🥀Bab 16🥀

7.8K 280 24
                                    

Seminggu berlalu.Alya Qaisara tidak putus asa dalam menjalani kehidupannya,walaupun susah.Selama satu minggu juga,Alya pergi dan pulang kerja dengan hanya berjalan kaki.Setiap hari tubuhnya mendapat kesan lebam daripada suaminya.Dia sudah mencuba untuk balik secepat yang mungkin,tetapi semua itu tidak mungkin terjadi,kecuali dia mempunyai kenderaan atau menaiki kenderaan awam.Dia hanya mampu menahan rasa sakit saat tubuh kecilnya mendapat pukulan daripada suaminya.Mahu melawan tenaganya tidak setanding tenaga suaminya.Manakala,Zyan Rafael.Jejaka yang dingin dan tidak berhati perut.Apalagi bila berdepan dengan isterinya yang polos.

Zyan Rafael terburu-buru masuk kedalam syarikat miliknya.Dia bangun agak lewat kerana berjaga sampai pukul tiga pagi menyelesaikan kertas projek barunya.

Dalam dia berjalan kearah lift,matanya melihat tubuh kecil isterinya yang sedang membersihkan lantai.Baru sahaja dia mahu beredar,telinganya terdengar suara-suara staffnya.

"Eee muda-muda dah jadi tukang cuci.Jijiklah."

"Biasalah orang miskin mana ada orang ambil kerja bagus."

"Eh seriuslah muka dia ni macam muka wife boss.Tapi wife boss tak adalah buruk macam dia ni."

Alya hanya diam sambil meneruskan kerjanya.Sudah terbiasa dengan hinaan orang.

"Hoi budak hodoh!" Ujar salah satu wanita yang agak seksi pada Alya sambil menolak kasar bahu kecil Alya.

Alya memberhentikan kerjanya dan mula menoleh kearah wanita itu.Dia memberikan senyuman nipis sebelum bersuara.

"Ya Cik?"

"Buatkan kitaorang air kopi.Pastikan sedap." Arah wanita itu.

"Tapi Cik saya cleaner."Balas Alya dengan nada lembut.

"Kesah pulak aku.Kau pergi buat!kau tu cuma tukang cuci kalau kena suruh buatlah!"

Yang lain mengangguk setuju dengan kata-kata wanita itu.Mereka semua menayangkan wajah angkuh mereka kepada Alya.

Alya tidak sempat mahu menjawab kerana tubuhnya sudah di tolak sehingga dia tersungkur di lantai yang masih basah.Lututnya terasa sakit apabila di cuba untuk berdiri semula.

"Setengah jam dari sekarang kalau air kitaorang takde dekat meja sana,siaplah kau.Faham!"

Alya terpaksa mengangguk.Dia mula berdiri dengan perlahan sebaik sahaja kelibat mereka semua menjauh.

Zyan Rafael yang melihat itu hanya membatu di tempatnya berdiri tanpa niat mahu membantu.

Alya yang baru berpusing kearah pintu terus terhenti apabila matanya bertembung dengan tatapan dingin suaminya.Segera dia menunduk sebelum bersuara.

"Tuan." Ucapnya.

Zyan Rafael tidal membalas,Dia terus berlalu kedalam lift tanpa memandang wajah Alya.

Alya yang melihat reaksi suaminya,hanya tersenyum.Sudah biasa dengan layanan sebegitu.Hari-hari dia dapat.

Dengan langkah yang lambat,dia mencari kelibat Mak Siti.

"Liya,kerja kamu dah siap?"Tegur Man Siti setelah Alya menghampirinya.

"Belum,erm Mak Siti tahu tak mana tempat buat air dekat sini?"

"Kenapa kamu nak buat air ke?"

"Ha'ah,Cik-cik dekat depan tu suruh saya buat."Balas Alya.

"Ya Allah,kenapa diorang suruh kamu buat?kamu,kenapa tak tolak?"

"Takpelah Mak Siti,tak susah pun cuma saya tak tahu dekat mana tempat buat air tu.Boleh Mak Siti bagitahu?"

"Dekat bawah ni ada,tapi tak boleh guna,nak di ubah suai lagi,kamu pergi tingkat dua,dekat sana okey."

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now