PART 2

195 19 2
                                    

Bum!!!

Tengku Aqil menumbuk kuat meja kerjanya. Sudah 3 tahun dia mengupah orang untuk mencari Alisa namun masih tiada jejak.

" Mana kau nak sembunyi Alisa. Aku akan pastikan kau jadi milik aku " ujar Tengku Aqil geram.

Entah kenapa selepas dia bersama dengan Alisa 3 tahun lepas badannya sentiasa menginginkan sentuhan daripada Alisa. Sentuhan daripada wanita lain tidak sama seperti sentuhan Alisa yang mampu memuaskan nafsunya.

Tengku Aqil menghempas punggungnya kuat di atas kerusi kerjanya yang empuk. Dia memejamkan mata dan mengeluh perlahan.

" Apa yang kau dah buat dengan aku Alisa sampai aku ketagih gila nak kan sentuhan daripada kau " ujar Tengku Aqil perlahan.

Semenjak kejadian 3 tahun lepas. Dia banyak meniduri perempuan sana sini semata mata untuk memuaskan nafsunya. Namun semuanya hampa. Tiada seorang pun dari perempuan yang dia tiduri dapat memuaskan nafsunya.

Akhirnya dia memutuskan untuk tidak meniduri mana-mana perempuan sehingga dia bertemu Alisa kembali. Tengku Aqil berasa seperti membuang masa meniduri wanita lain yang tidak dapat memuaskan nafsunya.

Dia hanya menginginkan Alisa. Wanita itu seperti dadah buat dirinya. Sentuhan dan wangian Alisa dapat membuatkan hati dan jiwabya tenang.

TOK....TOK....TOK

Bunyi ketukkan pintu menyedarkan Tengku Aqil dari dunianya. ' sapa pulak yang datang sekarang ni ' Cetus hati Tengku Aqil.

" Masuk "

Ujarnya senafas. Matanya masih terpejam dan kerusi yang menbelakangi meja kerjanya. Kepalanya cukup serabut sekarang. Sudah lama dia mencari Alisa namun masih menemukan jalan buntu.

" Busy ke "

Ujar satu suara yang cukup Tengku Aqil kenal. Dia sudahlah tengah serabut sekarang ini.

" Syah serabut la mummy. Kerja bertimbun, lepas tu masalah dekat side lagi. Kalau mummy tolong urut Syah pun ok jugak mi " ujar Tengku Aqil lalu berpaling ke arah Datin Syamimi.

Tengku Aqil bangun dari duduknya dan menghampiri wanita kesayangan itu sebelum dipeluk erat. Dia melabuhkan ciuman lembut di dahi wanita kesayangan itu sebelum melepaskan pelukkan mereka.

Datin Syamimi hanya tersenyum diperlakukan sebegitu oleh anak lelakinya. Dia rindu akan satu satunya anak lelakinya itu. Tengku Aqil sangat jarang pulang ke rumahnya.

Dapat dikira dengan jari berapa kali Tengku Aqil pulang ke rumah dalam setahun. Anak lelakinya ini sangat sibuk menguruskan syarikat yang dibangunkan olehnya sendiri semenjak 5 tahun lalu.

" Kalau nak ada orang yang tolong urutkan kene kawin cepat nanti hari hari ada orang tolong urutkan "

Ujar Datin Syamimi sebaik sahaja Tengku Aqil meleraikan pelukkan mereka. Tengku Aqil membuat muka muak.

" Not again mummy. Last month Syah balik pun mummy dah tanya soalan tu. Hari kat pejabat pun tak akan la benda sama mi "

Ujar Tengku Aqil persi merajuk. Dia kembali melangkah ke kerusinya dan melabuhkan duduk. Datin Syamimi yang melihatkan anaknya itu menggeleng.

Datin Syamimi melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Tengku Aqil. Wajah kusut anaknya itu dipandang lembut.

" Syah memang tak nak kawin ke sebab tak ada calon..... Kalau tak ada calon mummy boleh tolong carikan " tanya Datin Syamimi.

Dia memang teringat untuk melihat Tengku Aqil kawin. Dia ingin anak lelakinya itu kembali ke jalan yang diredhoi pencipta.

Tengku Aqil melihat wajah Datin Syamimi yang berhadapan dengannya ketika ini. Keluhan perlahan dilepaskan.

You Are Mine : Hate of Love (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now