DANIEL termenung. Wajahnya serius dan keningnya berkerut. Jam menunjukkan angka empat pagi dan otaknya masih berfungsi dengan galak tanpa langsung mendapatkan rehat hari ini.
Sehari selepas tersebar gambar dia dan Amanda Vierra di galeri Generik di media sosial, dia telah menggesa hantaran itu diturunkan secepat mungkin oleh page gossip terkenal itu. Daniel juga berjaya mendapatkan dalang utama yang mendapatkan gambar itu. Emylia Rose.
Dia sudah duga, tetapi bila sudah dapat kepastian, dia jadi tak percaya.
Dia biarkan tanpa ambil apa-apa tindakan pada Emylia Rose. Emylia pernah jadi sebahagian dari hidupnya, ambil tindakan cuma akan mengeruhkan hubungan mereka yang sudah sedia keruh.
Daniel fikir dia kenal dengan Emylia. Fikirnya semua itu berakhir disitu dan tindakkan rasional Emylia tak akan pergi lebih jauh dari itu, namun tanggapannya salah. Hari ini dia terima satu bukti yang buat dia tak berhenti berfikir.
Hari Amanda diserang dengan asid. Juga, hari dia ke kondo Amanda melihat lengan Amanda dipenuhi luka yang kononnya berlaku disebabkan tersalah orang.
Ternyata itu semua angkara orang yang sama. Orang yang dia langsung tak sangka akan bertindak sejauh itu.
Asid? Manusia waras mana yang terfikir untuk serang orang menggunakan asid?
Daniel akhirnya pejamkan mata dan sandarkan tubuhnya. Dia rasa bersalah pada Amanda dan Emylia. Sangat. Kalau dia tidak bersama dengan Amanda, adakah semua ini akan terjadi?
Tetapi yang pasti, dia tak akan pernah bersama lagi dengan Emylia walaupun Amanda tidak wujud dalam hidupnya. Banyak sebab untuk mereka tak mampu bersama walaupun hubungan mereka tak pernah terganggu oleh orang luar.
Ini soal hati.
Kadangkala, tiada sebab pun boleh berpisah.
'Sebab' itu hanya dijadikan alasan untuk tidak bersama lagi.
Dia bertahan dengan Emylia cukup lama. Makin lama terasa semakin jauh. Dia telah berusaha, dia sentiasa berusaha namun jika cuma dia yang ingin hubungan mereka jadi lebih baik tapi sebaliknya pada Emylia, tetap tiada guna.
Dia malah pernah ajak Emylia untuk ke fasa ke seterusnya dalam hubungan mereka, tapi Emylia sering menolak.
Mereka berpisah juga, Emylia yang minta. Hubungan mereka melelahkan.
Daniel hela nafas panjang. Rahangnya diketap. Tidak sangka, perpisahan ini akan jadi serumit ini. Tipu jika dia tak sayangkan hubungan yang dia susah jaga bertahun-tahun tetapi kesabaran juga ada hadnya.
Hubungan dia dan Emylia gagal. Mereka putus bukan atas campur tangan sesiapa. Kenapa Amanda yang jadi mangsanya? Kenapa bukan dia?
Makin dia lihat bukti-bukti dihadapan mata makin dia takut untuk membiarkan Amanda sendirian tapi apa cara yang dia ada untuk buat Amanda sentiasa ada bersama dia?
Memang Amanda kekasih dia tapi dia juga tak mahu buat Amanda jadi rimas bila dia sentiasa mahu Amanda ada dekat dengan dia. Amanda ada kehidupan sendiri. Dia mahu Amanda sentiasa senang dengan dia tanpa ada rasa dipaksa.
Tanpa dikongkong.
Wajahnya berkerut-kerut memikirkan hal ini...
Tapi... kenapa Amanda tak jujur dengan dia yang dia diserang Emylia Rose?
"What are you thinking Amanda sayang?" Soalnya sendiri.
Risau.
Seketika, telefon yang berada di sisi meja bergetar. Nama manusia yang bertanggungjawab mencari semua yang sudah ada didepan mata terpapar.
YOU ARE READING
Seduction
Roman d'amourMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...