PROLOG

128 5 15
                                    

23/3/24

Nafas diatur perlahan, cuba menenangi hati yang berdegup kencang. Senyuman di bibir tidak mampu ditahan saat kakinya kini berada di hadapan rumah yang sangat dirinduinya.

Adira pantas menekan loceng, menunggu seseorang untuk membukakan pintu buatnya. Dia hanya tersengih sambil menggeleng-geleng kepalanya teruja saat pintu dibuka.

Namun senyumannya sedikit memudar saat melihat seorang wanita yang cukup dikenalinya yang membuka pintu.

"Madihah?" Adira menyoal sebelum mengukirkan senyuman semula. Tubuh wanita itu dipeluk erat.

"Rindunya dekat kau weyh!" Dia menjerit kecil memandang rakan baiknya itu. Namun wanita itu hanya memberikan senyuman palsu.

"Kau buat apa dekat rumah aku?" soalnya lagi, masih dengan senyuman. Wajah Madihah ditatap lama.

"Oh, aku..." Belum sempat wanita itu hendak membalas, satu suara garau menghentikannya.

"Siapa tu?"

Senyuman Adira yang tadinya melebar terus mati saat melihat suaminya sedang memegang seorang budak lelaki. Furqan turut tersentak melihat isterinya yang tiba-tiba pulang setelah 5 tahun berlalu.

"Adira...?"

Lidah Adira kelu. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Anak matanya menatap kanak-kanak lelaki yang sedang memeluk erat suaminya itu seolah-olah hidupnya hanya bergantung kepada lelaki itu.

"Anak siapa tu, awak?" Soal Adira, cuba untuk bertenang. Dia tidak mahu membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap suaminya.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"Awak...?" Adira cuba memanggil lagi. Air matanya mula bertakung melihat Furqan tidak menjawab.

"Itu anak kitorang, Dir." Madihah selamba membalas. Adira terus memandang rakan baiknya itu tidak percaya. Jantungnya mula berdegup kencang.

"Awak kahwin dengan bff saya...?" soal Adira, terkedu. Kini wajah Furqan dipandang lama, meminta agar sebarang penjelasan diberikan.

Madihah hanya memicit pelapis dahinya saat memikirkan drama air mata yang bakal berlaku. Namun, dia tidak mampu menyembunyikan senyuman sinis dari bibirnya saat Furqan menatap Adira dengan tatapan yang dingin.

"Kenapa? Kau sendiri juga yang kata aku boleh kahwin dengan sesiapa sahaja yang aku nak sebelum kau pergi Jordan, kan. Dah lupa?" Dingin sahaja Furqan membalas. Air mata Adira yang sudah mengalir di pipi itu dipandang kosong seolah-olah ianya langsung tiada nilai.

Adira tidak mampu berkata apa-apa. Memang benar, dia yang memberi izin kepada Furqan jika dia ingin menikahi wanita pilihan hatinya.

"Tapi kenapa kawan baik saya?" soalnya lagi, mata merahnya menatap suaminya sedih.

Furqan memandangnya Adira seketika sebelum memandang isteri keduanya dengan senyuman nipis.

"Sebab dia buat aku bahagia."

Semakin melebar senyuman Madihah mendengar ucapan yang keluar daripada mulut suaminya. Hati Adira yang hancur berkecai langsung tiada siapa endahkan.

"Ini sebab saya tinggalkan awak terlalu lama ke?" soal Adira dalam tangisannya. Dia memberanikan diri untuk menatap wajah suaminya.

"Yes." Sepatah sahaja dia membalas.

"Aku ni lelaki, Adira. Aku ada nafsu dan sepanjang ketiadaan kau, Madihah yang teman aku." sambungnya lagi, kanak-kanak lelaki di dalam dakapannya itu dipegang kemas.

Adira terus memejamkan matanya mendengar kata-kata yang meniti keluar daripada mulut Furqan. "Allahuakbar, awak..."

Furqan hanya diam melihat air mata isterinya. "Jangan risau, aku tak akan ceraikan kau, Adira. Kita masih suami isteri." ucapnya, jelas sekali tenang.

Melihat Furqan yang tiba-tiba tenang, Madihah merengus. "Furqan! You cakap you akan ceraikan dia once she's back! Apa ni!"

Lelaki itu tidak membalas. "Diam, Madihah."

Adira memandang bekas rakan baiknya itu tidak percaya. Segala yang keluar daripada mulut wanita itu tidak pernah dia jangkakan dan tidak akan pernah dia jangkakan. Sejak bila rakannya itu berubah sebegini rupa?

"Mad, sampai hati kau..." rintih Adira, memandang bekas rakannya itu sedih.

Madihah hanya ketawa sinis, memeluk tubuhnya yang ramping. "Jangan salahkan aku, Adira. Salahkan diri kau sebab kau nak sangat sambung belajar sampai tak fikir suami sendiri!" herdik wanita itu, membuatkan Adira kembali terdiam.

Sekali lagi dia ketawa sinis. "In the end, dia perlukan aku untuk puaskan nafsu dia." ujar Madihah seolah-olah ianya satu kebanggaan.

Adira mengetap bibirnya kuat. Amarah dan kesedihannya sudah memuncak. Tanpa dia sedari, tangannya sudah laju naik menampar kuat wajah mulus Madihah.

PANG!

Terus membulat mata Furqan melihat amarah isterinya. Dia pantas mendekati mereka berdua, berdiri di tengah-tengah bagi mengelakkan sebarang keganasan berterusan.

"Adira! Apa kau buat ni!" soal Furqan dingin. Dirimu masih terkejut dengan perubahan isterinya.

Adira menjeling suaminya tajam. "Saya tak kisah kalau awak nak kahwin lain. Ya, saya sedar silap saya. Tapi itu tak bermakna awak boleh buat kerja haram macam ni, Furqan Izyani!" Suara Adira naik seoktaf. Dirinya betul-betul kecewa dengan sang suami yang sepatutnya bergelar syurga buatnya.

Furqan tersentak melihat jelingan Adira. Perlahan-lahan dahinya turut berkerut memandang wajah isteri pertamanya itu.

"Jaga mulut kau, Adira. Aku ni masih suami kau." Dingin sahaja Furqan memberi amaran.

Adira ketawa sinis, masih menjeling tajam suaminya. "Masa awak buat anak dengan dia, ada awak fikir awak tu suami saya?!" soalnya, penuh amarah.

Furqan tidak menjawab. Dia mengetap kuat giginya, menimbulkan urat-urat di segenap kepalanya. Belum sempat dia membalas, wajah Adira sudah ditampar.

PANG!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LAILATUL IZYANI | SUWhere stories live. Discover now