لغات الحب كثيرة، وأجملها الدعاءbahasa cinta itu banyak dan yang paling indah adalah doa
•••
lafaz takbir meniti di bibirnya, diikuti tangan yang diangkat separas telinga. kemudian diapit kemas diperut. perlahan nafas dihela, dia menyebut basmalah diikuti surah al-fatihah. ayat demi ayat dibaca mengikut tertib. sekaligus cuba untuk memahami maksud yang terkandung.
'hanya kepadamu kami menyembah, dan hanya kepadamu kami memohon pertolongan.' tiba di ayat itu, tangisnya yang cuba ditahan sejak bibirnya melafaz basmalah, pecah jua akhirnya. butir-butir mutiara mulai mengalir perlahan.
bacaannya tergendala buat seketika. semakin lama, dia tersedu-sedan. tangisannya cuba dikawal. mahu menghabiskan al-fatihah yang masih berbaki. sedaya upaya dia menyambung solat. tiba sahaja di posisi sujud terakhir, tangisan dihamburkan semahu-mahunya. dadanya sesak.
"ya allah.." lirih dia menyeru.
"ya allah.." lagi.
"ya allah..." setiap kali lafzul jalalah itu disebut. bagai terhambur semua yang terkumpul di dada. rasa lebih ringan. tetapi tidak mampu menghilangkan rasa yang ada.
"ya allah.." dia mengulangnya berkali-kali, sehingga dia mampu untuk mengungkapkan lafaz seterusnya.
"ya allah, sesungguhnya hambamu ini menyayangi salah satu dari hambamu. tidak ada apa yang dapat aku lakukan, ya allah. aku tidak mampu, ya allah. aku tidak mempunyai kekuatan, ya allah. aku serahkan segalanya kepadamu." tergagap dia mengungkapkan kerana tangisan yang semakin lama semakin kuat. sesak di dada semakin menggila. seperti ada api yang membakar. perit.
dia menarik nafas dalam, cuba menghilangkan rasa itu. "ya allah, sesungguhnya engkau maha penyayang. kasihanilah dia ya allah, permudahkan segala urusannya. kurniakanlah kesabaran dan kekuatan buatnya untuk menghadapi masa sulitnya. hilangkan segala kekecewaannya. redhai dia, ya allah. ampuni dia, ya allah. terimalah taubatnya, ya allah."
dia berhenti sejenak, mengumpul nafas lagi, kemudian menyambung doa, "ya allah yang maha kaya, murahkanlah rezekinya. kurniakanlah kepadanya rezeki yang melimpah ruah. timbulkan dalam hatinya rasa syukur dan cukup dengan nikmat yang engkau sediakan buatnya. redhai dia, ya allah."
dia tahu bait-bait sebutannya sudah tidak tersusun. fikirannya penuh. tujuannya hanya satu, dia perlu tenang. dia tak sanggup untuk menghadapi sesak itu terlalu lama.
"ya allah, sesungguhnya aku sayangkan dia. kurniakanlah segala yang baik-baik buatnya. jauhkanlah dia dari hal-hal buruk. jangan kau uji dia, kecuali dengan apa yang dia mampu untuk hadapi. tabahkanlah dia, ya allah."
"ya allah, aku sayangkan dia. peliharalah dia. jauhkanlah dia dari apa apa penyakit. sihatkanlah dia dan keluarganya. panjangkanlah umur mereka di dalam rahmat juga keberkatanmu, ya allah."
"ya allah, aku memohon padamu. kuatkanlah tekadnya di atas landasan syariatmu, ya allah. kuatkanlah azam dan keyakinannya, bantulah dia, ya allah. mudahkanlah dia dalam proses meraih impiannya."
"ya allah, lembutkanlah hatinya untuk terus beribadat kepadamu. tingkatkanlah kasih dan cintanya kepadamu dan rasulmu, melebihi kasih dan cintanya kepada siapa pun."
"ya allah yang maha mengetahui segala isi hati. aku sayangkan dia, ya allah. aku sayangkan dia. aku sayangkan dia. permudahkanlah urusan kami. bantulah aku dan lembutkanlah hatiku untuk memperbaiki diri sehingga aku menjadi layak untuknya. ya allah, bantulah dia dan lembutkanlah hatinya untuk memperbaiki diri sehingga dia menjadi layak untukku, ya allah."
dia tercungap-cungap kehabisan nafas. buat kesekian kalinya, dia menghela nafas perlahan dan menghembusnya. terasa sedikit tenang. namun dia belum puas. doanya disambung lagi. "ya allah, sesungguhnya hanya dirimu yang mengetahui betapa cintanya aku kepada dia. peliharalah dia untukku. masukkanlah dia ke dalam syurga tanpa hisab, ya allah. jauhkanlah dia dari azab api neraka. jauhkanlah dia dari azab kubur. jauhkanlah dia dari fitnah akhir zaman. jauhkanlah dia dari fitnah dajjal. peliharalah dia, ya allah."
"ya allah, ya samii'ud du'a'. ya allah, ya haafiz. ya allah, ya arhamar rahimiin."
doanya selesai, tetapi dia masih mengekalkan posisinya. kali ini dia diam, tidak meluahkan apa-apa. 1001 harapan dia letakkan ke atas doanya tadi.
tidak lama kemudian, dia bangun, menamatkan solatnya dengan tasyahhud dan selawat. usai memberi salam. tangannya menyentuh sejadah, tempat dimana wajahnya diletakkan tadi.
basah!
dia mengemam bibir. begitulah keadaannya setiap kali solat. kalau sejadah tidak basah, tidak sah.
sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan. cintanya untuk si dia terlalu dalam. tidak mampu dikawal lagi. hanya doa mampu dipanjatkan, mengharapkan segala keajaiban pencipta.
"ya allah, aku cintakan dia." bisikan sayup-sayup kedengaran.
•••
"selama nafasku berhembus
hanya kamu di doaku
selama mataku memandang
hanya kamu cinta matikudengarlah dunia, rintihan hatiku
yang terbalut dalam doaku
inilah sumpahku dengarlah duniasumpah mati sumpah (sumpah)
sumpah mati (sumpah mati)
sumpah mati aku hanya untukmucintakan selalu abadi
walau takdir tak pasti
kau selalu di hati, cinta matiku
seraya aku berdoa merayakan cinta
kau selalu kujagasumpah mati sumpah (sumpah)
sumpah mati (sumpah mati)
sumpah mati aku hanya untukmu"