya.

"Tak tak tak. Kau tipu kan? Kau tipu aku kan?!" Zafreel mencengkam kolar baju doktor itu.

"Encik tolong bawak bersabar. Encik kena terima takdir."

"Tak! Isteri aku tak mati la! Kau saje je kan tipu aku?!" Zafreel jatuh terduduk di lantai. Dia tak boleh percaya. Dia mencengkam sisi rambutnya dengan dua belah tangan lalu menggeleng kepala laju.

"Tak!"

"Tak!"

"Kau tipu aku!"

"Zafreel!" Sayup-sayup bunyi seseorang memanggilnya.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now