TEPAT waktu tengahari, Hilya berjalan bersama rakan sekerjanya makan tengahari di sebuah restoran. Seketika bergelak ketawa, kedengaran bunyi panggilan masuk. Lantas Hilya menjawab dengan gembira.
Rupanya, Zureen pelawa Hilya menemaninya sewaktu makan tengahari. Farhan pula ada perkara yang perlu diselesaikan. Hilya enggan menolak dek terlalu rindukan sahabatnya.
Lokasi restoran telah dihantar ke pesanan Hilya. Hilya segera pergi ke restoran tersebut. Tika bertemu, mereka saling berpelukan dan menjerit perlahan agar orang awam tidak memandang ke arah mereka.
"Kalau ndak, susah sangat mau jumpa kau." Hilya meluahkan apa yang terbuku di hati.
"Eh, kau pun sama! Macam kerja kau?" Zureen ingin mengetahui suasana bekerja di bidang Forensik yang dia minati itu.
"Setakat ini, okeylah. Cuma pening sedikit."
"Kenapa?"
"Yalah, setiap hari akan ada kes baru. Mau tercabut saraf otak aku ini!"
Zureen ketawa.
"Mana ada kerja yang senang."
"Itulah kalau kau ada, satu team dengan aku boleh kita kongsi pendapat."
"Kongsi pendapat atau kongsi gosip panas?"
Ketika mereka berdua bersembang sambil menkmati juadah makanan tengahari, seorang jejaka baru masuk ke restoran itu telah menarik perhatian Hilya. Sepertinya dia kenal wajah itu. Tidak lain, tidak bukan Haziq Daniel!
"Babe! Aku tahu kau ndak suka aku cakap ni." Hilya terkebil-kebil mahu memberitahu.
"Cakap apa?" Zureen pelik.
"Aku..."
Haziq mencelah. "Zureen."
Zureen mengelih pandangan pada wajah yang memanggilnya. Hilya menghela nafas berat. Zureen menarik muka. Memerah wajah Zureen menahan amarah.
"Apa awak buat dekat sini?" Soal Zureen acuh tak acuh.
"Cari makan. Salah ke?" Lalu Haziq duduk di kerusi bersebelahan Zureen.
"Tak salah. Tempat awam kan? Tapi, kenapa restoran ini?"
"Kawan saya cakap, menu dekat sini semua sedap-sedap."
"Semua restoran macam tu." Zureen menjeling.
"Boleh saya join sekali? Tak apa, saya tak kacau. Saya duduk sebelah awak je."
"Apa masalah awak ni? Meja lain ada kan? Kenapa nak duduk sebelah saya pulak?"
"Sebab, awak je yang saya kenal." Haziq menghadiahkan senyuman manis.
Zureen mendengus kasar lalu bangkit. "Jom Hilya."
Hilya bangun dan memaut tangan Zureen.
"Zureen." Pantas Haziq menarik lengan baju Zureen.
Zureen mengeluh tanpa berpaling muka. "Nak apa lagi?"
"Saya masih cintakan awak."
"Daripada awak ulang perkataan yang sama, lebih baik awak jaga hati tunang awak."
"Tapi, saya masih keliru. Mahu memiliki awak atau dia?"
"Itu bukan masalah saya." Zureen melepaskan genggaman Haziq dan meninggalkan restoran itu bersama Hilya.
MAJLIS pelantikan CEO baharu pada tahun 2019 bakal siap. Semua persediaan sudah diaturkan. Ia akan dilangsungkan pada hujung tahun. Tengku Hussain meminta Farhan dan Zureen melawat dan menguruskan bagi pihaknya.
YOU ARE READING
Renungan Rindu
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...