Lepas je jumpa Rasyid di depan bilik penjagaan tu, terus aku buat isyarat minta dia keluar dari situ. Sampai di tangga blok kelas aku, baru kitorang berhenti. Rasyid pandang aku dengan muka tak puas hati.
"Apa kau buat kat situ Idna?"
"Err, aku... aku... Aku aib. Aib. Takleh bagitahu."
"Oh."
"Kau pulak apa kau buat situ?" Jangan cakap yang dia pun macam aku, nak main dengan budak-budak sini sebab tak ada adik. Eh, dia ada adik la! Bukan macam aku.
Rasyid menggeruk wajah. "Ah ak- aku..."
"Kau apa?"
"Urm, maaf. Sebenarnya aku ikut... kau?"
Aku telan liur. Eh eh jangan-jangan sebab aku beri kamus hari tu dia suka aku ye tak? Oh no oh no. No! Tak ada cintan cintun! Aku dah tutup hati! Aku tak nak suka orang lagi waktu ni!
Aku letakkan tangan di dada kiri. "I'm very sorry, Rasyid. I has closed my liver to like anyone again."
Encang je english, aku yakin Rasyid faham.
"Ah? Apa kau cakap ni. Cakap biasa jelah... penat." Rasyid menaikkan tangan dan letak di kepala. "Jangan salah faham. Aku, ikut kau ni sebab nak tanya markah BA kau exam lepas."
Aku menggosok belakang tengkuk. "Oh tu er... 92." Tolong la sesiapa selamatkan aku. Betul aku rasa nak sorok kepala dalam beg sekarang.
Rasyid aku tengok ternganga. Kalau boleh keluar sekali sinar dari mata dia tu.
"Aku nak pinjam paper BA kau boleh?"
"Eh buat apa? Biasa-biasa je la tu..." Aku tunduk pandang kasut.
"Aku nak belajar BA. Aku gagal hari tu."
"Oh... er tu. Tak apa, aku yakin kau dapat buat punya la." Ayat yang Adam selalu guna untuk pujuk aku setiap kali aku gagal Maths masa menengah rendah dulu, aku tuturkan pada Rasyid.
Rasyid tak respon apa-apa. Eh kenapa diam...
Aku angkat muka hanyalah untuk aku nampak yang muka Rasyid merah. Aku tergamam.
Kertas BA? Aku membuka zip beg silang berwarna hitam aku lalu menyeluk tangan ke dalamnya. Ada tak aku bawah eh?
Hah alhamdulillah, ada!
Kertas Bahasa Arab dihulurkan kepada Rasyid.
"Okey, terima kasih, Idna." Terus dia pusingkan badan ke belakang nak naik tangga.
"Sama-sama. Eh jap."
Rasyid berhenti berjalan.
"Biar aku naik dulu ok?" Aku berjalan melepasi Rasyid dan memanjat naik tangga.
Bukan apa, lelaki tak elok belakang perempuan. Adam yang ajar.
Eh jap. Macam mana dia tahu aku pandai Arab? (bukan riak eh)
---
Rasyidah tergamam merenung cermin di sebelah kelasnya.
Ada krim coklat rupanya di tepi mulut dia. Krim dari kroisan coklat yang dia makan sebelum jumpa Idna. Gadis itu menyentuh pipi kanan dan kiri menggunakan kedua-dua tangan. Kantoi tak puasa.
Alamak... Idna taukkah?
Pandangan mata gadis itu jatuh ke kertas exam Bahasa Arab Idna. Spontan dia senyum. Rasa bersalah sebab hilangkan kamus Idna hari tu lepas tu boleh pula dia nak pinjam lagi barang lelaki itu.
Angka 92 di atas kertas itu direnung penuh teruja. Nak peluk paper ni tapi nanti terbayang peluk si empunya kertas pula. Terus dia sembunyikan kertas di belakang badan sebelum melangkah masuk ke kelas sebelum kelas akademik bermula.
Astaghfirullahal'azim.
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Comédie𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...