PANG!
Satu tamparan kuat menyapa pipinya. Zero terkekeh. Dia pandang Zandra yang tampak berang itu. Dia hanya cuba merokok seperti Aero dulu.
"Are you crazy, Zero Wesley?! Mommy cuma minta you untuk jaga buah pinggang you! Susah sangat ke?!" Bentakan Zandra itu buatkan Zero ketawa.
"Susah. Terlalu susah sebab I kena jaga diri untuk orang lain. Selama ni, you telantarkan anak-anak you. Sekarang, you kutip balik anak you cuma untuk sembuhkan anak tiri you!" balas Zero.
"Eh, buah pinggang tu kalau diambil satu takkan buat you mati pun, Zero! Berhentilah jadi macam budak-budak! Lepasni you akan ikut senang juga sebab I dah kutip you untuk terus tinggal dekat sini!"
Zero terkekeh. Mudah sekali Zandra berucap. Buah pinggang jika diambil satu takkan menyebabkan kematian? Adakah Zandra tahu hidup dengan satu buah pinggang itu bukanlah hal yang mudah. Bahkan ada yang mati kerana tak mampu.
Sekarang, tanpa tahu apa-apa, Zandra malah berucap begitu dan menyakiti hatinya. Setidak bernilai itukah dirinya? Dia tahu Zandra ada agenda tersendiri. Tapi rasa kecewa tetap ada. Kenapa anak kandungnya boleh dia telantarkan sedangkan anak tirinya itu boleh pula dijaga dengan baik sampai sanggup korbankan anak kandungnya itu.
Zero tak mengerti. Rasanya, sampai mati pun dia tak akan mengerti.
"Buatlah apa pun. Mommy takkan tahu macam mana susahnya I untuk terus hidup. Untuk pengetahuan you, masuk sahaja bilik bedah, you takkan jumpa I lagi dah. Hubungan kita juga akan berakhir dekat situ. I tak inginkan seorang ibu yang sanggup telantarkan anaknya dan kutip semula bila perlu."
"Jangan-"
"Apa? You ingat I akan diam? Tak... Mommy, yang I dapat daripada you dari lahir hanyalah rasa sakit dan penderitaan. You tak layak untuk berperan sebagai seorang ibu. You tak layak." Potong Zero dan terus beredar.
Seberapa dalam lukanya, seberapa jauh pengorbanannya, cukuplah hanya dia sahaja yang tahu. Cukuplah hanya Huzair yang menjadi saksi. Dia takkan pernah bising-bising soal lukanya di depan Zandra.
Cukuplah dia menanggung semuanya seorang diri. Tak lama lagi, dia bakal bebas dari semua ini.
HUZAIR menatap tajam ke arah Zef yang saat ini sedang memejam mata di atas katil itu.
"Kau kalau bukan kawan aku memang dah lama aku lempang muka kau," ujar Huzair. Zef ketawa kecil.
"Huz, aku rasa gejala bipolar aku datang balik lah. Aku rasa nak marah je."
"Ck! Baru bipolar sikit dah mengadu bipolar. Kau sakit tipu ni." Zef ketawa. Dia biarkan Huzair memeriksa tubuhnya.
"Perangai dia makin lama makin teruk, Huz. Sekarang ni dia tengah bercinta dengan siapa entah nama dia. Tapi aku risau. Kau pun tahu Zya tu kalau suka terus jadi obses."
"Lagi satu pasal Zen. Dia nampak menyesal sangat. Aku nak bebaskan dia. Tapi aku rasa bersalah dengan kembar tu." Sambungnya. Huzair hanya diam mendengarkan.
"Lebih-lebih lagi sekarang ni mama papa pula sibuk bersihkan nama diorang. Aku letih, Huz. Dari awal sampai akhir aku yang kena hadap semua ni. Aku yang kena fikirkan dan lindungi adik-adik aku tu."
"Tu belum masuk waktu Zya diperkosa lagi. Zen pula kena pukul je selalu. Aku rasa serba salah. Kalau aku berpihak pada adik-adik aku, mama dengan papa takkan teragak-agak nak campak aku ke hospital gila... Apa aku nak buat sekarang?"
"Aku asyik terbayang-bayang budak Aero tu je. Suara dia, rupa dia, dalam mimpi aku, dia cekik aku sebab tak reti jaga Zen sampai buat dia mati."
Huzair menyelak baju Zef dan dia terdiam. Zef membuka matanya memandang Huzair dengan senyuman.
"Sorry... Aku tak dapat jaga diri."
"Zef, urusan Zen atau Zya tak ada kaitannya dengan kau. Jangan bebankan diri atau rasa bersalah. Itu urusan diorang, masalah diorang. Bukan salah kau," ujar Huzair. Zef ketawa kecil.
"Tahu... Aku tahu. Tapi diorang adik-adik aku. Hancur diorang disebabkan aku. Aku biarkan Zya pergi, depan mata aku sendiri aku nampak dia dirosakkan dan aku cuma mampu berdiri kaku dekat situ tanpa buat apa-apa sampai diorang semua boleh terlepas..."
"Sebab aku juga Zen selalu jadi sasaran kebencian kami semua kecuali Zya. Zen dan Zya cuma ada satu sama lain. Sekarang aku hancurkan semuanya." Huzair menggeleng.
"Zef, dengar cakap aku. Zen dan Zya buat semua ni atas keingin diorang sendiri. Tak ada orang bodoh yang lampiaskan perasaan dengan cara tu. Kalau ada pun, mereka cuma orang-orang bodoh yang hauskan perhatian."
"Tapi-"
"Zef! Zero tu dah tak ada apa-apa sejak kecil lagi. Sampai sekarang, dia betul-betul dah hancur, Zef. Tapi dia tak lampiaskan semua tu pada orang lain macam yang Zen dengan Zya buat. Kejahatan tu daripada diri diorang sendiri! Itu pilihan diorang!" Zef memejam matanya kembali. Perlahan-lahan air mata turun.
Huzair mengeluh kasar dan terus mengambil iodin dan mengubati luka ditubuh Zef.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] ZERO AND AERO
De Todo[C O M P L E T E] Zero dan Aero yang mempunyai sikap berlawan meskipun sebagai kembar. Mereka tak seiras. Bahkan, boleh diberi umpama Aero mempunyai perangai yang mengalahkan setan bak kata Zero. "Kau berdendam lagi ke dengan aku? Bang... Kembar ta...