سبلس

69 9 5
                                    

"Lie!! Macam mana ni oi. Aku tiba-tiba kena kecam senior." Lepas beri salam, Rasyidah macam biasa menerjah masuk dorm mereka berdua.

Lieyana angkat muka dari kerja Maths. Terus menoleh ke gadis di sebelahnya. "Ha? Kau buat apa sampai kena kecam."

"Entah wei. Yang aku tahu diorang duk jeling-jeling aku macam aku dah potong ekor tudung diorang."

Sekolah SHOOW mengharamkan pelajar pakai tudung labuh yang ada ekor di belakang. Orang kata, ekor deras. Kalau ada, ko tunggulah nanti ada ustazah tolong potongkan untuk kau.

"Aih kau ni. Tu bukan kecam, tu jeling. Adeh, penat la layan istilah-istilah kau."

"Oh kecam dengan jeling tu tak sama eh?" Rasyidah garu kepala, ketawa dengan kebendulan diri sendiri. Bila dah sibuk dengan akademik, mana nak sibuk dengan hal semasa. "Tapi diorang cakap sesuatu kat aku."

"Diaorang cakap apa?"

"Jangan awak ingat bila awak pandai, awak buat sekolah ni macam sekolah bapak awak." Jeda sesaat. "Sampai ke sudah aku tak faham apa maksud ayat tu. Seingat aku tak ada pulak aku buat masalah disiplin setakat ni."

Lieyana mengerut dahi. "Pelik." Dia pejam mata, cuba mengingat apa yang Rasyidah pernah buat kebelakangan ni.

Ting! Lampu mentol muncul di sisi kepala Lieyana. "Aku rasa aku tahu kenapa. Tapi tak sure la kalau yang ni sebabnya."

"Ha kau rasa apa?" Bersinar dah mata Rasyidah. Lieyana kawan dia ni bijak tak boleh bawak bincang. Dia pandai cari punca kepada sesuatu kejadian, dan apa yang dia teka tu selalu betul, tepat lagi membenarkan.

"Sebab kau baling kasut kat imam tu hari tu? Ingat tak."

Rasyidah jatuh rahang. "Imam... maksud kau Idna ek?"

Angguk.

"Tapi peristiwa tu kan dua minggu lepas? Lama kut, takkan baru hari ni dia nak ugut aku."

"Hmm, betul jugak. Dah tu apa eh?"

Tengah menunggu Lieyana fikir balik, mata Rasyidah tertangkap sesuatu atas katil Lieyana. Macam kenal je.

"Lie, kamus kat katil kau tu siapa punya?"

Lieyana yang termangu terus tersentak. Dia lipat maut ke katil sendiri. Muzik suspen berbunyi entah dari mana puncanya.

"Ah..." Jantung berdegup laju macam kena kejar hantu. Lima, empat, tiga, dua, satu. Lieyana kembali ke mod normal dan cool. Datar dia menuturkan,

"Oh, tu. Tu adik aku beri. Kenapa?"

Gadis itu tinggalkan kerjanya dan menuju ke katil. Dia angkat kamus tu dan letak di bawah timbunan kerja Maths. "Kenapa?"

Mata Rasyidah masih tertumpu ke timbunan kerja Maths milik Lieyana. "Ingat tak kamus Idna beri aku dulu? Kau ada jumpa tak?"

"Kamus kau? Aku belum jumpa lagi la."

Rasyidah menggeruk wajah. "Aku nak tengok kamus adik kau tu boleh?"

"Kenapa? Tu memang kamus aku la."

"Tak, aku nak tengok je."

Lieyana jadi singa betina. "Jangan kata yang kau ingat kamus aku ni sama rupa dengan kamus Idna beri."

"Aku tak cakap pun sama." Dari situ, Rasyidah rasa tak sedap hati. Dia syak sesuatu tak kena pada Lieyana. Macam mana Lieyana boleh assume kamus mereka berdua ada rupa yang sama sedangkan Lieyana belum tengok lagi kamus Idna beri tu.

Tak faham ke? Ambik la masa seminit untuk baca dan faham balik ayat aku tu.

"Dah tu kenapa nak tengok kamus aku?"

Sah lagi sahih, Rasyidah tahu. Dia tahu. Senyuman kelat ditarik. "Urm, maaf Lie. Aku terburu-buru tadi. Tak jadilah tengok kamus kau."

Terus Rasyidah melangkah keluar dari bilik.

"Kak!"

Sedar-sedar je rupanya kaki dah berjalan sampai ke dewan selera. Rasyidah angkat kepala dan figura Rayyan berdiri tegak di depannya.

"Ni." Macam biasa, Rayyan cakap sepatah demi sepatah. Dia hulurkan kertas yang berlipat.

Rasyidah yang muka mendung bertukar cerah. Apa yang berlaku dalam dorm tadi rasa macam dah terbang keluar dari otak. "Lajunya! Thank you adik!" Tangannya menggosok kepala Rayyan.

"Sama-sama."

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now