Bab 4

161 11 0
                                    

"Iman? Kenapa ni?" soal Puan Era yang berada di sebelahku.

Mataku meliar melihat sekeliling. Secara automatik pesakit yang berhampiran dengan katilku melihat ke arahku. Aku... betul-betul kat hospital ke?

"Iman dekat hospital ke?" soalku kepada mak.

"Semalam Ernie kejut Iman, tapi Iman tak sedar. Itu yang mak bawa pergi hospital, takut jadi apa-apa." terangnya.

"Ooo..."

"Tadi Iman sebut nama Imani kan? Siapa Imani?" soal Puan Era lagi.

"Err..." Teragak-agak aku ingin memberitahu. "I... Imani tu kembar Iman." kataku.

Puan Era menayang wajah terkejut. "Habistu kenapa dia tak ikut Iman sekali?"

"Di... dia dah meninggal seminggu yang lalu." kataku.

"Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun..." ucap Puan Era.

"Bagi nombor mak, ayah kamu, jangan buat mereka risau."

Sebenarnya aku enggan nak bagi nombor umi dan abah... tapi ada betulnya cakap mak. Aku mendail nombor abah. Lebih baik aku cakap sendiri dengan mereka kan?

"Iman? Iman dekat mana?!" soal Encik Zamri.

"Abah, relax... Iman ada kat hospital." ujarku.

"Hah?! Apa jadi ni Iman?"

"Apa kata abah datang terus ke hospital ni, nanti Iman cerita semuanya."

Talian dimatikan. Mak ada bawakan aku sedikit makanan, katanya Abang Q singgah sini belikan makanan untuk aku. Kebetulan juga, aku tengah lapar.

PINTU itu dibuka luas dan melihatkan ahli keluargaku. Wajah mereka terlihat sungguh panik.

"Iman apa yang dah jadi ni?" soal Dato' Johari.

Aku diam. Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni.

"Dokter cakap, Iman sangat sampai pengsan. Darah dia pun cukup rendah, sebab tu kena tahan wad untuk masuk darah." sampuk Puan Era.

"Cik ni siapa?" soal Umi.

"Saya yang bawa dia ke hospital."

"Terima kasih sebab tolong jaga cucu saya ni." kata Dato' Johari.

Abah mengusap kepalaku. "Kenapa Iman? Iman jangan buat macam ni lagi, abah dan umi sayang Iman. Semua orang sayang Iman."

"Ya, tapi lepas Imani mati baru Iman dapat merasa." Lekas aku menutup mulut dengan kedua belah tanganku.

"Iman... umi sayang dengan anak-anak umi." sampuk Puan Dayana.

"Maafkan umi Iman..." sambungnya.

"Umi dan abah tak perlu minta maaf. Seharusnya Iman yang patut minta maaf sebab lari rumah." Laju aku memeluk kedua orang tuaku.

"Encik... Iman darah O, kan?" soal Puan Era kepada abahku.

"Haah, kenapa?"

"Pihak hospital memerlukan seorang penderma darah O untuk Iman." jelas Puan Era.

Abah dan umi saling berpandangan manakala tokpa dan tokma diam. Ini adalah salah satu masalah kerana dikeluarga kami hanya aku dan Imani yang mempunyai darah O.

"Saya akan dermakan darah untuk Iman." sampuk satu suara.

Semua beralih pandangan ke arah pemilik suara. Ternyata itu adalah Que Eirfan.

"Kamu nak derma darah? Alhamdulillah... terima kasih!" ucap Dato' Johari.

"SEBELUM balik tu marilah makan sekali, hari lain belum tentu boleh rasa masakan orang kampung." kata Encik Qamarul.

Dan kami turutkan sahaja permintaan mereka.

"Wahh... mak masak apa harini? Harum semerbak satu rumah, sampaikan Efran duduk kat luar pun boleh bau." sampuk seorang lelaki.

"Biasalah, air tangan mak, mestilah sedap. Sudahlah, Efran pergi sapa tetamu." arah Puan Era.

Efran? Dia ke anak sulong mak? Tak tahu pula bila dia balik, aku tinggal kat kampung ini pun duduk kat homestay. Kalau duduk dekat sini takde tempat. Bilik yang aku duduk itupun milik Efran.

"Ekhem... apa yang duk tenung anak teruna orang tu?" bisik abah membuatku sedikit terkejut.

"Astargfirullah... abah! Terkejutlah."

"Macam mana tak terkejut kalau dah tengok jejaka hensem macam tu." usiknya.

Aku hiraukan kata-kata abah. Pantang kalau aku tengok lelaki, mesti ada je yang nak dikenakannya.

"Hai, Iman." sapanya kepadaku sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

"Hai, abang Qiel."

"Amboi, ber-abang!" sampuk tokma.

Dahiku berkerut. Salah ke?

"Alahh... apa salahnya, dia lagi tua dari Iman, jauh beza kot. Eirfan pun dia panggil abang." sampuk Puan Era pula sambil membawa beberapa pinggan.

"Sebut pasal Eirfan ni, mana dia mak?" soal Abang Qiel kepada Puan Era.

"Apahal kau cari aku?" tegur Que Eirfan.

"Kau pergi mana tadi? Dari pagi aku tak nampak." soal Abang Qiel namun tidak dijawab.

Abang Q duduk menyebelahi aku. Tiba-tiba rasa tak selesa pula apabila dipandang terus oleh Abang Qiel. Dari mula dia nampak aku ni, sampai sekarang duk tenung-tenung. Abang Q pun satu! Duduk sebelah aku buat apa? Makin tak selesa tambahnya.

"Iman, okay tak?" soal Qiel Efran membuatkan aku sedar dari mengelamun.

"Okay je."

SEKARANG tibanya waktu kami sekeluarga pulang ke Kuala Lumpur. Banyak benda yang perlu di settle kan termasuk kehadiranku yang sudah lama tidak ke sekolah.

"Kalau free, rajin-rajinlah datang kemari." Rancak sungguh bersembang. Dapatlah umi seorang kawan dekat kampung.

"Iman, tunggu!" teriak Abang Q. Dia berlari bagai pelesit, laju gila. Gamaknya dulu atlet sekolah kot.

"Pakcik, saya nak minta keizinan. Izinkan saya melamar anak pakcik... Qeyla Iman." ucapnya membuatku kurang selesa.

The Psycho's Secret [OG]Where stories live. Discover now