BAB - 29 -

161 16 0
                                    

PERLAHAN tapi pasti, mata yang sudah lama tertutup itu kembali terbuka. Perlahan-lahan air mata mengalir keluar dari tubir matanya.

Haruskah dia alami ini? Haruskah dia yang kehilangan segalanya? Lelah. Suara langsung tak keluar. Hanya air mata yang mengalir.

Klak!

"Wah! Dah bangunlah! Bagi aku cek kejap."

SETELAH melakukan pemeriksaan, dia hanya diam menatap kedua tangannya yang terbalut itu.

"Tiga hari?" gumamnya perlahan.

"Harini je... Izinkan aku untuk habiskan masa dengan kau... abang aku. Lepastu, kau boleh serahkan aku pada polis..."

"Aku minta maaf... Aku tak dapat tebus dosa aku di dunia... Terima kasih, Zer- Luthfan... Terima kasih dan... Selamat tinggal, Aer- Luthfi sayang Luthfan..."

"Lu-Luthfan... Sakit... Se-sejuk... Macam nak mati..."

"A-adik... Minta maaf... Abang..."

"Mi-minta maaf... A-aku tak... Sempat nak jamah... Roll cake kau nanti... He-he... Sa-sayang kau..."

Esakan mula kedengaran. Dia menutup matanya. Sakit rasanya mengingat itu kembali.

Tok!

Tok!

Tok!

Klak!

"Fan, kau nak tengok kubur-"

"Aku tak boleh... Sakit aku tengok jasad dia waktu tu... Aku tak sedia..." Potong Zero.

Huzair mengangguk faham. Tapi dia mengukir senyuman dan tunjukkan satu artikel pada Zero.

"Tahniah, kau berjaya."

SETELAH TIGA BULAN PEMERGIAN MODEL TERKENAL, DALANG DI BALIK TERSEBARNYA VIDEO YANG MENGAIBKAN KINI DIJATUHI HUKUMAN MAHKAMAH. BACA ARTIKEL PENUH PADA LINK DI BAWAH.

MODEL TERKENAL IAITU LUTHFI ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI AAERO WESLEY TERNYATA KORBAN BULLYING.

PELAKU BULLYING DITANGKAP POLIS. BENARKAH MEREKA MELAKUKAN HAL MEMALUKAN ITU? BACA ARTIKEL PENUH DI BAWAH.

AAERO WESLEY SELAKU MODEL TERKENAL MENINGGAL DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL. BENARKAH ADA KAITAN DENGAN KES YANG TIMBUL INI? DIBULI?

Zero menggeleng.

"Aku tak berjaya. Aku gagal bawa Aero jumpa daddy. Aku gagal lindungi dia... Aku gagal penuhi permintaan terakhir dia. Huz... Dia minta aku teman dia untuk terakhir kali sebelum aku serahkan dia pada polis. Tapi kenapa aku tolak? Kenapa aku bodoh tolak permintaan dia?"

Kepala Zero diusap lembut. Dia faham perasaan Zero yang tak karuan itu. Apatah lagi setelah tiga bulan, semua itu masih terasa bagai mimpi.

Kerana rasa bersalah yang menebal, Zero kerja tanpa henti dan terus-terusan mengumpulkan bukti hingga pihak media mula menunjukkan respon positif pada berita itu. Segala bukti diserahkan pada pihak yang lebih berkuasa dan mereka yang bersalah dijatuhi hukuman.

Zero sempat tak sedarkan diri selama tiga hari kerana terlalu lelah dengan semua perkara yang dia lakukan.

"Aku bosanlah, bang. Pinjam phone kau kejap." Zero akur. Sebelah tangan memandu manakala sebelah lagi mengambil telefon dan diserahkan pada Aero.

[C] ZERO AND AEROWhere stories live. Discover now