BAB - 37 -

128 14 0
                                    

LAMA Zero menatap mancis yang cantik terukir nama 'Zya S.' itu. Terkilan? Tentu saja. Lagipun, Zya adalah wanita pertama yang mampu buatkan hatinya rasa berdebar.

Klak!

"Mana kau dapat loket aku?"

"Entahlah. Bomba tu cakap tercampak keluar, itu yang aku ambil pas dekat budak pendek tu suruh bagi kau." Jujur Huzair. Zero mengangguk faham.

"Huz, boleh tolong aku?" Huzair mengangguk.

"Why not? Kau kan kawan baik aku?" Zero tersenyum nipis.

"Tolong aku carikan kondominium. Aku tak selesa duduk dengan orang macam ni. Diorang pun mesti tak selesa dengan orang asing macam aku." Huzair mengeluh panjang.

"Kalau aku cakap diorang tak kisah pun, kau mesti akan bagi alasan lain. Yelah, aku boleh tolong kau. Tapi-"

"Pasal duit jangan risau. Aero tinggalkan dompet dengan phone dia dalam kereta tu. Dia dah pesan untuk gunakan. Cukuplah tu untuk beli kondo. Lagipun aku ada saving. Untuk kehidupan aku sorang semua dah cukup." Huzair tersenyum dan mengusap lembut bahu Zero.

"Bukan duit. Tapi kau. Aku tak nak kau kerja mati-matian macam dulu." Zero mengangguk faham.

"Huz, balik lah. Dah lewat ni. Apa kata orang rumah ni nanti." Huzair ketawa.

"Risau sangat. Yelah. Aku minta diri dulu. Behave, okay? Nanti dah jumpa aku roger kau." Zero tersenyum dan mengangguk.

"Thanks, Huz." Huzair mengangguk dan berlalu keluar. Zero menghela nafas berat.

Entah kerana apa Aero meninggalkan dompet dan telefon dan dashboard kereta itu. Selama tiga bulan tak terusik. Zero pun hanya tengok. Tak sanggup mahu buka.

Bila keadaan terdesak, barulah dia buka dompet dan telefon itu. Sungguh, dia tak sangka Aero meninggalkan duit dan kad sebanyak itu. Bahkan password pun ada di tulis atas polaroid yang ada dalam dompet itu.

Telefon Aero pula dia bawa ke kedai kerana tak boleh dibuka. Isi daya pun tak berjaya. Yelah, tiga bulan dibiarkan begitu saja.

NAIN, Naiz dan Zero tidur di ruang santai tingkat atas. Tv elok terpasang cerita korea bertajuk 'mouse'. Zero jadi teringatkan adiknya. Kalau ada Aero, pasti lelaki itu akan ketawa bagai orang gila.

"Zero, kerja apa yang Zero buat sebelum ni? Zero buat banyak kerja kan?" soal Naiz. Zero mengangguk.

"Banyak. Jadi tukang basuh pinggan, jadi chef, jadi pelayan bar-"

"Pelayan bar?! Maksudnya dekat kelab malam?"

Pap!

"Aduh! Sakitlah, Reen!" Nain menjeling saja. Zero ketawa.

"Bukan. Aku jadi pelayan bar dekat tempat karaoke." Naiz menghela nafas lega.

"Sambung-sambung." Zero ukir senyum.

"Pernah juga aku jadi bartender dekat kelab tu. Lepastu jadi cikgu tusyen, ambil upah buat kerja sekolah orang, banyak lagi lah. Nak suruh senaraikan satu-satu pun aku tak ingat dah kerja apa je yang aku buat." Naiz mengangguk. Dia agak terkejut saat Zero berkata pernah menjadi bartender dekat kelab.

"Zero kuat. Banyak betul kerja tu. Patutlah Zero suruh adik duduk asrama." Zero hanya mampu senyum.

"Kalau sekarang?" soal Nain.

"Pelukis dan editor untuk syarikat penerbitan buku-buku novel dan sebagainya."

Mereka mengangguk faham. Naiz jadi kurang enak. Disaat orang lain berjuang untuk hidup, dia malah suka menghambur duit. Nain memandang adiknya sekilas dan menggeleng.

"Tidur," arah Nain. Mereka mengangguk akur dan berbaring di tempat tidur. Nain pula sambung tengok tv. Belum mengantuk lagi.

- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] ZERO AND AEROWhere stories live. Discover now