Sumayyah yang begitu fokus menonton TV itupun seketika memalingkan kepalanya memandang ke arah Alicia yang baru pulang itu membuatkan Sumayyah menaikkan keningnya hairan kenapa lambat sekali sahabatnya pulang?
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam.. Haihh lambat balik? Dari mana?" Tanya Sumayyah membuatkan Alicia hanya tersenyum dan melabuhkan punggungnya di sofa dengan selesa.
"Dari sekolah lah. Jem masa nak balik tuh." Jelas Alicia singkat membuatkan Sumayyah bernafas lega sebelum memandang Alicia lagi.
"Siapa hantar kau? Ke kau naik grab?"
Pertanyaan Sumayyah itu membuatkan Alicia automatik tergamam dan tidak tahu ingin menjelaskan pada sahabatnya itu bagaimana. Haruskah dia jujur? Atau berbohong? Tetapi dia tidak mahu Sumayyah anggap dirinya pembohong jadi akhirnya Alicia membuka suaranya menjelaskan apa yang terjadi hari ini.
"Uhm.. Ada seorang lelaki yang hantar aku balik sebab dia tengok aku termenung kat bas stop depan sekolah. Dia paksa aku ikut dia jadi aku malas nak bergaduh dengan dia dan aku diam lepastu dia hantar aku balik." Jelas Alicia singkat.
"Wow bestie, this is your first time accept men's invitation, Alice! Siapakah jejaka yang bertuah itu? Kau kenal ke? Atau kita kenal?" Tanya Sumayyah seperti makcik bawang bahkan hal itu membuatkan Alicia hanya berdecak kesal dan memuncungkan bibirnya.
"Siapa lagi kalau bukan mamat poyoh tuh. Yang aku dengan dia sama-sama kemalangan waktu tuh. Kalau kau ingat, dia punya gatal mengalahkan kegatalan digigit semut kau tau tak!" Raut wajah kesal Alicia membuatkan Sumayyah tertawa terbahak-bahak dan memegang perutnya yang sakit itu.
"Woah siapa sangka, dia baik jugalah tuh. Maybe dia tengok kau berdiri macam tok pekong siam kat bas stop tuh dah petang. Bersangka baik jelah Alice. Alhamdulillah kau balik rumah takde kesan apapun HAHA." Usik Sumayyah nakal membuatkan Alicia terus menepuk kepala Sumayyah kasar.
PUK!
"Ayat kau jaga sikit eh? Gatal. Kalau kau nak mamat tuh ambil jelah. Aku tak minat dia and dia pun bukan taste aku." Alicia menolak mentah-mentah membuatkan Sumayyah hanya memegang kepalanya yang sakit ditepuk itu.
"Jangan terlalu membenci, nanti makin sayang tau."
"Sayang sayang.. Pergi melayanglah." Sinis Alicia membalas lalu meninggalkan sahabatnya di ruang tamu itu dan berharap agar Sumayyah tidak berbicarakan hal yang pelik-pelik lagi. Sesungguhnya, Alicia tidak ingin mengulangi kejadian itu lagi kerana membuatkannya separuh malu dan separuh lagi kesal.
Keesokan harinya, untuk pertama kali entah kenapa Tengku Alex bangun dalam keadaan hati yang gembira bahkan tersenyum seperti kerang busuk yang berhasil membuatkan Tengku Arsyaff dan Puan Adeline hairan melihat perangai anak terunanya yang satu itu.
"Is there something that has possessed our son's body, sayang?" Tanya Tengku Arsyaff sambil memandang isterinya dalam.
"I don't know. Senyum macam kerang busuk, I pun seram tengok, abang." Balas Puan Adeline yang turut memandang anak bujangnya itu lalu seketika Tengku Alex menghampiri kedua orang tuanya dan duduk berhadapan mereka untuk bersarapan.
Dan saat itu juga Tengku Alex menaikkan keningnya satu hairan kerana kedua orang tuanya sedari tadi menatapnya lekat dan akhirnya Tengku Alex berdeham mematikan lamunan kedua orang tuanya itu.
"What's wrong, daddy mommy?"
"Betul ke nih Tengku Alexander Rayyan, anak mommy?" Pertanyaan itu berhasil membuatkan kening Tengku Alex berkerut.
"Lahh? Mommy okay tak? Betullah nih Rayyan kenapa mommy daddy pandang Ray macam nak makan? Seramlah. Just eat your breakfast." Kata Tengku Alex lalu menggelengkan kepalanya dan mulai melahap sarapannya dengan tenang.
"Don't change the topic, son. Sepatutnya kami yang tanya what's wrong with you huh? Senyum macam kambing." Tengku Arsyaff bertanya sambil tersenyum nakal.
"O-oh.. Nothing important, daddy."
"Are you sure? Sebab selama nih nak senyum pun susah." Balas Tengku Arsyaff lagi.
"I'm serious, daddy. Just eat and don't ask me again." Kata Tengku Alex dan senyumannya terus memudar membuatkan Tengku Arsyaff hanya menggelengkan kepalanya dan seketika Puan Adeline mengingati sesuatu lalu memandang anak terunanya dalam.
"Haa mommy lupa nak cakap, esok Amanda ajak kamu pergi beli barang untuk hantaran dengan baju pengantin. Entahlah mommy pun terkejut malam tadi Amanda tiba-tiba telefon mommy nak percepatkan tarikh pernikahan kamu berdua."
PRANG!
Gelas yang dipegang oleh Tengku Alex tiba-tiba sahaja jatuh dari genggamannya membuatkan maid panik dan mengambil penyapu untuk membersihkan pecahan kaca itu dengan segera. Lalu tatapan mata Tengku Alex berubah menjadi tajam penuh amarah saat Puan Adeline memberikan informasi berkaitan tunangnya itu.
"WHAT?! I'd never talk about 'percepatkan pernikahan' mommy. Apasal pula Amanda nak nikah awal sangat? Dia cakap dia belum ready then how about now?" Pertanyaan itu mengundang seribu pertanyaan dari fikiran Tengku Alex.
"Kami pun tak tahu. Sebenarnya mommy daddy pun terkejut tapi nak buat macam mana kan? Ikut jelah lagipun kalau Amanda asyik sentuh kamu sana sini tapi belum sah, haram hukumnya, Ray." Jelas Tengku Arsyaff tenang tetapi tidak setenang hati Tengku Alex sekarang.
Tengku Alex tidak menjawab malah dia bangun dari duduknya dan berlalu pergi dari meja makan itu dan keluar dari penthousenya untuk pergi ke sesuatu tempat. Tengku Arsyaff dan Puan Adeline tidak mampu menahan anaknya kerana dia tahu Tengku Alex masih terkejut tentang hal ini.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐑 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 [ HIATUS ]
Romansa[ 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟏 ] : 𝐑omance 𝐒tory "So, her name is Alice? Such a pretty name." - Tengku Alex R "You think i'll like the bad guy like you, Mr. Alex?" - Alicia N Only they create love and hate? Adakah itu hanya disebabkan oleh satu kejadian yang menye...