AERO ambil tempat di sebelah Zero. Malam ini terasa kosong. Mana tidaknya, Zero tak melayan dia berborak macam selalu. Dia rasa abangnya itu pelik.
"Apa gunanya ada adik kembar kalau kau tak nak kongsi masalah kau? Bang... Aku dekat sini bukan semata untuk teman kau dalam rahim je tau. Aku dekat sini untuk jadi peneman dan pendengar kau juga." Zero menghela nafas menatap langit kosong itu.
"Terkadang, ada sesuatu yang tak perlu diketahui orang lain. Termasuk keluarga sendiri," ucap Zero. Aero berdecit.
"Tak relevant dah ayat tu! Zer, kau sendiri cakap jangan pendam. Then kenapa? Kenapa kau nak memendam pula? Aku ni tak guna ke?" Zero pandang kembarnya itu atas bawah dan mengangguk. Tercengang Aero dibuatnya.
"Aku serius!" Zero ketawa.
"Aku okay. Kan aku dah cakap, aku penat." Aero mengeluh.
"Pembohong. Bayangkanlah, kau masuk neraka sebab tipu aku." Zero ketawa dan menggosok kepala Aero kasar.
"Ish! Sakitlah! Ambil ni!" Laju tangan menarik rambut Zero.
"Aduh! Woi, lepaslah!"
"Tak nak! Nak bohong sangat, rasakan!" Bergelut manja mereka berdua di halaman rumah itu. Tak ada yang mengalah selagi belum puas hati atau ada yang dah penat.
ZERO membuang nafasnya kasar. Semakin lama semakin melelahkan.
"Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir," gumam Zero perlahan.
Tak!
"Boleh tak jangan main belakang aku? Silap aku tampar nanti merengek lagi."
Aero tersengih. Dia bosan terkurung di rumah sahaja. Lagipun, tiap kali tengok muka abangnya itu pasti ada rasa tak tenang. Rasa ingin tahu makin melonjak naik.
"Sakitkan? Pendam je lah sampai mati, bang. Penat dah aku pujuk, cuba untuk buat kau cerita dengan aku. Pendam je lah. Jangan kata aku tak peduli." Zero ketawa. Pasrah bunyinya.
"Padahal kadang-kadang ego dan pentingkan diri sendiri tu tak apa je. Aku pun tak kisah. Tapi degil. Entah abang siapalah ni," omelnya geram.
Zero yang mendengar menggeleng. Bukan tak mahu, hanya saja... Dia tak terbiasa. Apatah lagi mengingat ada jarak beberapa minit dan Aero lebih muda. Bahkan Aero memerlukan pertolongan orang lain untuk terlihat biasa seperti ini.
Zero takut melukai adiknya itu. Dia tak mahu Aero menangis lagi dalam waktu terdekat. Untuk sekarang, cukup dia pendam semuanya sendirian.
"Betullah, aku penat je. Sejak bila aku menipu?" Aero berdecit. Sejak bila lah sangat. Benci betul perangai Zero yang satu ini.
"Last aku tanya ni... Betul tak nak cerita?"
"Nak cerita apa? Aku penat je. Banyak benda nak kena urus sejak berita tu tersebar." Aero menggeleng tak percaya.
Katalah apa saja, dia dah bertahun-tahun tak pernah berpisah dengan abangnya itu. Daripada dalam rahim sampai keluar rahim sampai dah besar panjang macam ni tak pernah berpisah. Dia kenal betul riak wajah abangnya itu.
"Aku tak percaya. Tapi suka hati kau lah. Aku ni bukannya penting sangat pun untuk kau bagitahu semua masalah kau," ujar Aero dan terus beredar tanpa pamit. Zero menghela nafas panjang.
Pintu yang sudah ditutup rapat itu dipandang sekejap sebelum dia merebahkan diri atas katil.
'Aku yakin... Kalau aku bagitahu kau, mesti kau akan marah dengan aku.' Fikirnya. Dia mengambil telefonnya itu dan melihat notifikasi.
Laju dia melangkah keluar dan menahan tangan Aero yang baru saja melepasi biliknya itu.
"Okay. Aku cerita. Tapi jangan keluar pergi mana-mana. Dekat luar tak selamat untuk kau." Aero hanya berdehem. Zero menarik tangan Aero kembali ke bilik lelaki itu. Jaket Aero ditanggalkan dan dicampak atas sofa sebelum keduanya naik atas katil.
"Ceritalah," arah Aero.
"Aku tak tahu nak mula daripada mana. Aku tak nak kau marah aku sebab benda ni." Aero mengeluh panjang.
"Bang, aku pernah marah kau ke? Kau yang marah aku adalah."
"Okay. Aku... Aku fall in love dengan Zya. Adik Zen. Dah lama... Dah lama sejak seminggu lepas kau kurung dia dekat rumah. Aku-"
"Aku dah tak nak dengar. Pergilah." Inilah sebabnya. Ini sebab kenapa dia tak mahu beritahu Aero.
"Aer, dengar dulu."
"Aku tak nak dengar kisah cinta mengarut tu! Kau sedar tak siapa dia? Kau sedar tak apa yang dia cakap sebelum ni? Kau sedar tak siapa dia? Zer, jangan bodoh."
"Sebab tu aku tak nak cerita! Aku tahu kau takkan dengar sampai habis pun!" Suara Zero sedikit meninggi.
"Memang! Memang aku takkan dengar sampai habis! Semua tu merepek! Macam dah tak ada perempuan lain atas dunia ni!"
"Boleh tak kau dengar sampai akhir?!" Aero menggeleng.
"Tak boleh! Kau nak cakap apa? Kau dah jalin hubungan dengan dia? Nak kahwin? Nak restu adik kau ni? Macam tu?"
"Aer-"
"KELUARLAH! AKU TAK NAK DENGAR DAH! KELUAR!" Halau Aero.
"Tenangkanlah fikiran kau. Aku akan booking hotel. Jangan keluar, nanti aku pesan makanan." Aero diam sahaja. Zero terus keluar dari situ dan terus ke biliknya mengambil dompet dan telefon.
"Bodoh," gumam Aero dan berlalu masuk ke bilik air.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] ZERO AND AERO
Random[C O M P L E T E] Zero dan Aero yang mempunyai sikap berlawan meskipun sebagai kembar. Mereka tak seiras. Bahkan, boleh diberi umpama Aero mempunyai perangai yang mengalahkan setan bak kata Zero. "Kau berdendam lagi ke dengan aku? Bang... Kembar ta...