BAB 4 (PREVIEW EBOOK)

42 9 1
                                    

Telapak tangan ditekapkan didada. Entah kenapa sejak dia melihat figura yang berstatus kan anak kepada kawan ayahnya jantungnya berdegup laju. Walaupun belum melihat wajah dan kenal secara mendalam dia dapat merasakan ada sesuatu dengan gadis tersebut tetapi tidak tahu apakah ia.

Bibirnya tidak henti beristighfar apabila otaknya memainkan figura ajnabi tersebut. Ianya bagaikan pita rakaman dalam mindanya. "Kenapa dengan aku ini? Dengan orang lain tak jadi pun macam ini tapi kenapa dengan dia? Hanya dia" Fikirannya terus saja bermain dengan soal tanda tanya.

Netra hazelnya mengalihkan pandangan melihat jam dinding yang berada didalam biliknya lalu bergerak menyiapkan diri untuk pergi ke masjid. Lagi enam puluh minit mahu masuk waktu maghrib, lebih baik dia persiapkan diri dan meluangkan masa bersama Maha Pencipta. Justeru dengan harapan dapat mengalihkan dirinya dari perasaan aneh yang terus meresap dalam diri.

Kurta putih yang tersarung pada tubuhnya dirapikan sehingga kemas. Setelah puas meneliti penampilannya di hadapan cermin barulah dia berjalan keluar dair biliknya itu. Mask dan kunci kereta yang tergantung pada penyangkut baju dinding digapai.

"Ummi! Abi! Along pergi dulu" Pamit Aidid menghampiri pintu utama rumah mereka. Matanya merenung sang adik yang ralit memakai butang baju jubahnya.

Tanpa disuruh dia menghampiri Arsyad yang kelihatan sukar memasukkan butang bajunya kedalam lubang yang tersedia ada.

"Siap! Adik nak ikut along ataupun pergi sendiri?"

"Nak naik dengan along bolehkah? Malaslah nak drive" Arsyad menayang senyuman tak malu. Dirinya sebaik mungkin mengekalkan riak wajah comel.

Dan abangnya ini tersenyum suka. "Naik sajalah, macamlah tak biasa." Ujar Aidid dengan nada bergurau.

"Adik ikut along tau ummi! Abi! Bye, assalamualaikum!" Seru Arsyad kepada kedua ibu bapanya. Dia berjalan mengikuti abangnya dari belakang.

Setelah tiba sahaja di masjid kedua adik-beradik itu terus mengerjakan solat sunat dua rakaat.

Tidak mengambil masa yang lama, cukup hanya beberapa minit sahaja untuk mengerjakannya. Masanya sekejap tetapi pahalanya cukup besar. Arsyad yang sudah selesai terlebih dahulu bergerak menuju ke ruang bacaan yang terletaknya buku-buku ilmiah dan al-Quran. Diperhatikan sebentar abangnya yang tengah khusyuk dalam solatnya. Kelihatan tenang sahaja. Tak dinafikan persekitaran yang sunyi ini dapat menenangkan jiwa.

Aidid mengadah tangan memohon doa kepada Ilahi sejurus sahaja dia selesai menunaikan solat sunat dua rakaat. "Allahummagh firli dzunubi waliwali dayya warhamhuma kama robbayani soghiro. Ya Allah ampunkanlah dosaku dan dosa ibu bapaku, kasihanilah mereka seperti kasih mereka padaku dan adikku ketika kami kecil. Ya Allah, haramkanlah api neraka dari menyentuh ke tubuh ibu dan bapaku, tempatkanlah mereka berdua di syurga. Cabutkanlah segala di dalam hati kami apa yang Engkau tidak suka, dan hiasilah hati kami dengan segala sesuatu yang Engkau suka. Ya Allah, berikanlah kami kesihatan, rezeki yang berlimpah, masukkanlah kami ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab dan diazab dan jauhkanlah kami dari keburukan dan dekatkanlah kami dengan kebaikan dari arah yang tak disangka-sangka. Aamiin." Selesai mengaminkan doa, terdengarlah beberapa bunyi enjin kereta dan motor tiba di ruangan tempat letak kenderaan. Tahulah mereka bahawa orang kampung sudah mula mengimarakkan suasana masjid. Ditambah pula hari ini adalah malam pertama untuk menunaikan solat tarawih.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam" Sahut Arsyad dan Aidid serentak.

"Awal anak-anak Yusuf ini datang" Huluran tangan Encik Noh disambut mesra oleh kedua pemuda tersebut. Terselit senyuman manis pada sudut bibir lelaki itu. Bagus kalau buat menantu ni.

