#7

194 8 0
                                    


"AWAK nak makan apa? Saya belanja." Soal rayden sambil memberikan buku menu kepada ku.

"Saya nak spaghetti la." Pesan ku. Iaitu makanan fav ku! Dah dekat sebulan tak makan spaghetti!

Rayden mengangguk dan mengambil pesanan.

Sementara menunggu makanan kami tiba, kami hanya buat kerja sendiri. Macam biasa, masing-masing mesti diam.

"Keysha. Im sorry, tapi awak masih tak ada jawapan?" Soalnya memecahkan keheningan.

"Rayden, buat masa sekarang saya masih lagi takde jawapan. Bagi saya masa lagi?"

Rayden mengeluh kecil.

"Fine, keysha. Saya tunggu." Jawabnya kecewa.

Aku yang turut melihat nya sedikit kecewa, membuat kan hati ku terluka. Rayden, saya ada perasaan kepada awak. Tapi saya tak boleh hidup bersama dengan awak. Kita lain. Dunia kita berbeza. Namun, aku hanya boleh berkata di dalam hati.

Selepas itu, makanan kami tiba.Waktu makan tu,  sempat lah aku jeling rayden. Dia hanya memperhatikan aku sepanjang kami makan.

_

1 bulan selepas aku berjumpa dengan rayden ketika kami makan bersama. Namun semenjak itu, kami sudah tidak lagi berjumpa seperti kian dahulu. Rayden juga yang dulu selalu menghantar mesej kepada ku kini kian sepi.

Berhabuk tau mesej ni rayden.

Bahkan saat di kerja juga, dia seakan mengelak dari diriku ketika kami terserempak.

Persoalannya, kenapa rayden mengelakkan diri?

Melihat dia yang seakan-seakan berubah, membuat kan ku berasa marah dan sedih. Kenapa dia tak nak jumpa aku? Dia dah tak sayang aku ke? Dia dah ptuts asa dengan aku?

Pelbagai persoalan yang muncul di fikiran aku. Aku rindu dia.

Kenapa bila rasa cintaku semakin besar, dia menghilang? Adakah semua katanya-katanya selama ini yang dia cinta aku hanyalah dusta semata-mata?

Tanpa sedar air mata turun membasahi pipi. Sedih, kecewa, sakit. Menyesal kerana mempercayai nya. Aku menangis bersendiri di ruang tamu.

Kini, genap 3 bulan seperti yang telah dijanjikan. Rayden masih tetap sama. Kami sekarang sudah seperti tiada ikatan. Aku dan rayden hanya lah sekadar tuan dan pekerja. Semuanya kembali seperti dahulu. Rayden juga mungkin dah ada orang baru.

Hanya tinggal aku.

Aku pulang ke pejabat selepas selesai berjumpa dengan client. Kemudian aku berjalan masuk ke dalam , dan menunggu ketibaan lift. Ketika itu hanya ada aku seorang.

Lift berbunyi. Menandakan sudah sampai di aras ini. Sebaik sahaja pintu lift buka, sosok yang aku rindui sedang berada juga di dalam.

Rayden!

Dia nampak terkejut ketika melihat aku. Kemudian, aku berjalan masuk ke dalam lift perlahan-lahan. Jantung kian berdegup laju.

Aku berdiri di depan kiri pintu lift. Rayden pula berada di belakang sebelah kanan.

Sunyi.

Ketika aku menoleh kearahnya dan baru sahaja ingin menegur, dia terlebih dahulu berkata.

"Tomorrow, come to my office." Itu sahaja yang dipesannya.

"Ada apa awak nak jumpa saya?"

Ting!

Belum sempat aku mendengar jawapan, pintu lift sudah terbuka. Rayden segera keluar pergi meninggalkan aku. Semasa kami berada di dalam lift ini pun, dia tidak memandang aku.

LAMARAN TUAN (Unpublish For Editing)Where stories live. Discover now