AIRISH duduk di meja solek setelah membersihkan diri. Hari ini dia bangun awal untuk bersarapan bersama keluarga Puan Asyura. Menumpang di rumah orang, tidak boleh matahari tegak atas kepala baru reti nak bangun. Bikin malu aje nanti.Tangannya mencapai hair dryer untuk mengeringkan rambut. Setelah itu, dia mengenakan skincare routine ke wajahnya. Nasib ada Aleeya yang sudi berkongsi barang penjagaan wajah, maklumlah dia datang ke sini pun dalam keadaan sebatang kara.
Tiba-tiba tangannya berhenti menyapu krim pelembap di wajah. Perlahan-lahan jari-jemari Airish menyentuh pipinya yang sering menjadi kawasan tamparan keluarganya. Kalau boleh dilihat kesannya, pasti sudah berparut, menandakan tamparan yang diterima itu bukanlah sekali dua, tetapi berkali-kali.
Sebak yang datang menghimpit dada cuba ditolak apabila ketukan di muka pintu bilik kedengaran.
"Kak Rish, dah siap mandi ke?" Aleeya mengintai dari muka pintu.
"Dah, baru je siap. Kenapa Leeya?" Soal Airish.
"Leeya nak ajak Kak Rish keluar." Usul Aleeya.
"Keluar? Pergi mana?" Sebelah alis Airish terangkat.
"He he he... somewhere. Kak Rish bersiap cepat. Leeya tunggu." Pintu bilik ditutup.
Airish terus mengenakan pakaian ke tubuhnya yang hanya berkemban dari tadi. Sehelai blouse bercorak bunga halus dipadankan dengan denim jeans. Ini juga pakaian milik Aleeya yang dipinjamkan kepadanya. Untung saiz mereka sama.
Tanpa lengah, Airish keluar dari bilik tidur. Kepala ditinjau untuk mencari kelibat Aleeya. Sempat juga dia menghadiahkan senyuman kepada Puan Asyura dan suami yang sedang duduk menikmati sarapan pagi.
"Rish, jemput bersarapan." Pelawa Puan Asyura.
Belum sempat Airish menjawab, belakang tangannya sudah ditarik seseorang.
"Kak Rish tak sarapan di rumah. Leeya nak bawa Kak Rish sarapan di luar." Ujar Aleeya.
Terkocoh-kocoh Airish mengikut langkah Aleeya yang sudah mengheretnya keluar dari rumah. Sering sahaja Aleeya buat dirinya tertanya-tanya hala tuju mereka. Ke mana pulalah si Aleeya ingin membawanya?
"Ish, anak awak ni. Makanan bukan main banyak, nak juga bersarapan di luar. Kesian Airish tu kena paksa ikut dia pula." Bebel Puan Asyura.
"Biarlah mereka berdua tu. Lagipun mereka jarang berjumpa kan, ada lah tu tempat menarik anak kita nak bawa Airish pergi bersarapan." Encik Azri, suami Puan Asyura menjawab.
Puan Asyura hanya diam. Dia bukannya marah sangat pun, cuma dia tidak berkesempatan untuk bertemu empat mata dengan Airish gara-gara anak perempuannya yang asyik berkepit dengan Airish.
Sementara itu, Airish dan Aleeya tiba di café resort. Mereka memilih meja di tengah-tengah ruangan café itu.
"Leeya, ni ke tempat yang Leeya nak bawa Kak Rish tadi?" Tanya Airish sebaik melabuhkan punggung ke kerusi.
"Ha'ah, ni lah tempatnya. Kita breakfast kat sini." Jawab Aleeya.
"Tapi kenapa? Kan kat rumah tadi kita boleh breakfast." Airish mengerutkan dahi.
"Kat rumah tak best. Sini lagi best..." Aleeya beralasan.
"Apa yang best?" Airish tidak nampak perbezaannya.
"Hmmm... hmmm..." Aleeya sudah memanjangkan leher memandang sekeliling café. "Haaa, ini yang best. Ada pemandangan yang indah."
Airish memandang wajah Aleeya yang sudah senyum sampai ke telinga. Pemandangan indah apa pula yang dimaksudkan oleh Aleeya ini?
YOU ARE READING
CYPHER
Любовные романыQARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga...