"Wei Resy, kenapa kau baling kasut kat mamat tu? Kan pengsan dia." Jujur Lieyana tergamam tengok 'drama' antara sahabat baiknya dan Idna yang diakhiri dengan tragedi. Mereka sekarang berada di bahagian belakang blok aspuri.
"Aish... aku malu la, Lie. Malu. Kau pun satu, tak perasan ada sticker kat belakang aku." Rasyidah masih menundukkan kepalanya. Kedua lutut dibawa rapat ke badan dan dipeluk. Cermin mata dibiarkan di sebelahnya. Dari tadi dia begitu.
"Sorry la, Resy."
Suasana jeda.
"Lie... jam pukul berapa?"
"5:50 petang."
Barulah Rasyidah mengangkat muka. Rasanya sempat lagi ni. Dia mengambil cermin mata di sisi dan memakainya. "Aku nak tengok mamat tu okey ke tak."
Lieyana menarik lengan sahabatnya. "Kau nak jumpa dia lagi ke?"
"Eh tak, bukan! Jangan salah faham. Aku nak tengok dari jauh je. Dah sedar ke belum."
"Aku rasa tak perlu kut, Resy. Karang kawan-kawan dia tau kau yang penyebabnya."
"Urm..." Ya tak ya jugak. Rasyidah menggigit jari. Eh, puasa. Cepat-cepat dia menarik jari dari mulut. Sekarang baru dia sedar sesuatu. "Eh Lie. Kamus dia beri tadi tu mana?"
Lieyana mengerutkan dahi. "Mana aku tahu. Kan kau ke yang pegang tadi?"
Rasyidah ternganga. "Lah, ingatkan dekat kau..." Tanpa menghabiskan ayat, Rasyidah berlari menuju bangku tadi.
"Eh wei tunggu!" Lieyana terus berdiri dan mengejar sahabatnya. Kamus bahasa Arab di belakang badan dikeluarkan.
Tch! Rosak plan!
---
Waktu menunggu berbuka puasa, seluruh pelajar SHOOW dah berkumpul di dewan selera. "Malam ni siapa pulak jadi imam solat Tarawih? Abang suara merdu tu ke." Bosan menunggu, minah 1 (bukan minah sama di bab 2), pelajar tingkatan 2 buat sesi ice-breaking.
"Kau ni belum berbuka lagi dah fikir tarawih." Minah 2 tepuk lembut tangan minah 1. Eh tapi kenapa merah semacam.
"Ala, kan fikir beribadah tu."
"Yang kau fikir tu anak teruna orang, sayang oi. Jangan nak guna ibadah untuk tutup maksiat. Nak aku baca ayat 32 surah Al-Isra' satgi?"
Pelajar tingkatan dua tu mencebik bibir.
"Eh, cakap pasal tu kan. Korang tau tak nama imam kita hari tu?" Tiba-tiba member sebelah, minah 3 menyampuk.
"Ya Allah, dah la lagi cakap pasal laki. Better kita berdoa sebab waktu ni mustajab doa." Minah 2 berkerut kening.
Nampaknya rakan itu dipalaukan.
"Tak. Kau tau ke?" Minah 1 makin teruja.
Laju minah 3 angguk kepala. "Nama dia... Idna Hensem. Orang panggil Idna."
"Idna Hensem? Memang nama dia ada Hensem ke."
"Entah. Aku pun tak tau. Aku sendiri tanya classmate dia, dia cakap macam tu la."
Susun atur dewan makan SHOOW menggunakan meja panjang yang disusun selari. Dia pakai layout 8 x 5, di mana 21 meja untuk lelaki dan 19 meja untuk perempuan. Satu meja boleh menempatkan 10 orang.
Selang beberapa meja dari tiga orang junior itu, Lieyana memerhatikan mereka. Rasyidah di sebelah dah macam hilang hala tuju. Dari tadi badan menggigil macam terperangkap dekat Antartika. Semua pastinya sebab peristiwa dia pergi nak ambik kamus petang tadi.
Rasyidah duduk mencangkung di belakang dinding kantin. Mengintai bangku tadi. "Mana kamusnya? Tak ada pun..."
"Weh Idna bangun Idna!" Bunyi bising menarik perhatian Rasyidah. Baru dia sedar yang kawan-kawan Idna dah mengerumun Idna yang sedang berbaring di tempat tragedi tadi.
Dia betul-betul pengsan ke? Ya Allah... kuat sangat ke aku baling?
"Ni mesti sebab perempuan tadi tu kan? Aku nampak dia baling kasut tadi." Zawir menggoncang kuat tubuh Idna.
"Perempuan mana?" Haiqal menepuk-nepuk pipi Idna. Karang bilas pakai air takut air termasuk mulut nanti.
"Pakai cermin mata. Tak tau siapa tapi macam kenal."
"Kau rasa siapa?"
"Rasyidah kut." Rasyidah tu classmate Zawir. Jadi tak hairan la kalau Zawir boleh cam dia dari jauh.
Rasyidah dari sisi dinding ternganga. Oh no oh no. Jangan ingat aku!!
"Kalau ya kenapa dia baling kasut? Macam tiber."
"Entah la. Nanti tanya Idna ni-"
Ssup. Idna yang tadinya berbaring tiba-tiba terduduk. Kedua-dua tangan diluruskan ke depan. Haiqal dan Zawir tercengang sebelum mereka berdua memeluk masing-masing. Berderau darah mengalir dalam badan.
Mereka memerhatikan wajah Idna. Kedua matanya masih tertutup. Dah kena sampuk ke dia ni?
Makin lama makin mereka mendekatkan muka masing-masing ke wajah Idna. Nak tau Idna terngigau ke atau---
"CAK!" Idna buka mata dan senyum lebar nampak lidah. "Menjadi tak prank aku?"
Kedua-dua jejaka spontan bertakbir kuat. Terjelepok diorang jatuh ke belakang. Dah mula dah Idna dengan perangai random dia. Haiqal dah terurut-urut dada. Zawir keluar aura bapak tiri. Dia pantang kena prank sepuluh sen macam ni.
"Ni mesti salah Rasyidah kau tak betul macam ni. Tunggu la dia esok hari nanti." Zawir mematahkan sendi tangan. Kriuk kriek bunyinya.
"Ngiik!" Rasyidah di nun sana dah lembik macam tumbuhan layu.
"Tapi Wir, tak ada bukti la tu dia." Haiqal cuba memujuk.
Zawir tak peduli. Tiba-tiba mata tertumpu ke suatu objek berwarna hitam berdekatan mereka bertiga.
Kasut sekolah.
"Nice, kita ada satu bukti kat sini." Zawir mengutip kasut tu. Senyumnya lebar.
Rasyidah jadi semakin layu. Air liur dah tersekat masuk trakea. Terbatuk-batuk dia.
Habislah... nanti diorang tahu yang ada sticker dinasour melekat kat tudung aku! Macam mana ni macam mana ni?
A/N:
700+ words 😳 Alhamdulillah, double update.
Kalau daet, scene iconic dia sarung tangan penampar agak-agaknya iKes ni baling-baling kasut ke?
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Humor𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...