BAB - 15 -

146 16 0
                                    

MALAM itu kecoh kerana Aero yang tak menemui di mana letaknya album gambar miliknya.

"Hiks..."

"Tak payahlah nak menangis. Kau ni!"

"Hiks kau tak faham! Hiks... Da-dalam tu ada gambar aku dengan daddy hiks!" Zero mengeluh panjang.

"Cubalah ingat balik, mana kau letak?"

"Dalam bilik bacaan... Tapi aku dah cari tadi. Tak ada..." Zero membuka telefonnya. Lebih baik cek semula file cctv harini. Aero tu bukan boleh percaya sangat.

"Kalau gambar tu hilang macam mana? Bang..."

"Ish! Kau tak reti sabar ke, Aero? Ada aku cepuk nanti!" Aero tercebik-cebik menangis mengenangkan gambar yang paling bermakna itu.

Zero ukir senyum sinis. Bilik bacaan huh? Dia pandang Aero yang sibuk menyeka air mata dengan lengan baju. Telefonnya ditujukan pada Aero.

"Ni apa benda?" Aero melihat itu dan terus bangun berlari ke bilik permainan. Lupa!

Zero berdecit. Ini kalau dia humban ke penjara auto kaya ni. Tak payah dah layan perangai bebal lelaki itu.

"Abang!"

"Apalagi?" Aero yang kembali masuk ke biliknya itu dipandang.

"Hehe! Mengaji lagi! Aku nak tidur dengar kau mengaji." Zero menggeleng hairan.

"Kau kena sampuk jin islam ke apa?" Aero garu kepala.

"Jin islam?"

"Abaikan. Basuh kaki dulu baru naik atas katil aku. Album tu letak atas meja." Aero akur. Dia letak album atas meja dan berlalu ke bilik air. Zero memeriksa cctv di tempat Zya pula. Tampaknya wanita itu sudah tidur.

Jujur, Zero ingin bebaskan Zya. Namun atas banyaknya sebab, dia memilih membiarkan wanita itu menjadi mangsa. Namun, dia benar-benar akan menepati janjinya. Hanya perlu tunggu sedikit waktu saja lagi.

Naskah Al-Quran dan terjemahan itu diambil sebelum dia bersandar pada kepala katil. Bacaan terakhirnya dibuka. Kalau nak layan kehendak Aero memang payah. Tapi kalini kehendak Aero mudah untuk dia layan.

"Nak tidur atas riba," ucap Aero setelah kembali. Dia terus naik atas katil memeluk bantal dan berbaring atas ribaan abang kembarnya itu.

"Jangan meleleh air liur sudah."

"Aku bukan pengotorlah!" Zero acuh dan mulakan bacaan. Aero mendengar lantunan surah itu sambil menguis-nguis lutut Zero.

"Boleh ke lepasni bacakan aku buku cerita yang kau beli tu?" Zero habiskan ayat sebelum memandang Aero.

"Buku cerita?" Aero mengangguk.

"Yang tebal tu. Yang ada kisah buat kapal besar tu." Zero ketawa kecil.

"Kau pernah baca?" Aero mengangguk.

"Waktu aku bosan. Seronok pula baca. Boleh bacakan?"

"Yelah. Bagi aku habiskan surah ni dulu. Ada dua muka surat lagi." Aero mengangguk dan kembali diam mendengar suara merdu Zero.

AERO menatap masjid di hadapannya itu. Rantai yang dipakai itu digenggam erat. Air mata meluruh. Entah mengapa, mendengar azan mampu buatkan dia berasa sedih bahkan tenang disaat yang bersamaan.

"Hey, kenapa tak masuk?" soal seorang pak cik berkopiah. Aero tersenyum nipis.

"Eh, kamu... Airo Wisli kan? Model tu?" Aero ketawa kecil.

"Aaero Wesley. Pak cik... Kenal saya?"

"Kenal. Anak pak cik minat sangat dekat kamu. Ni, kamu buat apa dekat sini? Kamu bukan..." Teragak-agak mahu bersuara lagi. Hal itu sensitif. Aero mengangguk.

"Ya, saya bukan islam. Cuma tertarik dengan bunyi azan. Tiba-tiba sampai sini. Cantik tempat ni."

"Oh... Macam tu ceritanya. Tapi kamu menangis?" Aero lupa akan air matanya yang berada dipipi.

"Terharu?" jawab Aero ragu. pak cik itu ketawa.

"Ada-ada je. Tapi apa pun, pak cik doakan anak gembira. Jangan terlalu fikirkan masalah. Muka kamu tu hensem, berkerut macam tu nanti cepat tua." Aero terhibur. Pak cik ini pandai mengambil hati.

"Eh! Pak cik masuk dulu ya. Orang dah nak solat." Aero mengangguk.

"Hati-hati memandu, Airo."

"Aero, pak cik." pak cik itu ketawa dan benar-benar beredar setelah sekali lagi meminta diri.

Aero mendongak memandang langit dan bersandar pada pintu keretanya itu. Perasaan ini, dia bingung.

"Islam tu mudah, Aero." kata-kata Zero terimbas semula.

"Aku bukan tak risau, aku bukan tak pedulikan masa depan. Tapi aku yakin yang Allah dah aturkan semuanya. Buat apa nak risau bila dah ada pencipta yang memberikan jalan dan tunjuk arah."

- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




- Continue -

[C] ZERO AND AEROWhere stories live. Discover now