Darin tergeleng kecil melihat keadaan Tuanie.
Tuanie yang perasan dangan renungan tajam isterinya segera mengangkat 2 jarinya menunjuk peace.
"Mafia saja, Lemah! "Kata Darin.
"Bukan lemah sweetness, tapi Rofdop tu. Abang tak sempat nak bersedia lagi. Dia dah lompat naik belakang abang. Macam Sweetness buat tu. "
'Bila masa pula aku lompat macam si Rofdop tu lompat? '
"What ever ! Lemah! " Ditekan - tekan di tangan Tuanie yang dibalut itu
Sengaja diusik lagi Tuanie. Haiii... apalah nasib kau bro. Tabah lah..."Argh, sakit sweetness. Orang bagi lah semangat ke? Kiss ke? "
Jelingan tajam Darin membuatkan Tuanie menelan liurnya payah. Uih seram.
Romaszie dirawat di bilik lain. Jadi dia dan Nafilia bersepakat untuk menjaga dua ketul ni di hospital. Mereka ditempatkan di bilik VVIP . Tengok lah siapa pemiliknya. Ayah Romaszie kan?
"Ni abang nak makan apa? Nak order ni. Lekas. "
" Nak makan burger. "
"Tak boleh. Kena makan sup sayur. Darin order sup sayur dekat abang. " Bentah Darin.
"Lah, baik tak payah tanya abang nak makan apa. Baik sweetness je order dari awal. "
Pandangan maut pula diterimanya.
"Okey okey.... " Kedua tangannya diangkat. Tanda mengalah.
"Kejap Darin ambil mangkuk. " Sup sayur ditangannya di buka getah. Lalu dituangkan didalam mangkuk yang baru di ambilnya .
"Takkan lah nak hirup sup ni je? Lapar lah abang. Nasi mana nasi? " Dia tu orang je kaya. Tetapi perut melayu.
" Abang ni perut melayu tau, kena ada nasi. " Sambung Tuanie lagi.
"Kalau macam tu, tukar lah perut tu. Ambil perut omputeh. Kan senang. " Seloroh Darin.
Cet!
"Aduh! " Perut Darin di cubit lalu di kilaskan. ' Tangan dah lah besar , cubit pula perut aku yang kempis ni. Sakit tahu tak! '
"Ni perut apa? " Di cubit lagi perut kempis Darin.
"Perut manusia lah, takkan perut lembu kut? " Soal Darin dengan wajah bersahaja.
"Ergh, penat aku cakap dengan budak kecil ni. "
" Darin dengar abang. "
"Tahu , abang tak kata pun isteri abang pekak. " Seloroh Tuanie pula.
Betis Tuanie yang dibalut di tampar kuat. Member dah lah baru kena tembak. Kau pula tambah.
"Uish, sakit sweetness. Tangan tu dah lah kecil , rasa macam peluru masuk balik tahu tak? "
Mendengar sahaja jawapan suaminya, terus dikeluarkan pistol yang tersimpan di laci meja pesakit.
"Nak betul betul ke? " Soal Darin dengan wajah serius. Picu pistol di halakan kearah Tuanie.
Tertelan air liur kesat dibuatnya.
"Kalau Darin tembak kali ni , memang mati abang macam ni. " Kata Tuanie .
Terjungkit sebelah kening Darin. Semacam ' Wa nak tembak, tapi wa sayang '
![](https://img.wattpad.com/cover/363000123-288-k539190.jpg)