"Aaron!!" teriak Hazel tatkala melihat sebuah truk menuju ke arah Aaron yang menunggang motosikalnya.
semuanya terjadi dalam sekelip mata.
Hazel berlari menuju ke tempat mangsa dihempuh sebuah truk. namun, dirinya tidak dapat berbuat apa sehingga menunggu pihak penyelamat datang membantu.
Zul segera menelefon nombor kecemasan.
semua orang yang datang ke perlumbaan malam itu berasa takut, gentar kerana melibatkan nyawa seseorang dalam perlumbaan haram.
Khai terdiam. Dia meramas rambutnya ke belakang perlahan dengan wajah yang agak terkejut dengan apa yang dilihatnya.
tubuh Aaron masih berada di bawah truk bersama motosikalnya. berlumuran darah mengalir di atas jalan raya tempat kejadian.
"Hazel! jangan buat apa-apa dulu. kita kena tunggu pasukan penyelamat!" tegas Zul sambil menarik lengan Hazel.
"argh!" Hazel menepis tangan Zul yang cuba menariknya.
"aku nak selamatkan dia lah!" Hazel menarik tubuh Aaron yang tersepit di bawah truk sedaya upaya.
"Hazel! jangan bertindak sebarangan! kalau kau degil macam ni, nyawa Aaron terancam!" Hazel berhenti sejenak. air matanya yang hendak mengalir ditahan dari tadi. dia tak pernah menangis untuk orang yang dia baru kenal.
kebetulan, pihak penyelamat sampai tepat masa. Zul terus membawa pergi Hazel untuk bertenang.
"Zel, kau okay tak??" tanya Khai yang risau dengan keadaan Hazel. dia memberi Hazel jaketnya namun...
"jangan.sentuh.aku!" Hazel memandang tepat ke mata Khai.
"kalau apa-apa jadi kat Aaron, kau yang bertanggungjawab!!" Hazel terus berlalu pergi dari situ.
Hazel dan Zul menemani Aaron yang dibawa ambulans ke hospital. Hazel hanya temenung bersandar di kerusi menatap Aaron.
"I hope you're okay..." Hazel memejamkan matanya sebentar.
-
tubuh Aaron dibawa ke bilik rawatan.
"please save him doc!" Hazel memesan kepada doktor yang membawa Aaron sebelum dia terduduk di kerusi.
"Hazel, sila bertenang."
"macam mana aku nak bertenang Zul?! Aaron kat dalam tu bertarung nyawa untuk hidup!" tatkala itu air matanya mengalir deras. Zul langsung menarik Hazel ke dalam pelukannya.
"aku... tak nak... kehilangan.... dia..."
"nanti... mama... marah... aku... sebab... tak jaga... dia... hiks... hiks... hiks..."
"shshs mama kau tak akan salahkan kau. jangan risau...." Zul menepuk perlahan belakang Hazel.
langkah kaki seseorang masuk ke ruangan hospital.
"Hazel." Hazel menoleh ke arah suara tersebut. dia dah tahu ini akan terjadi.
-
setelah menjalani rawatan, doktor keluar dari bilik tersebut.
"macam keadaan dia doc?" Hazel bingkas bangun.
"jangan risau. dia sempat diselamatkan. tapi..."
"tapi apa doc?" tanya Zul pula.
"kepalanya terhantuk pada tar jalan. jadi, setelah bangun, dia mungkin akan hilang ingatan setengah daripada ingatannya."
"okay thanks doc."
"nasib baik dia tak kehilangan nyawa." kata si Erica dengan wajah yang serius.
"syukur." jawab suaminya, Ryan sambil mengurut dada.
YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND (COMPLETE) √
Mystery / Thriller[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...