NAEZA duduk di sebelah Zero. Sebenarnya dia agak canggung kalau terus begini.
"Sumpah, aku tak tahu apa-apa. But, I'm sorry." Zero menoleh sekilas sebelum kembali menaip.
Naeza yang diabaikan merasa lelah. Dia betul-betul tak tahu bagaimana caranya untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Prang!
Berkerut dahi Zero mendengar itu. Naeza pula mengeluh panjang. Dia pandang Zero yang juga ikut memandangnya. Dia tersenyum nipis.
"Kau akan dengar semua ni setiap malam. Biasakan diri." Zero menghela nafas kecil.
"Kau terlalu fasih berbahasa melayu." Komen Zero. Naeza tersenyum.
"Mestilah. Aku lahir dan dibesarkan dekat sini. Aku juga seorang mualaf. Ikut mama." Zero mengangguk faham.
"Kau pun fasih bahasa melayu. Kau dari negara lain kan? Negara barat?" Zero mengangguk sekali.
"Ya. Tapi aku membesar dekat sini. Aku nak orang bercakap dengan aku melalui bahasa melayu. Pedulilah apa pun, aku cuma tak nak ingat kenangan buruk."
"Aku faham. Tapi, dalam rumah ni kau akan dapat kenangan buruk je. Aku minta maaf." Zero berdecit.
"Daripada tadi kau cakap maaf. Untuk apa?"
"Semuanya. Suatu hari kau akan faham maksud aku. Ba-Zero... Jangan naik selagi belum sejam. Aku ke dapur dulu. Nak air?" Zero menggeleng. Naeza terus berlalu ke dapur.
Zero mendongak. Dia ketawa sinis. Hei, ini bukan pertama kali hal ini terjadi. Tak hairan pun jika terus berulang. Dengan perangai mamanya itu, dia tahu tak ada yang bakal berubah.
Kasihan sekali Naeza. Lelaki itu terpaksa alami semua ini. Dia nampak wajah tertekan Naeza itu.
ZERO berdecit. Dia sudah mengagak bahawa Zandra ada agenda tersembunyi. Seperti sekarang, dia dipaksa ke hospital untuk memeriksa sesuatu yang bahkan dirinya tak tahu untuk apa.
"Ingat ni... I dah berbaik hati kutip you semula, jadi sekarang you kena tolong I, Zero. Selamatkan adik you," ucapan Zandra cukup menyakitkan untuknya.
Kutip? Adakah dia barang yang perlu dikutip? Atau binatang yang perlu dikutip agar terus hidup?
"Untuk apa? I tak pernah minta dibawa oleh you," balas Zero.
"Ikut saja cakap I, Zero Wesley! I mommy you!"
"Mommy? Baru sekarang? Dulu bukan you ke yang buang I? Bukan cuma I, tapi Aero sekali!" Zandra berdecit.
"Just listen to me." Zero mengeluh kesal dan terus bangun. Dia benci dipaksa begini.
"Zero!"
HUZAIR pandang wajah Zero itu. Lesu dan pucat sahaja. Nafas dihela panjang. Dia tarik kerusi dan duduk di sebelah katil itu.
"Tak nak cerita?"
"Sebahagian besar dari kisahnya kau mesti dah tahu," jawab Zero. Huzair mengangguk.
"Jadi?"
"Aku ada pilihan ke untuk tolak? Lepas diorang tahu buah pinggang aku sesuai, diorang terus suruh aku untuk dermakan pada anak diorang tu tanpa tanya apa-apa. Dokter nak cakap pun diorang buat bodoh je lepastu pergi." Jujurnya. Huzair mengusap bahu Zero dengan lembut.
"Jangan." Larang Huzair. Zero menunduk. Mampukah dia menolak? Dia sudah diancam dari awal.
"Aku tak ada pilihan. Aku takut diorang ratakan kubur Aero. Diorang mampu buat apa sahaja untuk kepentingan diorang."
"Jangan gila, Fan. Aku tak nak kau buat benda bodoh."
"Aku tak ada pilihan, Huzair!" bentak Zero. Jika boleh memilih, dia juga tak mahu. Namun, dia tak ada pilihan. Semua yang dia temui adalah jalan buntu.
"Fan-"
"Kalau kau tak boleh tolong, jangan halang aku. Aku tak nak ketenangan adik aku diganggu." Huzair dapat lihat betapa hancurnya Zero saat ini. Ditambah pula tubuhnya kembali lemah.
"Tolonglah Luthfan... Aku tak nak kau ambil tindakan bodoh."
"Apa pun jadi, aku kena setuju. Kalau perlu hilang nyawa demi Aero, aku sanggup. Aku dah banyak gagal sebelum ni." Kata-kata Zero buatkan Huzair geram. Apa yang lelaki itu fikir?
"Jangan gila, Luthfan! Buah pinggang kau tu dah tinggal satu! Kau akan mati!" Zero ukir senyuman pahit.
"Huz... Kau cakaplah apa pun. Dia takkan peduli, Huz. Anak tiri dia lebih berharga daripada aku. Status aku terlalu rendah dekat mata dia." Sakit. Itu yang Huzair rasakan. Kenapa sanggup? Tidak adakah orang yang mahu menghalang kegilaan Zandra Nicholas itu?
Apa akan jadi pada hidup Zero? Bertahan dengan satu buah pinggang bukanlah hal yang mudah. Zero berhasil bertahan tanpa kelihatan bermasalah saja sudah cukup baik.
Sekarang, luka yang masih belum mengering itu kembali basah. Tergamak seorang ibu mahu mengorbankan anak yang dikandung selama sembilan bulan itu hanya untuk anak tiri? Huzair tak tahu seberapa dalam luka yang dirasai Zero. Sakit rasanya melihat senyuman Zero itu.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] ZERO AND AERO
Random[C O M P L E T E] Zero dan Aero yang mempunyai sikap berlawan meskipun sebagai kembar. Mereka tak seiras. Bahkan, boleh diberi umpama Aero mempunyai perangai yang mengalahkan setan bak kata Zero. "Kau berdendam lagi ke dengan aku? Bang... Kembar ta...