Part 15

73 4 0
                                    


"Abang! "

" Ye sweetness, kenapa ni. Hm? " Soal Tuanie sambil mengelus lembut pinggang isterinya.

"Ayah call, sepupu Darin akan adakan majlis nikah 2 minggu lagi. Jadi kita kena pergi lah. "

"Okey and then? "

"Darin tak suka lah pergi sana, mesti ramai orang akan buruk sangka Darin dengan akak Fiya. Darin tak suka lah. Sudah lah dia bekas kekasih abang. " Terjebik kecil bibir Darin memikirkan hal itu.

"Kenapa terjebik ni? Hm? Abang hanya untuk sayang. Tak ada orang lain boleh ambil abang dari sayang. " Kata Tuanie meyakinkan isterinya.

"Janji? " Soal Darin sambil mengangkat jari kelingkingnya.

"Janji. " Wajah Taunie serius.

" Sudah, pergi packing baju. "

Ditolak lembut badan Darin agar pergi bersiap. Kampung wanita itu di kedah. Mesti mengambil masa juga mereka ke sana.

"Eh sweetness, kenapa abang tengok badan sweetness macam berisi eh? " Keliru juga dia.

Dalam hati dia hanya terdetik bahawa ada sesuatu yang ada pada isterinya.

"Ish, abang ni! kurus sangat nanti, kata tak bahagia. Gemuk pula di tanya kenapa. " Muka Darin sudah memerah menahan marah.

_______________________________________

Barang baju semua dibawa masuk kedalam kereta .Tuanie memandu kereta Range Rover berwarna Putih.

Sesampai sahaja di kampung wanita itu ,terus mereka berdua memasuki kawasan parking. Semua mata tertumpu kearah mereka, Darin masuk dan pergi berjumpa neneknya. Nek Pah.

"Assalammualaikum nek. " Tangan Nek Pah ditunduk cium.

"Waalaikummussalam, Rin. Kenapa hang lama tak mai jenguk nek. Sunyi tak tau nak habaq tak tengok gelagat hang. " Nek Pah tersenyum lebar sebelum Tuanie menunduk menyalaminya.

"Ni suami hang ka? " Darin hanya mengangguk perlahan.

"Amboih, hensem noh hang punya laki . Badan ketul - ketul, hensem, lesung pipit pun ada , putih , tnggi . Mata dia ! " Kata Nek Pah teruja. Tuanie yang hanya mendengar dirinya dipuji tersenyum lebar.

Nek Pah menekup pipi Tuanie sebelum dia menelek mata Tuanie, Green mint!

"Tak lama segak habih keturunan aku sebab dia. " Tak habis habis lagi Nek Pah memuji Tuanie.

Darin yang hanya mendengar memasang wajah jengkel. Nenek dia ni sakit - sakit pun, gatal.

"Ni aku nak tanya hang. " Tiba - tiba, muka Nek Pah bertukar serius. Soalan dituju kepada Tuanie. Tangan masih setia menekup wajah tampan itu.

"Si Rin ni ada tak buat kerja tak elok ? Dia ada goda hang tak sebelum hampa kahwin? Kalau ada hang habaq mai kat nek. "

" Ada nek, dia terajang pintu ofis saya. Masa tu dia nampak comel sangat sebab dia pendek . Jadi dia buat hati saya tergoda - goda."

Melopong mulut Darin. Sejak bila aku goda kau? Pintu ofis kau tu yang besar tak ingat dunia. Kau nak salahkan aku pula ?

"Apa? Dia terajang pintu ofis hang ? Retak tak? " Soal Nek Pah lagi.

" Tak retak , tapi pintu hati saya yang retak. " Jawab Tuanie sambil mata dikenyitkan kearah Darin.

"Hang Rin, kesian member. Sampai retak pintu hati dia. Ish ish.... betuah punya budak. " Tangan lincah memukul Darin perlahan

"Ma... mana ada. Dia yang galak. Orang lain kali sedia kan lah bodyguard untuk buka pintu for puteri yang seekor ni. "

"Sejak bila cucu aku jadi kera ni ?" Soal Nek Pah sambil memandang hairan.

" Hah? Kera? Kenapa pula jadi kera?" Soal Darin tidak faham.

"Dah hang kata sekoq, sekoq untuk haiwan. Aku tau lah, kera kat belakang qumah nu banyak. Selalu sangat dok masuk qumah ikut pintu dapoq. " Polos sahaja wajah Nek Pah.

"Ish nek ni. " Mula wajah Darin masam.

"Ni hang tidoq kat bilik sebelah bilik nek tu . Faham? "

Darin hanya mengangguk faham .

"Kenapa muka hang macam bulat? Badan hang pun makin gemuk. " Kata Nek Pah.

" Kan nek, masa saya kata dia semakin gemuk, dia marah saya tahu tak. " Tuanie lincah mengambil semua barang didalam kereta dibawa masuk kedalam bilik yang dikatakan tadi.

"Mana ada gemuk! Bahagia je. " Terus Darin masuk bilik mereka. Semua kata gemuk, habistu kurus kata tak bahagia pula.

CINTA MAFIA : THE KING OF LIONSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang