BAM!
"Papa! Papa, tengok vampire ni! Papa!" Nain di belakang mengangkat barang sambil menggeleng. Sikit-sikit nak mengadu. Manja!
"Ada lagi barang?" soal Zero yang muncul dari dapur. Nain mengangguk.
"Belakang. Dua plastik lagi."
"Aku ambil." Nain mengangguk dan bawa barang-barang itu ke dapur. Zero pula keluar untuk angkut lagi dua plastik barang.
TUAN Muaz mengeluh geram. Dia pandang Nain dan Naiz. Ada ke patut masalah kecil diperbesarkan? Geram betul. Nak lelong anak dia dua ringgit boleh? Penatlah nak jaga.
"Masalahnya tadi vampire tu cakap dia benci Naiz, pa! Geram betul! Lepastu bila ada makcik tu nak ngorat dia, bukan main lagi dia menempel dengan Naiz."
"Bila?" soal Nain. Tengoklah tu, buat-buat lupa ingatan pula. Zero ketawa kecil. Tuan Muaz pula abaikan dan teruskan makan. Malas nak melayan perangai masing-masing. Dari kecil sampai besar, macam tu je perangai. Tak berubah.
"Tak payah nak buat-buat lupa! Kazreen peluk lengan orang tadi sampai ramai pandang! Malu tahu tak?!"
"I'm your twin."
"Yelah, tapi mana ada orang jalan sambil peluk lengan kembar dia macam tu!" bidasnya. Nain jongket bahu.
"Benci betul perangai!"
"Tidur sendiri," balas Nain.
"Mana boleh macam tu! Dah janji tadi nak tidur bertiga!"
"Whatever."
"Hish! Kazreen ni kenapa? Suka buat orang marah! Tak sayang orang ke?!" Nain ukir senyum senget menampakkan gigi taringnya. Dengan Zero sekali naik rasa gerun. Betul punya tajam tu. Agak-agak berlubang ke kalau kena gigit?
"Tak."
"Hish! Susah nak cakap sayang adik sendiri kan? Bela lah ego tu banyak-banyak! Nanti tak sempat cakap sayangkan adik sendiri baru nak menyesal!" Tanpa sedar, kata-kata Naiz itu melukai hati Zero.
"Oh, really?" soal Nain tak peduli.
"Ck! Jahat!"
"Cengeng," balas Nain.
"Kaz-" ucapannya terhenti saat mendengar bunyi kerusi. Semua pandangan beralih pada Zero.
"Ze-Zero naik dulu." Tanpa menunggu jawapan, Zero terus berlalu pergi.
"Makanan tu belum terusik pun," gumam Tuan Muaz yang masih dapat didengari oleh Naiz. Nain pula meneruskan makan. Dia nampak perubahan riak wajah Zero itu.
ZERO menyeka air matanya perlahan. Loket itu digenggam erat. Mulut terus-terusan menggumamkan kata maaf.
"Aku minta maaf... Aku minta maaf, dik."
"Aku minta maaf... Aku sayang kau. Sumpah, aku sayang kau, dik. Aku minta maaf..." lirihnya perlahan.
Dia bangun dan menuju ke arah balkoni. Rindu, menyesal, sedih, kecewa, marah, semua bercampur. Tak tahu bagaimana mahu dijelaskan perasaan tu. Bahkan, dia juga rasa cemburu.
Tok!
Tok!
Tok!
"Zero, kawan Zero datang ni." Kedengaran suara Naiz. Dia menyeka air matanya sebelum berlalu membuka pintu.
Huzair tersenyum dan masuk ke dalam. Naiz pula minta diri sebab dia belum siap makan.
"Kenapa datang malam? Ni bukan rumah aku yang kau boleh sesuka hati." Huzair tersengih.
"Aku baru habis kerja. Sorry lah." Zero mengangguk faham.
"Kau baru lepas nangis ke?" Zero menggeleng.
"Yeke? Habistu mata merah kenapa?" Zero menunduk.
"Aku... Aku rindu Aero." Huzair menghela nafas.
"Zero, rindu tak salah. Tapi kau seolah menyalahkan diri sendiri sekarang ni." Zero kembali menitiskan air mata.
"Nangis pula dia."
"Yelah! Kau tahu tak jaga dia tu susah? Aku dah jaga dia penat-penat tahu tak? Lepastu apa? Dia tinggalkan aku! Jaga dia susah sangat tahu tak? Sampai aku rasa nak campak dia dalam gaung! Lepastu dia tinggal aku macam ni! Hiks..." Esakan mula kedengaran. Huzair ketawa. Tak tahu nak sedih ke nak ketawa.
"Sabar sabar. Yelah, aku faham. Tapi janganlah macam ni." Making kuat esakan Zero kedengaran. Rasanya baru kali ini Huzair melihat kawannya ini menangis.
"Kenapa dia tak cakap dia dah nak mati? Boleh aku cakap aku sayangkan dia banyak kali depan muka dia macam yang dia nak! Aku menyesal tahu tak? Aku menyesal tak cakap aku sayang dia! Aku rasa bersalah sangat, Huz. Aku tak jaga dia betul-betul! Aku tak boleh pastikan dia tak mengalirkan air mata sebab orang lain! Aku tak sempat cakap yang aku sayangkan dia. Aku tak suka tanggung rasa bersalah! Sesak dada aku bila macam ni, Huz! Aku cuma nak kesempatan untuk aku cakap aku sayang dia. Sekali je... Sekali je lagi..."
"Dia jahat tahu tak? Dah lah nak bawa dia ke sana ke sini susah! Lepastu nak kena jaga dia lagi! Aku penat! Lepastu dia balas ni dekat aku? Patutnya dia cakap dia dah nak mati supaya aku ada kesempatan untuk cakap aku sayang dia!"
Huzair usap belakang tubuh Zero. Sedih mendengar itu. Namun juga seakan kelakar.
"Zer, orang nak mati ni dia pun tak tahu yang dia dah nak mati. Jangan bercakap macam ni. Kalau kau rindu, pergi kubur dia. Cakaplah sayang beribu kali pun. Tapi tu takkan ubah fakta yang kau dah kehilangan dia di sisi kau." Zero makin kuat menangis.
"Aku cemburu dengan diorang, Huz. Aku pernah ada adik untuk bergurau. Aku pernah ada adik untuk aku sakat, untuk aku buat nangis, untuk aku buat gembira. Aku pernah ada adik untuk lepaskan penat aku bila tengok dia baik-baik je. Aku pernah ada adik yang bergantung pada aku... Tapi sekarang semua dah hilang."
"Aku cemburu dengan diorang. Aku cemburu sangat... Diorang masih ada kesempatan sedangkan aku dah tak ada. Diorang masih ada satu sama lain dan seorang ayah. Sedangkan aku sekarang hidup sebatang kara... Huz... Aku rindukan adik aku. Aku rindukan Aero..." Huzair mengangguk faham. Dia terus-terusan memujuk Zero agar tenang.
"Am I wrong?" gumam Nain yang tanpa sengaja mendengar luahan Zero itu di depan pintu. Nafas dihela dan dia terus berlalu masuk bilik.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] ZERO AND AERO
Random[C O M P L E T E] Zero dan Aero yang mempunyai sikap berlawan meskipun sebagai kembar. Mereka tak seiras. Bahkan, boleh diberi umpama Aero mempunyai perangai yang mengalahkan setan bak kata Zero. "Kau berdendam lagi ke dengan aku? Bang... Kembar ta...