"Mana ayah kamu?"

"Abi datang kejap lagi dengan ummi" Jawab Arsyad sambil membantu abangnya membentangkan sejadah untuk para jemaah.

"Ouh. Kejap lagi siapa nak azan ni? Abang kah adik? Atau nak pakcik saja yang azankan?" Aidid dan Arsyad saling berpandangan membuatkan Encik Noh memandang mereka dengan penuh tanda tanya.

"Saya yang akan azan pakcik. Adik saya pula dia akan azan time Isya' nanti. Time solat nanti pun kita orang akan bergilir jadi imam." Aidid merangkul bahu lebar Arsyad dengan mesra. Tiada bantahan Encik Noh sekadar menganggukkan kepala. Baguslah jika dari awal anak muda yang akan mengambil tugas dalam mengimarakkan masjid.

"Alhamdulillah" Ujar Encik Noh dengan nada gembira.

Laungan azan yang berkumandang di sekitar tempatnya menyapa di halwa pendengarannya. Ianya membuatkan dirinya tertanya-tanya siapakah gerangan tersebut.

"Sedapnya suara. Gayanya macam azan dekat Arab Saudi."

"Kakak nak ikut ibu abah pergi tarawih tak?" Lamunannya terhapus apabila mendengar pertanyaan dari sang ibu. Netra hazelnya memerhati atas bawah penampilan wanita itu.

"Nak. Tapi nanti kakak pergi sendiri, Ibu pergilah dulu dengan abah." Ujarnya dengan senyuman yang tak lekang dibibir.

"Abah dah pergi tadi sebab nanti dia balik lewat, katanya ada tadarrus. Jadi ibu decide nak pergi asing. Kalau pergi sekali kang susahkan abah pula kena ulang-alik pergi masjid." Naurah langsung berdiri menghampiri ibunya yang berada dimuka pintu utama.

"Jangan lambat tau dan jangan lupa kunci pintu." Pesan Puan Nayla setelah mengucup dahi anaknya lembut.

"Aye aye captain!" Senyuman di wajah Naurah sama sekali tidak pudar. Dia berlari kecil kearah biliknya untuk menunaikan solat fardhu sebelum bersiap-siap menuju ke masjid. Cadangnya dia mahu mengerjakan solat maghrib dirumah sahaja dan mengerjakan solat Isya' di masjid berjemaah

"Sedapkan suara imam tadi? Budah tahfiz tu, anak Yus kawan abang. Dia baru sahaja selesai tamat pengajian dalam bidang ilmu agama dua tahun lepas dan sekarang tengah berjinak-jinak ambil alih kedai makan Yus." Sang ayah memulakan perbicaraan sebaik sahaja mereka berkumpul bersama di ruang tamu.

"Ouh anak Yus kah? Imam mudalah kiranya untuk tarawih kita kali in. Patutlah sedap suaranya. Tadi dia jugakan yang azan?" Sambut Puan Nayla Inara dengan penuh semangat.

Naurah yang baru sahaja tiba dengan secawan aiskrim wall's ditangan menjungkitkan kening. Nampak rancak sungguh kedua orang tuanya ini berborak. Tanpa ada niat menyahut dia mengambil duduk dihadapan televisyen dengan bersila.

"Umur budak itu lebih kurang sama dengan kakak kut"

"Kakak baru umur dua puluh empat tahun"

"Haa! Dia pula umur dua puluh enam tahun. Okay lah tu, tak beza banyak sangat" Sahut Encik Noh bersemangat. Jarang pihak lelaki bersemangat dalam hal perjodohan anak mereka kerana selalunya mesti akan diserahkan semuanya kepada wanita yakni isteri mereka. Mungkin dek diri sudah dimamah usia membuatkan dia tidak sabar untuk menyambut menantu.

"Bujang lagikah?" Encik Noh Mikail menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada sang isteri.

"Nampaknya bolehlah kita teruskan." Puan Nayla membalas pandangan Encik Noh bersama senyuman misteri. Pandangan tersebut hanya mereka sahaja yang faham. Naurah yang berada dihadapan mereka membuat keputusan untuk tidak ambil tahu dengan perbualan tersebut. Dia dengar tapi itulah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Baginya bukan hal penting lagi untuk dia masuk campur.

Mungkin, bukan tiba masanya.





'Allahumma-j'al shamti fikran wa nuthqi dzikran. Ertinya, Wahai Allah, jadikanlah diamku berfikir, dan bicaraku berdzikir'

CINTA YANG SUCI (EBOOK) ll COMPLETE✅️Where stories live. Discover now