Matahari yang mula menjengah itu memacari cahaya ke dalam bilik seorang gadis yang sedang diulit lena. Terasa bahang yang panas,terus kelopak matanya dibuka dengan perlahan-lahan .
Tersenyum kecil gadis itu lalu bangun dari baring nya sambil membetulkan rambut yang agak serabai. Kaki gadis itu melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan diri.
Hampir beberapa belas minit dia keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian,kaki nya melangkah ke arah pintu bilik nya. Terkebil-kebil matanya melihat note di pintu.
Turun nanti pakai tudung siap-siap.
- BENDahinya hanya mengerut tanda pelik. Kenapa pula si suami suruh dirinya memakai tudung? Sedangkan hanya mereka berdua di dalam rumah tersebut. Malas berfikir, terus tangannya cepat mencapai shawl malas tersebut.
Kaki nya perlahan-lahan menapak ke arah ruang tamu. Matanya juga melilau mencari susuk tubuh si suami dan mata nya tertacap pada susuk tubuh tersebut. Dapat dilihat wajah itu kelihatan tegang.
"Assalamualaikum"salam diberi apabila terpandang si suami tidak bersendirian
Rupanya ada lagi seorang jejaka yang sedang duduk di situ. Sahabat memerangkap sepupu suaminya,itu sahaja yang dia tahu.
"Walaikumussalam" jawab jejaka itu serentak
"Ehh awak ada disini? Datang sekali dengan Ben ke?" soal Ratna apabila dua jejaka itu hanya memandang nya di pandangan yang sukar ditafsir
"Hah ya"jawab jejaka itu mendatar
Minggu lepas si jejaka tampan itu mengikut suaminya ke luar negara. Katanya atas urusan kerja jadi tidak hairan lah jikalau pemuda itu datang bersama sang suami.
"Kenapa muka nampak lain sahaja? Ada benda tak kena ke?" Ratna melirik sekilas pada sampul putih yang berada di atas meja
"Jelita ada benda yang aku nak sampai kan pada kau" Bennazir menghembuskan nafas dengan perlahan
Dia pun tidak pasti apakah keputusan nya benar. Apabila terpandang raut wajah si isteri yang selalu tersenyum,merobek jiwanya. Dia pun tidak pasti akan diri nya sendiri.
"Apa itu? Ehh kejap saya buatkan air-"
"Tak perlu,aku dah suruh Mak Milah buatkan" terus Ratna duduk semula ditempat nya
"Jadi awak nak beritahu tentang apa? Saya ada buat salah ke?" soal Ratna dengan lembut
"Tak ada,sepanjang kau jadi isteri aku. Kau tak ada buat salah, maybe aku yang buat salah dekat kau" jawab Bennazir dengan tenang
Ratna Jelita memandang tidak mengerti apa yang diucapkan oleh sang suami.
Bennazir memandang sepupunya yang hanya memerhati perbualan mereka berdua. Pemuda itu hanya mampu mengeluh sahaja.
"Kenapa ni? Mengeluh sahaja? Ada yang tak kena ke?" soal Ratna dengan gelisah
Kenapa mereka berdua begini? Minggu lepas sebelum si suami outstation baik-baik sahaja. Tidak seperti sekarang,mereka berdua seperti menyembunyikan sesuatu .
"Jelita,dengar baik-baik apa yang aku nak cakap" walaupun macam mana pun Bennazir kena berterus terang juga.
"Aku bawa Fakhrul ke sini untuk jadi saksi kita berdua" dipejam kan mata nya dengan begitu kuat
YOU ARE READING
[SU] SETULUS HATI
RomanceRATNA JELITA secantik nama nya dan secantik orang nya. Kehidupan gadis tersebut hanya biasa-biasa sahaja. Dia tidak terlalu mewah tapi dia kaya dengan kebahagiaan. Namun kebahagiaan itu dirampas dengan sekelip mata tanpa dia rasa bersedia. Dibuang o...