BAB - 19 -

161 16 3
                                    

NAFAS tak beraturan dan kedengaran laju. Leher disentuh. Entah bayangan saja atau memang nyata. Yang pasti, dia jijik dengan perkara yang ditangkap pada lehernya itu.

"ARGHHH!"

Prang!

Berderai cermin itu dan dia terduduk mencakar lehernya sendiri. Jijik. Kotor. Dia benci.

Bam!

"Aero! Hey, Aero!" Tubuh Aero menggigil teruk dan dia menolak tubuh abang kembarnya itu menjauh dan menjerit-jerit.

"Pergi, bang! Pergi!"

"Kau kenapa? Aero, cukuplah! Luka nanti!" Tangan Aero ditahan. Lelaki itu menangis kuat.

"Takut! Lepaskan aku, bang! Sakit! Takut! Lepas! LEPAS!" Zero sakit mendengar rayuan Aero itu. Dia segera melepaskan lelaki itu dan menjaga jarak dengan Aero.

Aero memeluk lututnya erat dan menghambur tangis. Zero menangkap sayup-sayup rintihan Aero itu.

Aero kembali mencakar lehernya sendiri apabila teringat sesuatu.

"Aero!"

"Lepas! Buang! Buang tanda ni! Buang! Buang, bang! Buang! Aku tak nak! Buang!" Zero kerutkan dahi. Dia melihat leher Aero. Tiada apa-apa melainkan kesan cakaran yang mula mengeluarkan darah.

"Nothing there, Aero."

"Ada! Ada dekat sini! Buang! Buanglah! Buang!!"

"Tak ada apa-apa, Aero! Apa yang kau nampak? Kosong! Ada bekas cakar yang kau buat sendiri je!" Aero menggeleng laju.

"Ada! Ada, diorang buat! Buang tanda! Please! Buang! Buang, bang! Buang!"

"Cakap dengan aku, tanda apa? Tattoo?" Aero menggeleng.

"Habistu? Lebam? Luka?" Aero lagi-lagi menggeleng dengan tangisan.

"Kissmark?" soal Zero ragu. Tapi tak mustahil jika Aero mula teringatkan sesuatu.

"Tu! Tanda tu! Buang! Bang, buang! Tolong buang! Jijik!" Zero terus memeluk adiknya itu. Aero memberontak meminta abangnya itu lepaskan dia.

"Lepaslah! Lepas! Tak nak peluk! Lepas! Takut! Takut, bang! Lepas!" Tubuhnya semakin teruk menggigil. Zero usap belakang kepala Aero dengan lembut.

"Adik, aku tahu apa yang kau alami ni berat. Tapi kau ada aku. Jangan takut dengan aku. Semua akan okay selagi aku ada dengan kau. Tarik nafas dalam-dalam." Aero akur.

"Hembuskan perlahan-lahan." Lagi-lagi dia akur. Dia membalas pelukan abangnya itu dengan erat. Dia hamburkan tangis kuat di bahu Zero.

Satu hal yang tak diketahui sesiapa kecuali pelaku, Aero, Zero dan Huzair. Kejadian itu terjadi sewaktu Aero tinggal di asrama kerana Zero tak mampu mengurus Aero di rumah. Kerana memikir Aero, Zero minta adiknya duduk asrama dan dia akan tanggung bayaran asrama.

Semuanya berjalan lancar selama lima bulan pertama. Namun setelahnya, Aero kerap menelefon dengan menangis-nangis mahu pulang. Bahkan saat bertemu di sekolah, Aero menangis dan merayu agar Zero bawa dia pulang.

Zero minta Aero bersabar dan bertahan di asrama setidaknya setahun. Zero waktu itu masih belajar untuk memasak dan mengurus rumah. Dia tak mahu Aero kelaparan jika tinggal di rumah berdua dengannya. Saat itu juga dia masih sibuk dengan pelbagai jenis kerja untuk memenuhi keperluan mereka berdua.

Namun, itulah kesalahan terbesar Zero. Kesalahan fatal yang menjadi punca utama kenapa Aero berubah hingga sebegini. Alasan utama kenapa Aero sangat marah dan berdendam. Alasan utama kenapa Aero bertindak membunuh dan tanpa ragu mengambil nyawa seseorang yang berani menyentuh anggota terlarang di tubuhnya.

[C] ZERO AND AEROWhere stories live. Discover now