DUA orang tunggak utama Sphere Global berjalan masuk ke dalam bangunan kerja mereka. Semua pekerja memandang hormat ke arah Tan Sri Iskandar Raid dan Puan Sri Anggun Alessa yang berjalan beriringan untuk ke pejabat mereka.
"Tan Sri... Puan Sri, selamat pagi," sapa staf mereka.
"Julia, in my office," arah Anggun.
"Maria, in my office," kata Raid pula.
Julia dan Maria yang ada di situ hanya mengangguk faham. Mereka berdua adalah staf yang ditugaskan untuk menjadi personal assistant kepada pasangan suami isteri itu. Sampai saja di eskalator, pasangan suami isteri pun berpisah haluan. Raid menghulurkan tangannya untuk Anggun bersalaman manakala Anggun membetulkan tali leher Raid.
"Bye, dear."
"Bye, d."
Julia dan Maria pula mengikuti langkah majikan mereka untuk ke pejabat masing-masing.
"Ju, apa jadual saya untuk esok?" soal Anggun.
"Maria, jadual saya untuk esok penuh tak?" tanya Raid.
"Hmm... esok Puan Sri lapang saja. Tak ada meeting luar dan hanya bekerja di dalam ofis," jawab Julia.
"Jadual kerja Tan Sri untuk esok sangat fleksibel. Tan Sri ada banyak masa lapang pada hari esok," maklum Maria.
"Ok, if that case... clear my schedule and postpone all my works for tomorrow and a day after. I want to spend time with my children for two days," beritahu Raid dan Anggun.
Julia dan Maria mengangguk serentak. Beberapa minit kemudian mereka keluar dari pejabat itu dan berjumpa di meja kerja masing-masing.
"Esok Puan Sri nak spend time dengan anak-anak. So, no work allowed."
Maria mengangguk.
"Betul, Tan Sri pun cakap benda yang sama pada aku," katanya mengiyakan.
"Kalau macam tu kata bosses kita... ikutkan ajelah."
Anggun tekun melakukan kerjanya tatkala Rosli masuk ke dalam pejabatnya untuk memberitahu mengenai hal urusan kerjasama dengan Perkasa Holdings.
Knock! Knock!
"Puan Sri..."
"Ya, Rosli."
"Hmm... saya nak update pada Puan Sri mengenai urusan kerjasama dengan Perkasa Holdings. CEO Perkasa Holdings setuju untuk berkerjasama Sphere Global. Mereka minta kita memperbaharui kerja kerja secepat mungkin."
"Perkasa Holdings? Oh, Encik Munsyi ke CEOnya?"
Rosli menggeleng. "Bukan, Puan Sri. Encik Munsyi hanya pengurus kerjasama ni saja. CEOnya adalah--"
Tiba-tiba Julia mengetuk pintu pejabat Anggun.
"I'm sorry for disturbing you, Puan Sri... but Tan Sri asked me to tell you that Mr. Ozawa, the client from Japan has been arrived at the airport and he wants to meet you and Tan Sri today."
"Eh, I thought he will come here in two weeks more?" hairan Anggun.
"Betul tapi entah kenapa dia datang sini awal sangat. Tan Sri pun dah tunggu dalam kereta. Puan Sri kena ikut sekali sebab katanya Mr. Ozawa bawa isterinya juga," balas Julia.
"Ok. Rosli... kita sambung lain kali ya? Pasal kerjasama dengan Perkasa Holdings tu awak uruskan saja ikut rancangan asal. Kalau ada apa-apa masalah, beritahu saya secepat mungkin sebab kerjasama ni pun penting untuk syarikat."
YOU ARE READING
The Revival of Love (Completed)
Roman d'amourSuri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir me...