BAB - 46 -

155 15 2
                                    

LAJU kereta dipandu. Hanya kerana dia melawan, loket miliknya dibuang entah ke mana.

"ARGHHH!!" jeritnya kuat. Tak kuat menahan rasa, dia menjerit sekuat-kuat tanpa sedikit pun perlahankan kereta.

Melampau. Zandra sudah melampau.

Tangisan kuat kedengaran.

"Your necklace? I throw it." Mudah Zandra berujar. Zero terdiam beberapa saat sebelum dia berlari ke dapur. Mungkin ke dalam tong sampah?

"Zandra! That's too much!" bentak Alex dan bergegas ke dapur menahan Zero yang menyelongkar sampah.

"Zero! Zero, enough!"

"Let me go! My necklace! My necklace!" Dia meronta dalam dakapan Alex. Terlepas, dia terus menyelongkar sampah-sampah itu.

"Zero!" Kali ini Alex benar-benar kesal dengan isterinya. Mengapa sanggup buat anak kandungnya begini?

"Tak ada... Tak ada... Mana? Mana?! Please... Give it to me... Please... Please, mommy... Please..." rayu Zero memeluk kaki Zandra.

"Euw! Lepas!" Tubuh Zero ditendang begitu sahaja. Zero terduduk melutut di hadapam Zandra.

"Please... I merayu, mom... I merayu, pulangkan balik... Pulangkan balik..." ujarnya lirih dengan air mata.

"Why? I cakap I dah buang. Dah tak ada."

"Please! Give it to me! Mommy... Apa sahaja. Apa sahaja jangan tu. Please... I merayu dekat you, mommy... Pulangkan. Itu satu-satunya harta berharga I... Please..." rayunya. Persetan dengan harga diri, persetan dengan rasa kesal, dia hanya mahukan peninggalan terakhir dari daddy dan Aero. Hanya itu.

"I cakap tak ada. Tak ada lah! Yang you merayu-rayu kenapa? Setakat rantai buruk tu, I pun boleh bagi banyak dekat you, Zero."

"Takkan sama! Sekarang pulangkan! Tolonglah! Pulangkan! Pulangkan..." Esakan semakin kuat.

"Zandra!"

"Shut up, Alex! This is my son," ujar Zandra dan menatap remeh ke arah Zero yang masih melutut itu.

"Sebab dia anak you lah, you tak boleh buat macam tu! Dia bukan pengemis, Zandra! Pulangkan barang dia! Itu bukan kepunyaan you!"

"Mommy... I akan buat apa sahaja. Tapi tolong... Pulangkan balik..."

"Anything?"

"Anything. But please... Pulangkan balik rantai tu." Zandra ukir senyum sinis.

"Cium kaki I. Minta ampun atas segala silap you."

"Zandra Nicholas! Stop it! Zero, don't do it!" Alex menahan tubuh Zero.

"Jangan." Zero melepaskan pegangan Alex dan mencium kaki Zandra. Titis air mata jatuh di atas kaki itu. Zandra ketawa sinis.

"Oh tuhan... You betul-betul fikir I akan bagi barang murahan tu semula ke?" Zero angkat kepala memandang Zandra yang masih menatapnya sinis.

Kata-kata Zandra benar-benar menyayat hatinya. Lagi? Lagi sekali dia salah. Alex dan Zandra mula bertengkar lagi di hadapannya.

Kerananya? Zandra ditampar, Alex marah, dia terdiam menatap kosong dua orang itu. Semua terasa berputar, menyakitkan dan sangat menyeksa.

"ARGHHHHH! DIAM! DIAM! DIAM!" Tanpa fikir panjang, dia terus berlari keluar. Kebetulan Naeza baru pulang, dia tarik Naeza keluar dari kereta dan memecut membawa kereta itu.

Air mata mengaburkan matanya. Lampu merah dilanggar, dia memotong dengan laju. Persetan dengan bunyi hon dan sebagainya.

Dia sakit. Tak tertanggung. Loketnya itu memberinya semangat. Tapi sekarang, semuanya dirampas. Rumah dijilat api, tiada satu pun benda berharga yang dapat ia selamatkan kecuali loket itu. Tapi dengan mudahnya Zandra membuang loket itu.

Steering kereta dipukul berkali-kali. Tak sedar apa-apa, dia kehilangan kawalan dan berlaga dengan kereta yang datang dari arah berlawanan. Dia... Dia masuk jalan yang salah?

Sekelip mata, semua berubah hitam dan dia hanya mendengar kekacauan dan riuh orang di tempat kejadian itu.

Sekelip mata, semua berubah hitam dan dia hanya mendengar kekacauan dan riuh orang di tempat kejadian itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -









Sambung lepas raya nak? Haha!

[C] ZERO AND AEROWhere stories live. Discover now